Friday, 26 August 2011

Freetown,Sierra Leone.

Hovercraft
Akhirnya setelah 6 jam didalam perut Brussels Airline,aku bersama En Yunus tiba di airport...aku dah lupa nama airport tu,tapi ia merupakan bekas stor baja...Ia telah diubah suai hingga menjadi sebuah lapangan terbang....aku pun tak expect airport yang besar  macam KLIA, rupanya lagi teruk dari airport Melaka...kecil sahaja lapangan terbang dia dan dalam keadaan yang aku rasa daif...


Selesai turun dari bas, kami dibawa ke tempat pemeriksaan kastam dan imigresen..takut jugak aku, tengok mamat negro ni..cakap kasar semacam..lepas pasport di cop, kena pulak pemeriksaan kastam.Habis beg aku diselongkar...macam2 dia tanya..aku rasa ini pengalaman yang paling menakutkan aku...takut beb,maklumlah, beribu batu dari rumah dan berada di tempat yang sangat asing...
Dengan tuan pengurus
Nasib baik, ada pegawai polis United Nations dari India yang tolong kitaorang.rupanya rakan2 kami yang dah berada kat sana, minta tolong dia untuk cepatkan proses kami tu....fuhh...lega....
suasana restoran dihotel
ekat luar,akhirnya kami berjumpa dengan 2 orang lagi kakitangan Felda yang telah datang terlebih awal dari kami...Pengurus bernama Mohd Shah bin Mahmood dan lagi sorang..(lupa lagi)....
Kami dibawa menaiki bas untuk menaiki hovercraft menuju ke bandar Freetown....Fuiyooo...hovercraft beb....tak ada dalam keinginan aku untuk naik kenderaan ni....harga tiket USD 50 untuk sekali perjalanan...
Akhirnya hovercraft tu pun sampai...bisingnya bunyi kipas dia...takjub aku dengan kenderaan ni...
Perjalanan merentas laut mengambil masa 30 minit.akhirnya kami samapai ke bandar Freetown dan terus ke hotel untuk check ini...
Lega rasa dapat berbaring dan mandi...
Petang tu kami tak buat apa2 cuma rehatkan badan sahaja...Malam kami ke bawah untuk makan malam..macam2 yag disembangkan.Maklumla mereka nak tahu perkembangan di Malaysia.Kami pun nak tahu macam mana susana kat situ....
dari tingkap hotel
Makanan kami malam tu cuma ikan bakar..Alahai,,tak sedap langsung sedap ialah bukannya citarasa kita..tapi bedal sajala...tak berani nak minta ayam dan daging takut tak halal.rupanya tokey hotel tu seorang muslim dan merupakan orang Lebanon...Kami berempat makan kat situ biasa je,ikan bakar,nasi dan air...Harganya, Ya Allah,mahal sungguh..Semuanya berharga RM 500...terkejut aku...Hotel bukan 5 star pun,aku rasa kalau kat Malaysia,cuma  setengah star je....Cekik darah betul....tapi apa boleh buat...Kalau ikutkan,staff yang lama rupanya masak sendiri dalam bilik.sebab makanan harganya masyaallah....diorang akan usung segala periuk belanga,dapur dan tong gas sekali  ke mana2 nak pegi...tak sanggup nak bayar dan rasa makanan yang tak sedap langsung...sedap lagi maggi yang aku masak....

sambung.....

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.