1. Gaya
hidup yang sihat memberi peluang untuk memperbaiki keadaan kesihatan dan
mengurangkan risiko penyakit. Terangkan ciri-ciri gaya hidup yang sihat.
Apa ertinya gaya hidup yang
sihat? Ia adalah satu cara hidup yang membolehkan kita untuk menikmati lebih
banyak aspek kehidupan dengan cara yang lebih bermakna. Ia tidak hanya
percubaan untuk mengelak dari sesuatu penyakit,. Ia adalah mengenai perasaan
dan menikmati kehidupan yang bagus dari segi fizikal, mental dan sosial. Ia
adalah tentang membuat pilihan tertentu yang memberi kita peluang untuk merasa
yang terbaik untuk seberapa lama yang boleh. Kehidupan yang sihat ialah apabila
kita mengatakan boleh’ kepada kehidupan. Menurut kajian, orang dewasa yang
benar-benar memenuhi kriteria gaya hidup sihat adalah sangat sedikit
bilangannya.
Tiga kaedah penting untuk hidup yang lebih sihat
1.Bersenam
Bersenam merupakan perkara utama yang perlu diutamakan.
Ia tidak dapat dielakkan dalam menjalani gaya hidup ini. Aktiviti fizikal
merupakan kemestian dan wajib dilaksanakan. Tubuh badan kita dicipta untuk
bergerak dan apabila tidak, membuatkan ia menjadi lemah dan semakin turun
kualitinya. Aktiviti fizikal meransang antibody dan sistem pertahanan tubuh agar
bekerja. Ia juga meningkatkan aktiviti jantung serta paru-paru kita.Selain itu,
segala otot dan ‘joints’ yang berada di tubuh kita akan sentiasa bersedia untuk
kegunaan kita kerana ia telah dilatih atau diransang dengan baik. Pelepasan
hormone ‘endorphines’ semasa melakukan aktiviti fizikal juga amat baik kepada
badan dan juga minda kita.
Berjalan laju,berbasikal,menari, berenang dan sebagainya
merupakan contoh aktiviti yang boleh kita lakukan. Selain bersenam, aktiviti
ini juga membolehkan kita menghayati alam persekitaran dan bergaul bersama
orang lain dan seterusnya membantu kita menjalani kehidupan ini dengan lebih
baik. Senaman setempat seperti yoga atau aerobik juga bagus untuk regangan otot
dan ada kajian yang mengatakan senaman yoga dapat membantu menenangkan fikiran.
2. Makan
Secara Sihat
Terdapat satu pepatah Inggeris yang
mengatakan kita adalah apa yang kita makan. Sedikit sebanyak, pepatah ini betul
kerana apa sahaja yang kita masukan kedalam badan kita akan memberi kesan
kepada fizikal, perasaan, pemikiran malahan seluruh tubuh kita akan memberi
reaksi kepada makanan tersebut. Pemakanan yang sihat bukanlah bermakna makanan
tersebut adalah makanan yang mahal dan sukar didapati. Sebagai fakta, terdapat
pelbagai resipi di internet atau majalah tentang penyediaan makan yang sihat
menggunakan pelbagai bahan yang murah dan
amat senang dijumpai. Secara asasnya, kita perlu mencari diet yang kurang
garam,lemak juga makanan diproses dan perlulah mencari diet yang berasas buah,
sayuran,bijirin dan kaya dengan asid lemak Omega 3. Pengambilan multivitamin
pula bagi memastikan kita menepati keperluan nutrient yang diperlukan oleh
tubuh kita seharian.
3.Kurangkan Tekanan
Kita perlulah membuang tekanan yang
dihadapi. Tekanan berlaku apabila kehidupan kita menjadi tidak seimbang
diantara fizikal, mental atau emosi. Ketidakseimbangan ini boleh berlaku
melalui dua kaedah iaitu dalaman dan
juga luaran. Kebimbangan yang terlampau tentang sesuatu perkara merupakan
tekanan dalaman yang perlu dihadapi. Boleh juga berlaku akibat kerja yang
berlebihan, masalah keluarga dan pelbagai sebab luaran lain.
Tubuh kita memberi reaksi dengan
menunjukkan keletihan, sakit dan membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan
sebaiknya. Jika kita mahukan kehidupan yang lebih bai, kita perlu menguruskan
tekanan ini dengan sebaiknya dan jangan membiarkan diri kita tenggelam dalam
tekanan tersebut.
