Friday, 26 August 2011

Freetown,Sierra Leone.

Hovercraft
Akhirnya setelah 6 jam didalam perut Brussels Airline,aku bersama En Yunus tiba di airport...aku dah lupa nama airport tu,tapi ia merupakan bekas stor baja...Ia telah diubah suai hingga menjadi sebuah lapangan terbang....aku pun tak expect airport yang besar  macam KLIA, rupanya lagi teruk dari airport Melaka...kecil sahaja lapangan terbang dia dan dalam keadaan yang aku rasa daif...


Selesai turun dari bas, kami dibawa ke tempat pemeriksaan kastam dan imigresen..takut jugak aku, tengok mamat negro ni..cakap kasar semacam..lepas pasport di cop, kena pulak pemeriksaan kastam.Habis beg aku diselongkar...macam2 dia tanya..aku rasa ini pengalaman yang paling menakutkan aku...takut beb,maklumlah, beribu batu dari rumah dan berada di tempat yang sangat asing...
Dengan tuan pengurus
Nasib baik, ada pegawai polis United Nations dari India yang tolong kitaorang.rupanya rakan2 kami yang dah berada kat sana, minta tolong dia untuk cepatkan proses kami tu....fuhh...lega....
suasana restoran dihotel
ekat luar,akhirnya kami berjumpa dengan 2 orang lagi kakitangan Felda yang telah datang terlebih awal dari kami...Pengurus bernama Mohd Shah bin Mahmood dan lagi sorang..(lupa lagi)....
Kami dibawa menaiki bas untuk menaiki hovercraft menuju ke bandar Freetown....Fuiyooo...hovercraft beb....tak ada dalam keinginan aku untuk naik kenderaan ni....harga tiket USD 50 untuk sekali perjalanan...
Akhirnya hovercraft tu pun sampai...bisingnya bunyi kipas dia...takjub aku dengan kenderaan ni...
Perjalanan merentas laut mengambil masa 30 minit.akhirnya kami samapai ke bandar Freetown dan terus ke hotel untuk check ini...
Lega rasa dapat berbaring dan mandi...
Petang tu kami tak buat apa2 cuma rehatkan badan sahaja...Malam kami ke bawah untuk makan malam..macam2 yag disembangkan.Maklumla mereka nak tahu perkembangan di Malaysia.Kami pun nak tahu macam mana susana kat situ....
dari tingkap hotel
Makanan kami malam tu cuma ikan bakar..Alahai,,tak sedap langsung sedap ialah bukannya citarasa kita..tapi bedal sajala...tak berani nak minta ayam dan daging takut tak halal.rupanya tokey hotel tu seorang muslim dan merupakan orang Lebanon...Kami berempat makan kat situ biasa je,ikan bakar,nasi dan air...Harganya, Ya Allah,mahal sungguh..Semuanya berharga RM 500...terkejut aku...Hotel bukan 5 star pun,aku rasa kalau kat Malaysia,cuma  setengah star je....Cekik darah betul....tapi apa boleh buat...Kalau ikutkan,staff yang lama rupanya masak sendiri dalam bilik.sebab makanan harganya masyaallah....diorang akan usung segala periuk belanga,dapur dan tong gas sekali  ke mana2 nak pegi...tak sanggup nak bayar dan rasa makanan yang tak sedap langsung...sedap lagi maggi yang aku masak....

sambung.....

Thursday, 25 August 2011

Pinjaman Perumahan Felda (isu dan realiti)

assalamualaikum.....

salam ukhwah dan salam 1 Felda.....

salah siapa?
kesempatan ni, aku nak cerita la sikit pasal isu dan realiti yang berlaku keatas satu kemudahan yang disediakan oleh Felda ni iaitu skim pinjamam perumahan peneroka Felda (PPRP)....
Pinjaman ini disediakan oleh pihak Felda bagi membolehkan para peneroka membuat pinjaman bagi pembaikan rumah mereka...Maklumlah, dah berapa puluh tahun duduk di tanah rancangan, tetapi masih ada rumah yang langsung tiada perubahan...kadang-kadang malu kita kepada orang luar yang mana kita berbangga apabila Felda adalah pemain utama sawit negarala,Felda menuju global la,dan macam2 lagi,tapi apabila lawatan ke rancangan,masih ada rumah asal...langsung tidak berubah...tangga kayu masa mula2 masuk dulupun dah reput,tapi tak tukar2..atap bocor sana-sini, rumah senget,papan dinding langsung tak pernah berminyak...macam2 yang kita boleh nampak....

