Aduhai, bangsaku sendiri....
Aku sendiri dah muak dengan tohmahan yang dilemparkan dan bagi aku,kalaulah Felda ini manusia,aku pasti dah lama Felda ni undur diri...Tapi demi amanah dan aspirasi yang digalas,aku percaya Felda akan tetap kukuh dan bertahan untuk 50 tahun kedua....
Aku teringat kata2 oleh Tunku Abd Rahman,bapa kemerdekaan Malaysia, BUKAN SENANG UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN,TETAPI LAGI SUSAH UNTUK MEMPERTAHANKANNYA....
FELDA merupakan benteng kepada kerajaan dan orang Melayu. Ia antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar sehinggakan mampu melabur dalam projek besar dan terus memberi faedah kepada warga
Felda yang semakin ramai
Cuba lihat dahulu, apabila pembukaan Felda dilaksanakan,pelbagai kesusahan dan pahit getir ditempuhi oleh kakitangan dan keluarga peneroka tersebut...tetapi adakah kita masih mahu menoleh kebelakang dengan beralasan, dengan susahpayah tersebutlah,maka kami berhak untuk mendapat itu dan ini....adakah dengan susahpayah membuka ladang dahulu,maka mereka berhak untuk menuntut tanah yang lebih.bagi peneroka tahun 1960an,aku percaya mereka bersusah payah membuka hutan untukdibuat ladang,tetapi peneroka selepas itu, semuanya telah disediakan.rumah telah didirikan,pokok sudah ditanam,infrastruktur asas telah ada...kesusahan tersebut adalah sama malah mungkin lebih baik dari apa yang mereka ada semasa ditempat asal lagi...
Pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka. Sayangnya, institusi ini cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya.
Sedarlah wahai generasi penyambung zuriat Felda..Kita tidak akan menyesal kehilangan sesuatu sehingga kita benar2 telah kehilangannya....Kita pertahankan tanah dan organisasi ini bukan sahaja kerana ianya milik kita, tetapi milik bangsa Melayu seluruhnya...mahukah kita kembali kezaman penjajahan dahulu yang mana orang melayu cuma penduduk yang dipandang sebelah mata sahaja.duduk ditepi sungai yang ekonominya hanya cuma cukup untuk menyara hidup seharian..kita jangan melihat Felda ini dari sudut kepentingan sendiri,kita lihat dari sudut keseluruhan bangsa kita...Ini tanah orang melayu yang terbesar didunia,kita mesti pertahankan agar ianya tidak jatuh ketangan bangsa lain...aku bukannya bersifat perkauman,tapi ini realiti..cukuplah dengan apa yang telah kita terlepas,janganlah pula yang ada digenggaman ini pula terlepas....
Kita lihat bagaimana tanah Palestin jatuh ketangan puak zionis...adakah kita mengambil iktibar dari sejarah ini...atau kita tak tahu dan terus menerus tidak mahu ambil tahu...Sejarah merupakan guru kita yang paling baik..segala informasi dan maklumat yang diberikan kepada kita, haruslah kita dalami terlebih dahulu,bukan hanya dengan mengikut membabi buta...apabila sesuatu benda atau isu dipolitikkan, mesti ada benda yang tersirat disebaliknya..
Kini setelah 50 tahun lebih Felda terbina, pelbagai kejayaan yang telah ditempa.Sayangilah tanah ini, dan kepada pewaris peneroka Felda, jika tidak dapat menambah tanah ini, janganlah dikurangkan.Genggam tanah ini kerana ia hasil keringat dari para pejuang serta ayah dan ibu..Felda tidak akan terbina dengan sendirinya, entah berapa banyak peluh yang menitis dan darah yang mengalir diatas tanah warisan pusaka ini....
Semoga Allah memberkati tanah ini dan segala isinya....Insyaallah....
Kini setelah 50 tahun lebih Felda terbina, pelbagai kejayaan yang telah ditempa.Sayangilah tanah ini, dan kepada pewaris peneroka Felda, jika tidak dapat menambah tanah ini, janganlah dikurangkan.Genggam tanah ini kerana ia hasil keringat dari para pejuang serta ayah dan ibu..Felda tidak akan terbina dengan sendirinya, entah berapa banyak peluh yang menitis dan darah yang mengalir diatas tanah warisan pusaka ini....
Semoga Allah memberkati tanah ini dan segala isinya....Insyaallah....
aku sokong la apa yg katakan nie jack,
ReplyDeletekadang2 aku jd letih dgn tekanan & soalan2
bodoh drp warga peneroka yg seolah2 tidak
pernah bersyukur dgn apa ygada ,
bg mereka duit adalah segalanya,
kalu silap skit mahunya disaman Felda yg telah
memberi sesuap nasi suatu dulu...