2.Keadaan tahap kesihatan yang lengkap bergantung
kepada kesempurnaan dalam lapan dimensi seseorang.
Bincangkan bagaimana setiap dimensi menyumbang
kepada peningkatan kualiti kesejahteraan seseorang.
Kesejahteraan merupakan anugerah apabila
mempunyai keadaan fizikal yang sihat serta keadaan minda yang stabil. Kesihatan
minda serta fizikal amat berkait rapat dan sesuatu masalah yang terjadi kepada
salah satu samada minda atau fizikal akan mengganggu fungsi masing-masing.
Menjaga kesihatan fizikal akan memberikan faedah yang baik kepada minda dan
begitulah sebaliknya. Perlu diingat juga bahawa, kesejahteraan bukan bermaksud
ketiadaan tekanan atau kesakitan, tetapi cara kita untuk menghadapainya dan
bagaimana kita bertindak untuk mengatasinya.
Terdapat 8 dimensi yang merangkumi keseluruhan kehidupan
kita yang perlu dijaga untuk mendapat kehidupan yang sihat dan sejahtera.
Setiap dimensi ini berkait rapat antara satu sama lain dan seringkali apabila
terjadinya musibah atau ujian terhadap salah satu dimensi memberi kesan
terhadap dimensi yang lain.
Kesemua dimensi mempunyai peranan yang tersendiri dan
setiap satu perlu dijaga agar ia dapat menyumbang ke arah kehidupan yang sihat
dan sejahtera. Dimensi tersebut ialah :
- Dimensi fizikal
Kita
perlu berdisiplin dalam melakukan aktiviti fizikal dan menjaga diet seharian.
Diet yang seimbang akan membantu kita melakukan aktiviti fizikal dengan baik
dan seterusnya memudahkan kita untuk mendapat tidur yang mencukupi
sekurang-kurangnya 6 jam di waktu malam. Selain itu, hubungan seksual yang
sihat juga perlu diamalkan, seperti tidak melanggan pelacur,hubungan songsang
dan berwaspada semasa melakukan aktiviti seksual.
- Dimensi kecerdasan (intelektual)
Kesejahteraan
dalam kecerdasan adalah apabila kita
berkebolehan dalam menyumbang idea, berfikir dengan baik dan kritis dan
bersedia untuk menyahut cabaran yang mendatang. Selain itu kebolehan untuk
menyerap informasi serta memprosesnya dan seterusnya membuat keputusan juga
tertakhluk dibawah dimensi ini. Seseorang yang mahukan kesejahteraan dalam
dimensi ini, perlu sentiasa berfikiran positif dan dapat menilai sebarang
informasi yang diterima. Dalam menilai sesuatu maklumat memerlukan tahap
kecerdasan yang baik sebelum kita membuat sebarang keputusan mengenainya.
Seperti contoh apabila terdapat satu berita yang kurang enak tentang seseorang,
kita perlulah menilai dahulu dan mencari sumber yang sahih sebelum kita
mempercayainya ataupun menyebarkannya kepada orang yang lain.
- Dimensi kepercayaan (spiritual)
Dimensi spiritual tidak terbatas hanya pada keagamaan.
Kalau kita lihat dari perkataan asal, spiritual berasal dari bahasa Latin Spiritus, yang bererti nafas atau roh.
Jadi spiritual bererti kerohanian atau kejiwaan. Sebagai manusia, kita tidak
dapat melihat ataupun menyentuh roh atau jiwa kita kerana ia bukan dalam
dimensi fizikal, akan tetapi kita tahu dan dapat merasakan keberadaannya.
Aktiviti keagamaan boleh memberi kesan positif terhadap cara hidup kita.
Seperti contoh umat Islam digalakkan untuk bersembahyang secara berjamaah di
masjid, disamping mengabdikan diri kepada tuhan, ia juga membolehkan kita
bergaul mesra dengan tetamu yang lain dan seterusnya mencipta hubungan yang
erat sesama manusia.