Adakah ini yang dinamakan anak emas perdana menteri kita? tentu ianya tidak selari dengan hasrat Felda dan kerajaan untuk mengubah nasib dan taraf kehidupan orang melayu...
Pinjaman disediakan bermula dari RM 10 ribu sehingga RM 40 ribu...terpulang kepada tuan rumah nak buat pinjaman berap
Proses permohonan bermula dengan peneroka mengisi borang permohonan pinjaman...sediakan apa yang diperlukan seperti paysheet,ic dan gambar rumah sekarang...selepas itu, pihak rancangan akan menyokong atau tidak (bergantung keadaan)...kemudian borang tersebut akan dihantar ke wilayah masing2...Selepas proses di wilayah,ianya akan dihantar pula ke ibupejabat untuk kelulusan...

inikah realiti?
Proses ini mengambil masa kerana terlalu ramai pemohon yang ingin membuat pinjaman tersebut..lagipun para pemohon dikategorikan kepada 4...ianya bergantung kepada rumah yang dimiliki sekarang...

1)kategori yang mana rumah langsung tiada perubahan.tiada tambahan samada didapur atau dimana2 sekalipun...senang kata rumah asal...
2)rumah yang sudah bertukar 25%..maksudnya ada sediki penambahan pada mana2 bahagian rumah..
3)rumah yang bertukar 50%...dah separuh rumah ditukar,mungkin cuma rumah ibu sahaja masih tinggal.
4)rumah bertukar 75%...dah ditambah pada banyak bahagian rumah....

atau ini fantasi?
kriteria kelulusan bergantung pada bentuk rumah tersebut...kelulusan utama akan diberikan kepada rumah kategori 1...sebab itu, seringkali peneroka merungut kerana pinjaman tersebut mengambil masa terlalu lama..macam tunggu buah tak gugur je.Betulla tu,jika tiada lagi rumah kategori 1,barulah ianya diberi kepada rumah kategori 2,3 dan 4...rumah kategori 4 ni,kena tunggu lagi lama....sebab modal permulaan Felda keluarkan RM 500 juta telah habis,kini cuma tunggu pinjaman yang dikutip dari peminjam yang telah lulus,dan diberikan kepada penerima baru....

Jika pinjaman RM 40 ribu, peminjam akan dikenakan caj pengurusan sebanyak 2.5% dan caj Felda Engineering 4%..semuanya cuma 6.5% pada jumlah pinjaman...contohnya begini....

40,000 x 6.25% =2500.00
40000+2500= RM 42500....

Mana ada institusi nak bagi pinjaman tanpa faedah macamni...bayaran dibuat selama 15 tahun...
Peminjam juga wajib mengambil insuran bagi pinjaman tersebut...ia untuk menjamin waris yang ditinggalkan nanti tidak menanggung hutang tersebut,jika peminjam meninggal dunia...Jumlah insuran adalah bergantung kepada umur peminjam..semakin tua,semakin tinggila insurannya...Insuran ini bukan daripada Felda,dan ianya adalah dari syarikat insurans sendiri...

Beruntung sungguh peneroka mendapat pinjaman begini,bayangkan orang kampung luar sana,tak ada siapa pun nak tolong diorang...harapkan jabatan kebajikan je la...itupun bukan untuk repair rumah...cukup2 makan je...
Kita tidak mahu,selepas 20 tahun lebih tinggal di rancangan (mungkin lebih),masih ada rumah yang asal..PM pun pernah cakap masa hari peneroka 2009,dia tak mahu ada satupun rumah peneroka dari kayu,dia nak semuanya batu (sudah bertukar)...



ok la penerangan ringkas untuk pinjaman ni...kalau ada kemusykilan,sila rujuk kepada pejabat rancangan masing2....

wassalam...



Tuesday, 23 August 2011

Hebatkah kita

Image result for gambar pedoman                                                            Jam menunjukkan jam 3.12 minit pagi....24 Julai 2011...ramai umat islam di Malaysia sedang enak tidur dibuai mimpi indah.....

