Sunday, 14 August 2011

Kembara Mahkota Johor


hari tu aku berkesempatan menghadiri satu program yang amat dinantikan oleh sekalian warga rakyat negeri johor...KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011...ini mmg acara tahunan Tg Ibrahim sejak jd tg mahkota sampai skang dah jd sultan pun..tahun ni ekspedisi baginda melalui jalan air dan darat, bermula dr jeti di kg jorak muar,akan melalui perjalanan sejauh 800km dr 18 jun hgga 21 jun...oleh kerana tahun ini aku berkesempatan utk sama2 nk tgok dengan lebih dekat,maka tidaklah hamba mensia-siakan peluang ini..wakil rakyat Melaka tengok sultan Johor,bukan sape pun,walaupun bukan lagi waris kesultanan Melaka,masih lagi terasa dekat...heheheh

pukul 9.00 pg,  pergi dulu dengan bos  naik kembara felda..sebenanye setiap felda d daerah segamat ni ade pertandingn buat lempuk durian, so kena pergi dulu bg memastikan anak buah  melempuk durian dengan selempuk2nya... menyusul 2 jam kemudian, isteriku naik bas bersama GPW dan auntie2 penerokawati kat sini..
sampai di felda chemplak 30 minit kemudian , rombongan makcik2 kiah  terus dijamu makan, ini mmg jd kebiasaan adat jawa meraikan tetamu dgn makanan..pastu terus ke tapak program di padang sek ren felda chemplak..jalan2 tgok warga felda yg sedang melempukkan durian mereka..

sultan dijadualkan datang 1.30..punye lamanya tunggu dari cuaca panas hingga la hujan tak berapa lebat..tapi rakyat jelata terus sabar menunggu ketibaan sultan kesayangan mereka..maka duduklah aku di bawah khemah,sambil memerhati gelagat rakyat jelata menunggu sang raja...pelbagai cenderahati sempena kembara ini diedarkan..dapat gak la wat kenangan..semua budak2 dpt rm5..betapa la aku mengharapkan kot2 org dewasa dpt rm50 pun jadilah..angan2ku dibawa angin lalu..
antara yg menarik perhatian adalah pokok periuk kera..kenal tak?yg terernya diorg leh masak pulut guna pokok ni..mmg hebat org melayu

pukul 2 ptg barulah sultan yg ditunggu2 pun tiba..maka berduyun-duyunlah rakyat jelata termasuk aku ke red carpet tmpat laluan si raja..kompang mesti ada,pastu persembahan silat,kemuadia barulah sultan bersama putera2 baginda mencemar duli melawat rakyat yg membuat lempuk..maka bersalaman dan bermesraanlah rakyat dengan raja mereka seolah2 sahabat yg sudah lama tidak berjumpa lagak mereka semua...dr jauh aku tgok sultan dan putera2nya bersalam dengan semua org yg beratur di hadapan laluan ..macam aku..sultanahnya Tg Zarith Sofiah xde la pulak....rasanya yg satu barisan pnjg aku td semua perempaun, dan mereka merasa amat bahagia dan berbangga dpt bersalam dengan raja mereka...pelik jugak aku,bukankah sultan itu mahram kepada wanita,janganla hulurkan salam,cukupla dengan sedikit tunduk menunjukkan hormat...alahai...dunia.

dapat la tgok sultan ibrahim dr dekat,dengan tg mahkota n 2 lg putera baginda yg tidak dinafikan kehenseman mereka..jd igauan para dara agaknya



sambil sultan melawat khemah lempuk,putera2 baginda terus ke khemah yg disediakan utk main dart n dam aji manusia...biasa dam aji org guna buah dam, tp ni org yg bergerak..aku agak jakun dgn game ni sbb first time tgok..anak2 raja tu sbg pemerhati je...


dah selesai...majlis tak selesai lg,ade penyampaian bantuan utk rakyat jelata...maka pulanglah aku ke rumah dgn hati yg x berapa puas sbb lupa nk amik gambar ngn moto sultan...hehehe..

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.