- Dimensi pekerjaan
Dalam
dimensi ini, kestabilan dan kesejahteraan dapat dicapai apabila kita dapat
mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi
aktiviti yag diceburi. Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta
kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktiviti yang
diceburi serta bagaimana kita menggunakan kemahiran dan keupayaan
untuk menyumbang kepada masyarakat. Kejayaan merancang tentang masa hadapan juga
perlu dibuat bagi mencapai titik tertinggi di dalam dimensi ini. Apakah yang
akan kita lakukan setahun dari sekarang atau 10 tahun ataupun sehingga bersara?
Merancang perlu dibuat bagi membantu kita bersedia sekiranya ada kecelakan yang
bakal berlaku dan apakah persediaan kita mencukupi.
- Dimensi persekitaran
Ia merupakan keseimbangan
antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan
sumber-sumber dalam komuniti. Menghargai persekitaran kita dan juga menjaganya
akan membuatkan kita lebih bersifat empati terhadap alam ini. Mengapa kita
tidak mahu menjaganya, sedangkan kita duduk dan hidup didalamnya. Mengamalkan
kaedah kitar semula merupakan salah satu kaedah terbaik dalam membantu menjaga
alam persekitaran kita. Kita juga perlu berusaha untuk memastikan kestabilan
ekosistem dan memastikan ia kekal hingga ke anak cucu kita.
- Dimensi kewangan
Untuk
mencapai kejayaan di dimensi ini, kita harus berupaya untuk mengelak atau
sekurang-kurangnya sudah bersedia apabila krisis kewangan terhadap kita atau
keluarga kita berlaku. Kita harus belajar menyimpan dan membuat bajet bagi
kegunaan kita.Perbelanjaan melebihi pendapatan bukanlah satu pilihan bagi kita.
Persediaan ini bagi menjamin kedudukan kita selepas bersara atau ketika kita
ditimpa bencana yang membuatkan kita tidak lagi mampu untuk bekerja.
- Dimensi emosi
Di dimensi ini, kesejahteraan dapat dicapai
apabila kita mampu untuk menguruskan
emosi sendiri dan prihatin terhadap emosi dan perasaan orang lain yang berhubung dengan kita. Sentiasa bersosial
dan juga belajar kaedah yang betul dapat membantu
kita mencapai kesejahteraan emosi ini. Kita juga perlu belajar untuk berdikari tanpa mengharapkan orang lain bagi
mengukuhkan jatidiri tetapi tahu bila masa
yang sesuai untuk meminta pertolongan.Sentiasa bersedia untuk membantu rakan atau keluarga yang dilanda masalah.
- Dimensi sosial
Bagi
mencapai dimensi ini, kita harulah berani untuk mencuba berinteraksi dengan
individu lain yan berbeza dari kita seperti umur yang berbeza, status yang
berbeza atau bangsa yang berbeza. Manusia merupakan makhluk yang bersikap
sosial dan berinteraksi dengan manusia yang lain dapat membantu mewujudkan
suasana positif dan menyumbang kepada kesejatahreaan sosial. Pertukaran
pendapat akan menjadikan perhubungan itu lebih terbuka dan ia juga menjadikan
kita lebih berpengetahuan.
3. Makanan yang seimbang adalah penting bagi mengekalkan badan yang
sihat.
Terangkan nutrien penting yang membentuk pemakanan seimbang.
Pengambilan pola makanan
seimbang merupakan suatu saranan yang baik bagi kesejahteraan manusia.
Pengambilan gizi yang tertentu dalam jumlah yang sepatutnya menentukan kesihatan
pengambilnya terpelihara seperti syor piramid makanan oleh WHO.
Terdapat beberapa nutrien
penting yang membentuk makanan seimbang dan pengambilannya dalam kuantiti yang
sesuai dengan individu bersesuaian dengan jantina, usia, jadual aktiviti
fizikal seharian dan sebagainya.
Makanan seimbang haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi:
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Vitamin
4. Mineral
5. Lemak
6. Serat
7. Air
Karbohidrat
Karbohidrat sangat diperlukan oleh tubuh, karena zat inilah yang memiliki peranan penting sebagai pemberi sumber tenaga utama untuk kegiatan seharian tubuh manusia. Zat karbohidrat terdapat pada banyak makanan dan penting untuk senantiasa mengambili salah satu makanan sumber karbohidrat setiap kali kita makan. Contohnya: nasi, ubi kentang, mie, ubi, dan lainnya. Bila tubuh mengalami ketidakcukupan zat karbohidrat, maka gejala paling awal yang paling mudah didapati adalah tubuh terasa lebih cepat letih kerana kekurangan tenaga dari biasanya.