Di pagi yang hening ini, aku terfikir, kerdilnya diri di alam fana yang luas ini...
aku sejak malam tadi tidak dapat tidur, dengan debaran hati yang amat hebat....bergegar rasanya jantung dan lemahnya kaki untuk berdiri...apakah ini satu petanda Ya Allah.....Tuhan bagi sekelian alam....

Apakah yang sedang dilakukan oleh manusia diluar sana...sedang beribadatkah, masih bercerita di kedai mamak kah, atau sedang sibuk melakukan maksiat...

Ya Allah, ampunilah dosaku,ampunilah dosa isteriku,ampunilah dosa ibubapa ku,ampunilah dosa keluargaku,guru-guruku,rakan-rakanku serta seluruh umat islam dimuka bumimu ini Ya Allah....
Sesungguhnya kami insan yang kerdil Ya Allah...kami bersujud dan mengharap keampunan darimu....Sesungguhnya hanya engkau sajalah pemberi rahmat yang maha agung....

Ya Allah,satukanlah hati kami.Jadikanlah kami umat yang sentiasa bersyukur dan lembutkanlah hati kami untuk terus beribadat memohon keampuanan darimu...Berikanlah kami makan dari rezeki yang halal dan jauhkan kami dari bala bencana,Ya Rahman Ya Rahim.....

Ya Allah, selamatkanlah kandungan isteriku, lindungilah ia dan jadikanlah zuriat kami zuriat yang soleh dan solehah...Berkatilah ia,agar ia menjadi insan yang berada didalam rahmatmu, beribadat kepadamu dan jauh dari menjadi insan yang tidak tahu bersyukur, dan apalah kiranya jika ia menjadi insan yang berbakti kepada ibubapanya,berguna kepada agama,bangsa dan negara, Ya Allah...Ya dzal jala liwal iqram.....

Akhlak bangsaku

Sebelum bercerita panjang.....

Pernahkah kita berfikir dan muhasabah kenapa ianya terjadi......
Sebelum ini, kita cuma menempelak dan mengkritik apa yang terjadi,tetapi adakah kita mengambil tindakan...
Lumrah manusia cuma mahu mengkritik dan tidak mahu terlibat dalam penyelesaian...
Mereka cuma mengatakan, dia bukan anak aku,dia orang lain, dia bukan masalah aku...yang aku tahu cuma mengata bahawa anak si polan terlalu jahat dan sosial....

Sedarkah kita bahawa dia adalah bangsa aku,dia adalah saudara seagama aku, dan dia adalah pewaris legasi aku...Sampai bila kita cuma mahu mengata dan menambah dosa....

Teringat aku semasa kerajaan melancarkan kempen masyarakan madani...ingatkah kita, sebelum itu adalah kempen insan rabbani...apa yang kita tahu tentang kempen ini...berbuih mulut ustaz dalam media massa menerangkan tentang kempen ini.....semuanya bermula dengan diri kita sendiri....insan rabbani...elokkan diri kita dahulu,dan apabila diri kita elok,ia akan berjangkit kepada insan yang terdekat dengan kita iaitu keluarga kita...seterusnya kepada jiran kita,selepas itu kampung kita,dan selepas itu masyarakat kita umumnya....barulah masyarakat tersebut menjadi masyarakat madani....janganlah kita cuma mahu menunding jari,sedangakandiri kita juga 2x5 sahaja....

Kita digembar-gemburkan dengan buruknya akhlak remaja Felda..seolah-olah ditempat yang lain,perangai mereka macam malaikat...semua yang teruk dan keji,adalah remaja Felda..sedangkan mengikut statistik, masalah dadah  (kawasan Segamat), belia Felda adalah antara yang dibawah...

Walau apapun, kita sebagai benteng di Felda ini, harus mengambil inisiatif...jangan biarkan tohmahan dan umpat keji ini berleluasa....kuatkan diri,hamparkan semangat, sesungguhnya jihad mempertahankan nafsu adalah lebih tinggi darjatnya...

Ibubapa juga harus mengambil langkah..jangan cuma mengharap guru dan pihak kerajaan mengambil tindakan sahaja...semuanya bermula dari rumah...tonjolkan sifat mulia, amalkan kehidupan yang sihat dan aku percaya, keluarga kita akan selamat....tanam sifat cintakan agama, Allah dan rasulnya....

