Pernahkah kita berfikir dan muhasabah kenapa ianya terjadi......
Sebelum ini, kita cuma menempelak dan mengkritik apa yang terjadi,tetapi adakah kita mengambil tindakan...
Lumrah manusia cuma mahu mengkritik dan tidak mahu terlibat dalam penyelesaian...

Sedarkah kita bahawa dia adalah bangsa aku,dia adalah saudara seagama aku, dan dia adalah pewaris legasi aku...Sampai bila kita cuma mahu mengata dan menambah dosa....
Teringat aku semasa kerajaan melancarkan kempen masyarakan madani...ingatkah kita, sebelum itu adalah kempen insan rabbani...apa yang kita tahu tentang kempen ini...berbuih mulut ustaz dalam media massa menerangkan tentang kempen ini.....semuanya bermula dengan diri kita sendiri....insan rabbani...elokkan diri kita dahulu,dan apabila diri kita elok,ia akan berjangkit kepada insan yang terdekat dengan kita iaitu keluarga kita...seterusnya kepada jiran kita,selepas itu kampung kita,dan selepas itu masyarakat kita umumnya....barulah masyarakat tersebut menjadi masyarakat madani....janganlah kita cuma mahu menunding jari,sedangakandiri kita juga 2x5 sahaja....
Walau apapun, kita sebagai benteng di Felda ini, harus mengambil inisiatif...jangan biarkan tohmahan dan umpat keji ini berleluasa....kuatkan diri,hamparkan semangat, sesungguhnya jihad mempertahankan nafsu adalah lebih tinggi darjatnya...
Ibubapa juga harus mengambil langkah..jangan cuma mengharap guru dan pihak kerajaan mengambil tindakan sahaja...semuanya bermula dari rumah...tonjolkan sifat mulia, amalkan kehidupan yang sihat dan aku percaya, keluarga kita akan selamat....tanam sifat cintakan agama, Allah dan rasulnya....
Mari kita sama-sama bertindak dengan menjaga kain orang lain....
p/s : Sedih melihat bangsaku hancur kerana dadah....
No comments:
Post a Comment