Karbohidrat sangat diperlukan oleh tubuh, karena zat inilah yang memiliki peranan penting sebagai pemberi sumber tenaga utama untuk kegiatan seharian tubuh manusia. Zat karbohidrat terdapat pada banyak makanan dan penting untuk senantiasa mengambili salah satu makanan sumber karbohidrat setiap kali kita makan. Contohnya: nasi, ubi kentang, mie, ubi, dan lainnya. Bila tubuh mengalami ketidakcukupan zat karbohidrat, maka gejala paling awal yang paling mudah didapati adalah tubuh terasa lebih cepat letih kerana kekurangan tenaga dari biasanya.
Lemak
Ramai yang tidak mengetahui, bahawasanya lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga. Lemak merupakan zat yang bersifat sebagai sekunder bagi keperluan tenaga tubuh. Terdapat dua jenis lemak iaitu asid linoleic dan juga asid alpha linoleic.Secara keseluruhannya pengambilan lemak dalam kuantiti yang kecil baik untuk proses tubuh, tetapi apabila pengambilan dalam kuantiti yang banyak terutama lemak yang tidak baik seperti makanan terproses dan sebagainya akan membuatkan tubuh menyimpannya dan menjadikan kita gemuk dan menggeleber. Lemak banyak terdapat pada minyak, margarine, santan, kulit ayam, dan lemak haiwan lainnya.
Ramai yang tidak mengetahui, bahawasanya lemak juga merupakan salah satu sumber tenaga. Lemak merupakan zat yang bersifat sebagai sekunder bagi keperluan tenaga tubuh. Terdapat dua jenis lemak iaitu asid linoleic dan juga asid alpha linoleic.Secara keseluruhannya pengambilan lemak dalam kuantiti yang kecil baik untuk proses tubuh, tetapi apabila pengambilan dalam kuantiti yang banyak terutama lemak yang tidak baik seperti makanan terproses dan sebagainya akan membuatkan tubuh menyimpannya dan menjadikan kita gemuk dan menggeleber. Lemak banyak terdapat pada minyak, margarine, santan, kulit ayam, dan lemak haiwan lainnya.
Protein
Protein berfungsi untuk pertumbuhan tubuh dan mengganti tisu yang rosak pada tubuh kita.. Protein juga berfungsi sebagai zat pengatur hormon-hormon yang ada di dalam organ pencernaan manusia. Tidak hanya itu protein juga berfungsi sebagai pengatur kadar Ph dalam tubuh. Contoh makanan yang mempunyai protein tinggi adalah seperti ayam, ikan, telur dan pelbagai makanan asal bijirin seperti tempe.
Protein berfungsi untuk pertumbuhan tubuh dan mengganti tisu yang rosak pada tubuh kita.. Protein juga berfungsi sebagai zat pengatur hormon-hormon yang ada di dalam organ pencernaan manusia. Tidak hanya itu protein juga berfungsi sebagai pengatur kadar Ph dalam tubuh. Contoh makanan yang mempunyai protein tinggi adalah seperti ayam, ikan, telur dan pelbagai makanan asal bijirin seperti tempe.
Vitamin
Vitamin amat diperlukan oleh tubuh kita untuk mengatur metabolime tubuh agar tetap sihat dan membantu dalam proses pertumbuhan. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri, oleh karena itu kita perlu mendapatkan vitamin dari berbagai makanan dan Supplemen agar kesehatan tubuh kita tetap terjaga. Pada dasarnya tubuh kita hanya memerlukan vitamin dalam jumlah atau kadar yang sedikit, tetapi jika jumlah atau kadar yang diperlukan tersebut tidak mencukupi, maka metabolisme tubuh akan terganggu sehingga menimbulkan penyakit. Gangguan kesihatan atau penyakit yang timbul akibat kekurangan vitamin disebut dengan istilah Avitaminosis.
Vitamin amat diperlukan oleh tubuh kita untuk mengatur metabolime tubuh agar tetap sihat dan membantu dalam proses pertumbuhan. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin sendiri, oleh karena itu kita perlu mendapatkan vitamin dari berbagai makanan dan Supplemen agar kesehatan tubuh kita tetap terjaga. Pada dasarnya tubuh kita hanya memerlukan vitamin dalam jumlah atau kadar yang sedikit, tetapi jika jumlah atau kadar yang diperlukan tersebut tidak mencukupi, maka metabolisme tubuh akan terganggu sehingga menimbulkan penyakit. Gangguan kesihatan atau penyakit yang timbul akibat kekurangan vitamin disebut dengan istilah Avitaminosis.
