Tiada seseiapa pun
di dunia ini dapat menafikan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian
kita. Walau di mana kita sedang berada, kepakaran dan pengetahuan untuk
berkomunikasi amat penting bagi menjamin kesefahaman antara satu sama lain.
Komunikasi berlaku apabila apa-apa maklumat yang penting dapat dipindahkan
daripada diri kita kepada orang sekeliling kita yang menerima maklumat yang
ingin disampaikan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai kesefahaman agar maklumat
tersebut dapat dikongsi bersama. Asas perhubungan interpersonal adalah satu
komunikasi untuk menghubungkan antara seseorang individu dengan individu yang
memerlukan maklumat tersebut.
Verdeber
& Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001) mendefinisikan
komunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam
ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan
individu dan interaksi mereka dengan konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan)
dan maklum balas digunapakai.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat ditakrifkan
sebagai perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio,
telefon, dan lain-lain); ~ massa komunikasi atau perhubungan dengan atau yang
sampai kepada orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung
atau dengan perantaraan surat, radio, telefon, dan lain-lain), mengadakan
perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dan lain-lain)
Melalui beberapa definisi ini, kita dapati bahawa komunikasi adalah satu proses
apabila seseorang individu yang mempunyai kepentingan menyampaikan maklumat
secara verbal atau non verbal yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.
Elemen Dalam Komunikasi
1. Penghantar
1. Penghantar
Komunikasi berlaku apabila terdapat dua atau lebih orang yang terlibat dalam proses penyampaian maklumat tersebut. Dalam situasi organisasi, setiap penghantar atau “encoder” akan menyampaikan mesej secara bertulis atau secara lisan. Penghantar mesej juga perlu mengambil langkah dengan menghantar mesej pada masa yang sesuai dan mendapat perhatian daripada penerima agar mesej tersebut sampai kepada mereka. Kita juga perlu mengetahui gangguan-gangguan sebelum atau semasa mesej disampaikan supaya dapat mengurangkan gangguan tersebut. Penerima mesej tersebut perlu menerima dan faham maksud maklumat yang disampaikan sama ada melalui telinga iaitu mendengar atau secara melihat iaitu membaca kandungan maklumat yang disampaikan. Seterusnya, penerima mesej perlu meneliti dengan baik mesej yang akan diterima.
2. Mesej ( Maklumat)
Elemen penting dalam komunikasi yang berlaku adalah maklumat yang cuba disampaikan oleh pengirim. Apa-apa maklumat yang disampaikan oleh pengirim perlu mudah difahami agar penerima mengetahui apa yang cuba disampaikan. Maklumat tersebut sama ada melalui pendengaran, penglihatan, sentuhan, bau dan rasa yang dikatakan mempengaruhi penerima. Proses perpindahan maklumat yang disampaikan boleh berbentuk bukan lisan iaitu lebih kepada pandangan mata, mimik muka, gerak geri badan, sentuhan, isyarat atau kelantangan nada suara. Biasanya maklumat komunikasi secara lisan lebih berkesan sekiranya dilakukan bersama-sama dengan komunikasi bukan lisan.
3.Saluran
Dalam komunikasi, saluran adalah satu alat untuk menghubungkan penghantar maklumat dan penerima maklumat. Sebagai contoh, dalam situasi komunikasi antara pasangan, saluran yang digunakan lebih kepada bersemuka. Ini lebih melibatkan penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua saluran ini penting dalam sebuah perhubungan agar kedua-dua dapat berkomunikasi dengan berkesan dan saling memahami antara satu sama lain. Dalam komunikasi bersemuka ini, antara saluran yang boleh digunakan adalah seperti telefon bimbit atau melalui komputer yang sering digunakan pada zaman ini. Saluran ini lebih cepat dan mudah digunakan tanpa perlu bertulis.
