Thursday, 25 August 2011

Pinjaman Perumahan Felda (isu dan realiti)

assalamualaikum.....

salam ukhwah dan salam 1 Felda.....

salah siapa?
kesempatan ni, aku nak cerita la sikit pasal isu dan realiti yang berlaku keatas satu kemudahan yang disediakan oleh Felda ni iaitu skim pinjamam perumahan peneroka Felda (PPRP)....
Pinjaman ini disediakan oleh pihak Felda bagi membolehkan para peneroka membuat pinjaman bagi pembaikan rumah mereka...Maklumlah, dah berapa puluh tahun duduk di tanah rancangan, tetapi masih ada rumah yang langsung tiada perubahan...kadang-kadang malu kita kepada orang luar yang mana kita berbangga apabila Felda adalah pemain utama sawit negarala,Felda menuju global la,dan macam2 lagi,tapi apabila lawatan ke rancangan,masih ada rumah asal...langsung tidak berubah...tangga kayu masa mula2 masuk dulupun dah reput,tapi tak tukar2..atap bocor sana-sini, rumah senget,papan dinding langsung tak pernah berminyak...macam2 yang kita boleh nampak....

Adakah ini yang dinamakan anak emas perdana menteri kita? tentu ianya tidak selari dengan hasrat Felda dan kerajaan untuk mengubah nasib dan taraf kehidupan orang melayu...
Pinjaman disediakan bermula dari RM 10 ribu sehingga RM 40 ribu...terpulang kepada tuan rumah nak buat pinjaman berap
Proses permohonan bermula dengan peneroka mengisi borang permohonan pinjaman...sediakan apa yang diperlukan seperti paysheet,ic dan gambar rumah sekarang...selepas itu, pihak rancangan akan menyokong atau tidak (bergantung keadaan)...kemudian borang tersebut akan dihantar ke wilayah masing2...Selepas proses di wilayah,ianya akan dihantar pula ke ibupejabat untuk kelulusan...

inikah realiti?
Proses ini mengambil masa kerana terlalu ramai pemohon yang ingin membuat pinjaman tersebut..lagipun para pemohon dikategorikan kepada 4...ianya bergantung kepada rumah yang dimiliki sekarang...

1)kategori yang mana rumah langsung tiada perubahan.tiada tambahan samada didapur atau dimana2 sekalipun...senang kata rumah asal...
2)rumah yang sudah bertukar 25%..maksudnya ada sediki penambahan pada mana2 bahagian rumah..
3)rumah yang bertukar 50%...dah separuh rumah ditukar,mungkin cuma rumah ibu sahaja masih tinggal.
4)rumah bertukar 75%...dah ditambah pada banyak bahagian rumah....

atau ini fantasi?
kriteria kelulusan bergantung pada bentuk rumah tersebut...kelulusan utama akan diberikan kepada rumah kategori 1...sebab itu, seringkali peneroka merungut kerana pinjaman tersebut mengambil masa terlalu lama..macam tunggu buah tak gugur je.Betulla tu,jika tiada lagi rumah kategori 1,barulah ianya diberi kepada rumah kategori 2,3 dan 4...rumah kategori 4 ni,kena tunggu lagi lama....sebab modal permulaan Felda keluarkan RM 500 juta telah habis,kini cuma tunggu pinjaman yang dikutip dari peminjam yang telah lulus,dan diberikan kepada penerima baru....

Jika pinjaman RM 40 ribu, peminjam akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 2.5% dan caj Felda Engineering 4%..semuanya cuma 6.5% pada jumlah pinjaman...contohnya begini....

40,000 x 6.25% =2500.00
40000+2500= RM 42500....

Mana ada institusi nak bagi pinjaman tanpa faedah macamni...bayaran dibuat selama 15 tahun...
Peminjam juga wajib mengambil insuran bagi pinjaman tersebut...ia untuk menjamin waris yang ditinggalkan nanti tidak menanggung hutang tersebut,jika peminjam meninggal dunia...Jumlah insuran adalah bergantung kepada umur peminjam..semakin tua,semakin tinggila insurannya...Insuran ini bukan daripada Felda,dan ianya adalah dari syarikat insurans sendiri...

Beruntung sungguh peneroka mendapat pinjaman begini,bayangkan orang kampung luar sana,tak ada siapa pun nak tolong diorang...harapkan jabatan kebajikan je la...itupun bukan untuk repair rumah...cukup2 makan je...
Kita tidak mahu,selepas 20 tahun lebih tinggal di rancangan (mungkin lebih),masih ada rumah yang asal..PM pun pernah cakap masa hari peneroka 2009,dia tak mahu ada satupun rumah peneroka dari kayu,dia nak semuanya batu (sudah bertukar)...



ok la penerangan ringkas untuk pinjaman ni...kalau ada kemusykilan,sila rujuk kepada pejabat rancangan masing2....

wassalam...



No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.