Terdapat
pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita dan antaranya ialah
vitamin A, vitamin B2,B3,B5, vitamin D dan sebagainya. Setiap satu jenis ini,
mempunyai peranan tersendiri dalam membantu kita menjaga tubuh badan.
Serat
Serat memiliki banyak fungsi bagi tubuh, diantara lain :
Serat memiliki banyak fungsi bagi tubuh, diantara lain :
1.
Membantu menurunkan glukosa darah
2.
Membantu menurunkan lemak darah
3.
Melancarkan buang air besar
4.
Membuat perut terasa lebih kenyang
Serat terdapat pada
makanan jenis:
1.
Roti gandum, buah, dan sayuran segar
2.
Kekacang, tahu, tempe.
Mineral
Mineral diperlukan oleh tubuh untuk mengaktifkan reaksi ratusan enzim dalam tubuh. Terdapat sebanyak 17
mineral penting yang perlu diambil dan diperlukan oleh tubuh. Disebabkan itu,
kepentingan mineral adalah sama seperti pentingnya vitamin. Antara mineral yang
penting kepada tubuh adalah seperti :
1.
Kalsium
Bermanfaat
untuk membina tulang dan gigi, kontraksi otot, saraf, jantung, dan pembekuan
darah.
2.
Magnesium
Menjaga
struktur tulang, hati, menjaga keseimbangan alkaline tubuh.
3.
Sodium
Menjaga
keseimbangan elektrolit, jumlah cairan tubuh, dan saraf.
4.
Potasium
Memaksimakan
membran sel, penting untuk rentak jantung.
5.
Zinc
Sintesis
protein, pengangkutan karbon dioksida, mempengaruhi fungsi seksual, metabolisme
karbohidrat, menyembuhkan luka.
6.
Besi
Penting
untuk pembentukan hemoglobin, pengangkuatan oksigen
4. Pengubahsuaian kandungan pemakanan daripada
pemakanan yang biasa adalah penting bagi menampung keperluan terapeutik
kumpulan tertentu. Bincangkan pemakanan terapeutik bagi seseorang yang menghidapi
diabetis.
Diet teraputik merupakan diet yang diberikan kepada
pesakit atas arahan doktor ataupun dietitian seperti penyakit Diabetes. Ia
bertujuan untuk mengawal pengambilan sesetengah makanan atau nutrient tertentu
supaya penyakit tersebut berada di bawah kawalan. Pemakanan terapeutik adalah
tentang pemakanan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrient tetapi
rendah kandungan lemak dan gula. Waktu pemakanannya yang dijaga agar menepati
keperluan yang sepatutnya untuk tubuh.
Disiplin amatlah dikehendaki bagi pesakit yang
mengalami penyakit ini. Ramai pesakit menjadi bertambah teruk kerana tidak
menjaga makanan atau istilahnya berpantang dan akhirnya berada dalam situasi
yang amat sukar untuk diubati lagi. Dengan mengamalkan diet ini, paras gula
didalam darah dalam keadaan terkawal dan seterusnya insulin dapat bertindak
dengan lebih baik. Disamping diet ini, aktiviti senaman ringan juga perlu
dilaksanakan. Bagi mencapai berat badan yang unggul, mahu atau tidak, senaman
tetap perlu dibuat. Dengan senaman, gula yang dimakan atau lemak yang terkumpul
akan digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga kepada pesakit.
Kepada pesakit diabetis jenis 2 pula, perubahan
gaya hidup amatlah dituntut. Walaupun belum ada ubat yang dikenalpasti
dapat menyembuhkan diabetes, namun pesakit masih memiliki kaedah lain, iaitu menguruskan
diet dengan betul. Terdapat banyak makanan penting yang harus dimasukkan ke dalam
diet penderita diabetes, yang boleh membantu menjaga tubuh penderita tetap sihat
dan kandungan gula dalam darah dapat diatur dengan cara semulajadi. Dengan diet
ini juga, ia membantu supaya tubuh mendapat gula yang mencukupi sebagai tenaga
tetapi tidak terlebih supaya berat badan dapat dikawal.