4.Gangguan
Gangguan dalam berkomunikasi adalah situasi yang menghalang komunikasi yang sedang berlaku. Gangguan boleh menyebabkan mesej yang sampai tidak jelas dan tidak sampai maksudnya.Gangguan ini disebabkan penghantar mesej tidak bersedia untuk menyampaikan mesej melalui saluran yang jelas. Ini akan menyebabkan penghantar dan penerima mesej tidak dapat mengenal pasti sama ada mesej yang disampaikan kepada penerima memenuhi maklumat yang disampaikan oleh penghantar. Dalam mentafsir mesej, penerima dikatakan akan mentafsir mesej tersebut secara tidak tepat dengan menggunakan komunikasi tidak lisan. Penghantar menggunakan enkod yang tidak tepat dan menyebabkan penerima dekod mesej tersebut secara tidak tepat. Seterusnya akan menimbulkan prasangka terhadap mesej yang disampaikan yang menyebabkan maklumat tersebut tidak tepat. Apabila mesej tersebut tidak tepat,ia boleh menyebabkan maklum balas yang tidak berkesan daripada penerima. Ini akan menyebabkan komunikasi tidak berlaku dengan berkesan.
Terdapat empat jenis gangguan dalam
komunikasi sama ada secara fizikal iaitu
bunyi bising, atau psikologi iaitu berkenaan pendengaran dan penglihatan yang
kurang, anggapan pertama iaitu prasangka mengenai mesej yang disalurkan dan gangguan
semantik iaitu tiada kefahaman dalam mesej yang disalurkan oleh
penghantar.
5.Konteks
Setiap mesej yang disampaikan oleh penghantar melalui saluran yang betul akan dipengaruhi oleh kandungan tetap mesej tersebut. Kandungan setiap mesej yang disampaikan ini boleh berbentuk keadaan yang kita tidak sangka kerana kandungan mesej akan mempengaruhi tingkahlaku pengantara mesej atau penerima mesej yang disalurkan. Kandungan mesej yang disalurkan boleh berlaku secara formal mahupun secara tidak formal.
Kita perlulah bijak dalam menghantar mesej yang disalurkan dan mengirim kandungan mesej tersebut agar komunikasi berkesan berlaku. Terdapat pula empat dimensi dalam kandungan mesej iaitu fizikal, pemilihan masa kandungan disampaikan, secara psikologi iaitu hubungan kedua-dua pihak dan budaya.
6.Maklumbalas
Dalam membincangkan tindak balas komunikasi pula, seseorang penerima perlu memahami dan menerima mesej yang disalurkan. Terdapat dua bentuk saluran yang digunakan iaitu secara lisan atau bukan lisan. Komunikasi akan membentuk dua jenis maklum balas iaitu secara positif atau negatif. Maklumbalas secara positif akan memudahkan komunikasi dapat diterima bagi memudahkan penghantar dan penerima mesej tersebut manakala maklumbalas secara negative akan menggagalkn komunikasi berkesan.
Kedua-dua maklumbalas positif dan negatif ini
boleh berlaku secara maklumbalas internal iaitu dengan melihat kepada diri
sendiri sebagai akibat dari mesej yang disampaikan. Maklumbalas external pula
melibatkan pihak lain yang perlu diambilkira bagi mentafsir maklumbalas
tersebut adalah positif atau negatif. Apabila maklumbalas secara negatif
berlaku, komunikasi tersebut perlulah diperbaiki. Mimik muka berserta senyuman
dari penghantar akan menyebabkan satu
maklumbalas daripada penerima yang kandungan maklumat yang disalurkan adalah
perkara yang positif.
7.Kesan
Setiap kandungan dalam mesej yang disalurkan oleh penghantar kepada penerima mesej yang berlaku akan menyebabkan kesan kepada komunikasi tersebut. Kita akan melihat kesan tersebut melalui emosi seseorang, secara fizikal atau kognitif iaitu kebolehan seseorang untuk berfikir. Dalam komunikasi, mesej tersebut akan memberi kesan dalam emosi, fizikal dan cara kognitif penerima mesej itu dan juga boleh menjadi positif atau negatif.
Fungsi komunikasi di alaf baru
Pada era langit terbuka di mana
maklumat yang begitu pantas tersebar ke seluruh pelosok dunia, tentunya juga memberi
penekanan khusus kepada kaedah berkomunikasi di Malaysia amnya. Begitu juga
apabila kempen ''sebuah komputer di
sebuah rumah'' menjadi kenyataan, TV atau radio bukan lagi menjadi menu yang
menentukan arus pemikiran manusia. Ini kerana manusia amnya telah menerima
media baru yang boleh mengambil alih pengaruh TV menerusi bidang multimedia dan
teknplogi komunikasi.