Mari kita sama-sama bertindak dengan menjaga kain orang lain....

p/s : Sedih melihat bangsaku hancur kerana dadah....

Monday, 22 August 2011

Warisan Perjuangan Pusaka

Mutakhir ini, banyak serangan yang dilakukan ke atas Felda...Macam2 diutarakan, contohnya Felda dulu tolong,sekarang along,Felda Bangkrap,Felda penipu dan lain2 lagi....
Aduhai, bangsaku sendiri....

Aku sendiri dah muak dengan tohmahan yang dilemparkan dan bagi aku,kalaulah Felda ini manusia,aku pasti dah lama Felda ni undur diri...Tapi demi amanah dan aspirasi yang digalas,aku percaya Felda akan tetap kukuh dan bertahan untuk 50 tahun kedua....
Aku teringat kata2 oleh Tunku Abd Rahman,bapa kemerdekaan Malaysia, BUKAN SENANG UNTUK MENDAPATKAN KEMERDEKAAN,TETAPI LAGI SUSAH UNTUK MEMPERTAHANKANNYA....

FELDA merupakan benteng kepada kerajaan dan orang Melayu. Ia antara institusi yang begitu berjaya dan mempunyai dana tunai yang begitu besar sehinggakan mampu melabur dalam projek besar dan terus memberi faedah kepada warga 
Felda yang semakin ramai

Cuba lihat dahulu, apabila pembukaan Felda dilaksanakan,pelbagai kesusahan dan pahit getir ditempuhi oleh kakitangan dan keluarga peneroka tersebut...tetapi adakah kita masih mahu menoleh kebelakang dengan beralasan, dengan susahpayah tersebutlah,maka kami berhak untuk mendapat itu dan ini....adakah dengan susahpayah membuka ladang dahulu,maka mereka berhak untuk menuntut tanah yang lebih.bagi peneroka tahun 1960an,aku percaya mereka bersusah payah membuka hutan untukdibuat ladang,tetapi peneroka selepas itu, semuanya telah disediakan.rumah telah didirikan,pokok sudah ditanam,infrastruktur asas telah ada...kesusahan tersebut adalah sama malah mungkin lebih baik dari apa yang mereka ada semasa ditempat asal lagi...

Pembangunan Felda adalah warisan perjuangan pusaka. Sayangnya, institusi ini cuba dihina, difitnah dan dicemari imejnya.

feldaSedarlah wahai generasi penyambung zuriat Felda..Kita tidak akan menyesal kehilangan sesuatu sehingga kita benar2 telah kehilangannya....Kita pertahankan tanah dan organisasi ini bukan sahaja kerana ianya milik kita, tetapi milik bangsa Melayu seluruhnya...mahukah kita kembali kezaman penjajahan dahulu yang mana orang melayu cuma penduduk yang dipandang sebelah mata sahaja.duduk ditepi sungai yang ekonominya hanya cuma cukup untuk menyara hidup seharian..kita jangan melihat Felda ini dari sudut kepentingan sendiri,kita lihat dari sudut keseluruhan bangsa kita...Ini tanah orang melayu yang terbesar didunia,kita mesti pertahankan agar ianya tidak jatuh ketangan bangsa lain...aku bukannya bersifat perkauman,tapi ini realiti..cukuplah dengan apa yang telah kita terlepas,janganlah pula yang ada digenggaman ini pula terlepas....

Kita lihat bagaimana tanah Palestin jatuh ketangan puak zionis...adakah kita mengambil iktibar dari sejarah ini...atau kita tak tahu dan terus menerus tidak mahu ambil tahu...Sejarah merupakan guru kita yang paling baik..segala informasi dan maklumat yang diberikan kepada kita, haruslah kita dalami terlebih dahulu,bukan hanya dengan mengikut membabi buta...apabila sesuatu benda atau isu dipolitikkan, mesti ada benda yang tersirat disebaliknya..

Kini setelah 50 tahun  lebih Felda terbina, pelbagai kejayaan yang telah ditempa.Sayangilah tanah ini, dan kepada pewaris peneroka Felda, jika tidak dapat menambah tanah ini,  janganlah dikurangkan.Genggam tanah ini kerana ia hasil keringat dari para pejuang serta ayah dan ibu..Felda tidak akan terbina dengan sendirinya, entah berapa banyak peluh yang menitis dan darah yang mengalir diatas tanah warisan pusaka ini....