Apabila
makanan dijaga, senaman dibuat dan pengambilan insulin atau ubat yang teratur,
masalah komplikasi akibat diabetis akan berkurangan atau dilewatkan dan pesakit
boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.
5. Pengurusan berat badan yang sesuai adalah aspek penting bagi
kesejahteraan.
Bincangkan masalah pemakanan
yang biasa yang memberi kesan kepada kesejahteraan seseorang.
Masalah pemakanan boleh didefinasikan sebagai keadaan serius yang
berkaitan dengan tabiat pemakanan negatif yang memberi kesan buruk kepada
kesihatan, emosi dan tingkahlaku. Seseorang
yang mengalami gangguan makan boleh bermula apabila makan hidangan yang kecil
atau hidangan lebih besar, dan pada satu
tahap, keinginan mereka untuk makan hidangan yang lebih kecil atau besar di luar kawalan.
MASALAH-MASALAH PEMAKANAN
Terdapat tiga masalah besar
dalam tabiat pemakanan seseorang yang tergolong dalam masalah pemakanan.
1. Anoreksia
Nervosa (Anorexia Nervosa)
Individu yang mengalami masalah ini sering
tiada selera makan kerana mempunyai rasa takut akan berat badan. Mereka akan
sentiasa memikirkan tentang makanan dan
menghadkan makanan yang dimakan, walaupun mereka sudah terlalu kurus. Ia adalah satu cara menggunakan alasan
makanan atau kelaparan diri sendiri untuk mengawal kehidupan supaya meredakan
tekanan , kemarahan, dan kebimbangan. Kebanyakan penyakit ini dialami oleh
wanita terutama golongan remaja atau selebriti.
Antara ciri-ciri orang yang mengalami simptom
penyakit ini ialah :
• Mempunyai berat badan yang rendah
• Tidak mahu mengekalkan berat badan yang
normal
• Mempunyai rasa takut yang berlebihan
terhadap berat badan
• Berfikir dia adalah gemuk walaupun pada
hakikatnya mereka teralu kurus
• Tidak mengalami tempoh haid tiga bulan berturut-turut
2.
Bulimia Nervosa
Masalah Bulimia Nervosa pula
situasi dimana seseorang makan secara
berlebihan kemudian cuba mengeluarkan kembali apa yang telah mereka makan.
Bulimia juga merupakan masalah pemakanan
yang sering terjadi pada wanita. Masalah ini merupakan suatu bentuk penyeksaan
terhadap diri sendiri kerana penderita
bulimia nervosa akan membuat dirinya muntah selepas mengambil makanan.Selain
daripada makan berlebihan, penderita bulimia juga cenderung kepada diet yang
sangat ketat dan juga bersenam secara berlebihan. Antara selebriti terkenal
yang mengalami masalah ini ialah Jane Fonda.
Ciri-ciri khas penyakit bulimia ialah
:
·
Mengeluarkan semula makanan
yang dimakan dengan sangat cepat sehingga makanan yang masuk tidak sempat
diserap oleh tubuh. Mereka memuntahkan semula makanan untuk
mengurangkan rasa benci atau bersalah
kerana mengambil makanan yang banyak.
·
Penderita Bulimia Nervosa
biasanya sangat mengambil berat terhadap diet atau penurunan berat badan.
Mereka akan terlalu memperhatikan berat badan, dan selalu merasa kurang percaya
dengan berat badan sendiri sehingga cenderung mengamalkan diet yang salah.
Mereka agak berbeza dengan penderita
Anoreksia kerana biasanya mereka memiliki berat badan yang lebih stabil
sehingga penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum.
6. Bincangkan kepentingan pencegahan penyakit dalam usaha
mempromosi kesihatan dan kesejahteraan seseorang.
Pencegahan penyakit adalah
satu perkara yang amat penting kepada semua individu. Ini adalah kerana melalui
pencegahan, penyakit boleh dielakkan. Sekiranya ia tidak dapat dielakkan
disebabkan beberapa faktor contohnya penyakit keturunan, sekurang-kuraangnya ia
mungkin lebih terkawal. Oleh itu, dalam pencegahan penyakit promosi kesihatan hendaklah diambil berat
supaya perkara ini dapat disampaikan kepada semua peringkat dalam masyarakat.
