Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan kurang cerdiknya dengan mengatakan bahawa 'Felda Plantation Organisasi Haram'. Setahu saya yang haram adalah Persatuan ANAK kerana sampai sekarang Mazlan tak boleh nak buktikan Persatuan ANAK adalah persatuan yang sah dan berdaftar.
Mazlan juga ada menyatakan mengenai penubuhan Felda Plantation bertentangan dengan Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Mungkin dia fikir dengan menyebut seksyen-seksyen ni peneroka-peneroka Felda dan orang kampung akan terpegun dengan kebijaksanaannya.....Mazlan sebenarnya telah melakukan kesilapan yang amat besar dan menunjukkan betapa bodohnya beliau.
Terfikir juga saya siapa la penasihat undang-undang yang memberi khidmat kepada Mazlan Aliman ni. Mazlan ni dah la tak berapa nak cerdik dapat pula penasihat undang-undang yang tak cerdik....elok la sama-sama kurang cerdik.
Untuk makluman semua termasuk Mazlan dan tuan penasihat undang-undangnya, Felda Plantation Sdn Bhd ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM30 juta.
Felda Plantation Sdn Bhd merupakan agen pengurusan yang dilantik oleh Felda bagi menguruskan tanah-tanah ladang milik Felda dengan ekuiti 50% dipegang oleh Felda Holding manakala 49% dimiliki oleh Felda.
Tanah-tanah ladang milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation Sdn Bhd ini sebenarnya tidak diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau dengan bahasa lain tanah-tanah ini tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara 1965 sama seperti ladang-ladang estet yang lain.
ambil dari blog generation cyber.....terima kasih pena merah
aku pun pelik dgn mamat dia entah apa yg dikejarnya, tak abis2 mencari kesalahan Felda
ReplyDeleteyg telah memberi kesenangan satu masa dulu
kononnya jadi hero la tp byk lg cara utk menjadi wira tak perlu la menjadi org suruhan parti politik pulak.....