Semoga Allah memberkati tanah ini dan segala isinya....Insyaallah....


Friday, 19 August 2011

Brussels to Sierra Leone

Jam 4.30pagi aku dah bangun untuk ke airport...Aduhai Felda ni,ambikla tiket pukul 10pagi ke,tengah hari ke...baru best sikit..ni,punyala awal...walaupun baru jam 4.30 pagi, tapi suasana dah pun terang macam pukul 7 kat Malaysia...
Aku pun bersiap dan turun ke bawah untuk tunggu shuttle bas ke airport....Suhu tak lah sejuk sangat,biasa2 je...Sampai kat lobby,En Yunus dah pun ada,so sebelum naik bas,kami pekena teh dulu...

Schiphol Airport
Jam 5.30 pagi,kami dah sampai airport...aku yang tak tahu jam berapa solat subuh dan kiblat, cuma solat atas kerusi menunggu..ermm....kiblat aku cuma agak2 je...sebab Amsterdam ni kat belah timur laut Mekah,aku agak2 dengan tengok matahari...Moga Allah terima solat aku....

Kalau dari Malaysia,kami menaiki kapal terbang MAS, dari Amsterdam ke Brussels pulak,aku naik kapal terbang KLM.Cuma kapal terbang Fokker kecil,dengan kapasiti lebih kurang 25 orang....gerun jugak naik flight kecil ni,terasa dia punya gegaran..hehehe....

Dari Amsterdam ke Brussels tak lah lama,cuma ambil masa lebih kurang setengah jam je....tapi sempat jugak minum jus oren dan makan kacang...Sampai di Brussels,kami tak pegi tempat lain,cuma pergi cari makanan untuk alas perut...
Pekena roti dulu

Brussels
Kami jumpa satu bakery,puaslah meninjau dia punya bahan masakan,takut2 kalau ada benda haram..akhirnya aku cuma pilih roti kosong,coklat dan air buah dalam tin...okay la kut,sementara nak tunggu flight seterusnya...

Selepas puas round airport tu,akhirnya flight aku pun dah dipanggil...lega rasanya,sebab dah tak tahu nak pegi mana kat situ....

Lepas cek tiket dan pasport,akhirnya aku dah berada dalam perut kapal terbang Brussels Airlines...Besar gak,tapi yang ramainya mamat dan minah negro...Flight ni dijadualkan akan ke Guinea,Sierra Leone,dan Ghana...

Perjalanan mengambil masa 6 jam untuk tiba ke Freetown,Sierra Leone...



Sierra Leone, wait for me.....

Wednesday, 17 August 2011

Amsterdam to Brussels




Jam 10.30 malam
Selepas minum dengan En Yunus dan berbual dengan waiter kat hotel tu, kami pegi la jalan-jalan sekeliling...memang cantik sebab masatu musim bunga...punyala banyak bunga tumbuh tepi jalan dan sampaikan ada arnab liar melompat2 kat situ...rupanya menjadi satu kesalahan kat situ untuk menagkap arnab liar..rasanya kalau kat Malaysia,dah lama jadi sate arnab....

Apabila sedang berjalan,waktu tu dah menunjukkan jam 8 malam..tapi masih terang lagi,macam baru pukul 5 di Malaysia....Sedap rupanya musim bunga,udara yang dihidu harum je,sebab banyak sangat bunga disekeliling...

cantikkan...jam 8 malam
lanskap hotel
Selepas bersolat, pegi jalan lagi sampai la kat sebuah tasik...sebab masih terang,kami berjalan hampir 4 km petang tu..tak sedar sebab suhu yang nyaman dan suasana yang amat menceriakan...

tasik apa tah namanya..


Apabila jam menunjukkan jam 11 malam,barula nampaknya macam senja kat Malaysia, lepas minum teh kat satu kedai, kami berangkat pulang ke hotel..Penerbagan esok dijadualkan jam 6 pagi,jadi kami kena ke airport jam 4.30 pagi....Persinggahan kami seterusnya adalah Brussels,Belgium....Here we come.....

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.