Promosi kesihatan telah digambarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
sebagai proses membolehkan orang ramai untuk meningkatkan kawalan ke atas
kesihatan mereka. Konsep kesihatan yang optimum merangkumi bukan hanya
ketiadaan penyakit, tetapi juga tahap kecergasan untuk mengekalkan keseronokan
dan kepuasan dengan kehidupan.
.
KEPENTINGAN PENCEGAHAN
PENYAKIT
1. Dapat
menjalani kehidupan seharian dengan gaya hidup sihat.
Kesihatan
adalah sesuatu yang amat bernilai yang tidak dapat dibeli dengan nilai wang ringgit. Ia boleh membantu menyelamatkan kehidupan dan
nyawa seseorang. Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita
untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada
hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia. Gaya hidup sihat merangkumi
cara pemakanan yang sihat, memastikan persekitaran tempat tinggal adalah
bersih, melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala, melakukan riadah,
mengatasi stress, tidak merokok dan mematikan mendapat rehat yang mencukupi.
2. Mengurangkan
kos sara hidup dari segi perubatan.
Kesihatan
yang baik adalah penting kerana ia membantu memaksimumkan keuntungan apabila
tiada komitmen dengan kos perubatan. Rawatan penyakit kritikal biasanya
mengambil tempoh yang lama dan membabitkan kos pemulihan yang tinggi yang boleh
menyebabkan kehilangan mata pencarian.Contohnya kos perubatan kanser boleh
mencecah RM 300,000 manakala penyakit buah pinggang boleh mencecah RM 150,000.
3. Dapat
menjalankan tanggungjawab dengan lebih sempurna.
Sekiranya
mempunyai kesihatan yang baik, sudah pasti dapat menikmati apa sahaja yang
dilakukan dalam kehidupan ini. Bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan
contohnya umur bersara bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi
opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk memilih
bersara wajib pada umur 55 atau 56 tahun. Manakala selepas perlantikan
selepas itu ada yang bersara wajib pada umur 60 tahun. Oleh itu, kesihatan yang
baik sangat penting bagi memastikan tanggungjawab sebagai pekerja dapat
dijalankan dengan baik. Semua orang juga
pastinya berpeluang menjadi anak, suami atau isteri, ibu atau bapa kepada
anak-anak. Dengan kesihatan yang baik sudah tentu tanggungjawab tersebut tidak
menjadi masalah kepada mereka.
7. Penyakit
jantung koronari adalah dikaitkan dengan pilihan gaya hidup yang tidak sihat.
Bincangkan strategi pencegahan am bagi penyakit jantung koronari.
Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai
penyakit arteri koronari. Perkataan koronari bermakna mahkota. Nama ini diambil
sempena arteri yang mengelilingi jantung seperti mahkota. Seseorang boleh
mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini
menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang
terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Hospital
Pakar Puteri Johor Bahru,
Dr. Yap Sau Peng, pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah
penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan
ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya bermula sejak seseorang itu masih
muda.
STRATEGI PENCEGAHAN AM
PENYAKIT JANTUNG KORONARI
1. Memastikan
tekanan dan paras kolesterol darah pada tahap yang sihat.
Bacaan
kolestrol boleh dibuat dengan melakukan pemeriksaan darah. Ia dilakukan untuk mengetahui sama ada paras kolesterol
dalam darah anda berada di paras selamat atau
tinggi, bacaan biasanya terbahagi kepada 2 iaitu high-density lipoprotein
cholesterol (HDL) dan low-density lipoprotein
cholesterol (LHL). Normal bacaan untuk Paras
kolesterol ialah 5.2mg/dl dengan bacaan LDL tidak melebihi 2.6mg/dl dan HDL
tidak kurang 1.0mg/dl.
2. Menjadi
lebih aktif secara fizikal
Mengamalkan
diet semata-mata adalah baik, namun m enggabungkan diet yang sihat dengan
senaman yang kerap adalah cara terbaik untuk mengekalkan berat badan yang
sihat.Senaman yang kerap akan membuat sistem jantung dan peredaran darah yang
lebih cekap, menurunkan paras kolesterol anda, dan juga mengekalkan tekanan
darah anda pada tahap yang sihat.
3. Mengawal
berat badan
Mengawal
berat badan boleh dilakukan dengan memakan makanan yang sihat dan seimbang.
Diet rendah lemak, tinggi serat adalah amat
disyorkan, seperti makan lebih banyak buah-buahan segar , sayur-sayuran
dan bijirin penuh. Makanan yang mengandungi lemak tepu mestilah dielakkan
kerana ia akan meningkatkan tahap kolesterol tidak baik dalam darah. Walau
bagaimanapun, diet yang seimbang masih mengambil lemak tak tepu untuk
meningkatkan tahap kolesterol baik dan membantu mengurangkan kolesterol. Selain
itu,elakkan terlalu banyak gula pengambilan gula kerana ia
boleh meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit diabetes yang
terbukti boleh mendapat penyakit jantung koronari secara mendadak.
4. Berhenti
merokok
Jika anda
seorang perokok, berhenti merokok akan mengurangkan risiko anda mendapat
penyakit jantung koronari. Merokok adalah faktor risiko utama untuk mendapat
aterosklerosis iaitu plak terbina di arteri. Ia juga menyebabkan kebanyakan kes
trombosis koronari di bawah umur 50 tahun.
Kesimpulan
Setiap
manusia memerlukan makanan untuk hidup. Pengambilan makanan seimbang penting
untuk memastikan seseorang itu mencapai taraf kesihatan yang baik. Pemakanan
seimbang bermaksud makanan yang mengandungi kumpulan zat makanan yang
diperlukan oleh tubuh. Protein, vitamin, kabohidrat, garam dan sebagainya yang
terdapat dalam makanan diperlukan oleh tubuh untuk membolehkan sistem tubuh
berfungsi dengan baik, selain berupaya melawan penyakit. Walaubagaimanapun,
makanan juga dapat memudaratkan kesihatan seseorang sekiranya peraturan
pemakanan tidak dipatuhi dan jika diambil secara berlebihan.
Makanan seperti daging, telur dan
hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang dapat memberikan
tenaga bagi membolehkan seseorang melakukan aktiviti seharian.Namun, makanan
tersebut turut mengandungi banyak lemak dan kalori yang tinggi jika diambil
berlebihan. Lemak merupakan sumber utama kolestrol yang menyebabkan obesiti dan
mendorong serangan jantung serta meningkatkan risiko serangan barah.
Pengambilan kabohidrat secara berlebihan seperti nasi juga merupakan punca
utama obesiti. Hal ini demikian kerana kalori yang berlebihan disimpan dalam
bentuk lemak jika tidak digunakan.
Kita disyorkan agar banyak mengambil
makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran kerana mengandungi
sumber vitamin, mineral dan
serat. Pengambilan serat penting untuk mempercepat proses makanan melalui
saluran penghadaman. Kita digalakkan melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan
peluh bagi membakar kalori lemak yang terdapat di dalam badan. Manusia yang
tidak aktif dan tidak mahu bersenam juga boleh menyebabkan obesiti.
Keseimbangan pengambilan pelbagai
jenis makanan penting untuk menjamin kesihatan yang sempurna dan berterusan
bagi menghindari daripada penyakit. Mempelbagaikan makanan yang diambil dalam
menu seharian merupakan cara terbaik untuk memenuhi keperluan nutrient bagi
tujuan tumbesaran. Selain itu, pengambilan makanan tersebut juga dapat
meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan tenaga. Khasiat sesuatu makanan juga
bergantung pada cara penyediaannya. Ibu
atau pembantu rumah yang memasak perlu mempunyai ilmu penyediaan makanan yang
berkhasiat dan seimbang.
Pemakanan
yang diambil juga perlulah dalam keadaan sederhana dan tidak
berlebih-lebih.Bukankah bersederhana dalam segala hal adalah yang terbaik buat
kita semua. Pengambilan secara bersederhana bukan sahaja membantu tubuh kita
untuk mencernakannya dengan baik, malahan ia dapat mengelakkan pembaziran
samada dari segi sumber asli dan juga kewangan kita.
Akhirnya,kita perlu amalkan meminum
air dengan lebih banyak kerana lebih daripada separuh kandungan tubuh manusia
terdiri daripada air yang dapat membantu melancarkan peredaran darah dan
berfungsi untuk buah pinggang berfungsi dengan baik. Amalan pemakanan seimbang
dalam kalangan masyarakat perlu menjadi agenda utama negara untuk melahirkan
rakyat yang cergas.
No comments:
Post a Comment