Sebelum perbahasan tentang fungsi
komunikasi diperhalusi, ingin diperjelaskan tentang fungsi komunikasi menurut
beberapa pakar yang ada. Ramai sarjana yang mengemukakan pendapat tentang
fungsi dan di antaranya adalah seperti:
Thomas M. Scheidel
Kita berkomunikasi
terutama untuk menyatakan dan mendukung identiti diri, untuk membangun hubungan
sosial dengan orang di sekitar kita, dan untuk mempengaruhi orang lain untuk
merasa, berpikir, atau berkelakuan seperti yang kita inginkan
Gordon I. Zimmerman et al
Tujuan komunikasi
boleh di bahagi menjadi dua kategori. Pertama, kita berkomunikasi untuk
menyelesaikan tugas-tugas yang penting bagi keperluan kita seperti memberi nafkah , memuaskan kehendak kita dan keluarga, dan
menikmati hidup. Kedua, kita berkomunikasi untuk menciptakan dan memupuk
hubungan dengan orang lain
Judy C. Pearson dan Paul E. Nelson
Komunikasi mempunyai dua fungsi
umum. Pertama, untuk kelangsungan hidup diri sendiri yang meliputi: keselamatan
fizikal, meningkatkan kepercayaan diri, menampilkan diri kita sendiri kepada
orang lain dan mencapai impian peribadi. Kedua, untuk kelangsungan hidup
bermasyarakat, atau lebih tepat untuk memperbaiki hubungan sosial dan
mengembangkan kewujudan dalam suatu masyarakat.
Dalam tempoh beberapa dekad terdapat
satu revolusi dalam pengkomputeran dan komunikasi, dan ini adalah petanda
bahawa perkembangan teknologi dan penggunaan teknologi maklumat akan terus
berkembang dengan pesat. Dengan peningkatan drastik dalam penggunaan teknologi
maklumat, ia telah menurunkan kos komunikasi disebabkan oleh penambahbaikan
teknologi dan peningkatan persaingan.
Setiap manusia memerlukan maklumat
yang mencukupi dalam menempuh perjalanan seharian.Lebih-lebih lagi ketika kita
sedang membuat keputusan penting. Tanpa maklumat yang mencukupi,adalah sukar
untuk sesuatu keputusan dan ia akan mengambil masa. Pada alaf baru ini, mencari
maklumat bukanlah sesukar seperti masa dahulu. Pelbagai gajet dan sumber yang
boleh diakses dalam memperolehi sesuatu maklumat. Seperti contoh jika kita
ingin membeli tiket kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi, satu ketika
dahulu, kita hanya bergantung kepada agensi pelancongan tetapi kini, hanya dengan
telefon pintar yang disambungkan ke internet, bukan sahaja tiket dapat dibeli,
malahan kita boleh mengetahui pelbagai maklumat tentang tempat yang ingin
dilawati dan membuat perbandingan harga antara sesuatu agensi dengan agensi
yang lain. Perkara ini amat sukar dilakukan sedikit masa dahulu.
Proses pembelajaran juga menjadi
lebih mudah dan pastinya lebih menarik.Pelbagai program yang dirangka, sesuai
dengan perkembangan teknologi zaman ini. Siaran interaktif dan teknologi
satelit memungkinkan penembusan teknologi yang ketara terutama kepada pelajar
di bahagian pedalaman. Sesuatu maklumat juga dapat dihantar atau diproses
dengan kadar yang amat cepat dan ia boleh dikongsi dengan ramai orang didunia
ini. Jika terdapat sesuatu penemuan atau ujikaji yang berjaya di mana-mana
ceruk di dunia ini, dengan cepatnya ia tersebar dan dikongsi oleh semua.
Bukankah ini sesuatu yang baik dan tidak mustahil, tidak lama lagi, tahap
pencapaian pelajar di pedalaman adalah setanding dengan pelajar di bandar hasil
dari penambahbaikan teknologi penyaluran maklumat dan ilmu pengetahuan.
Komunikasi memainkan peranan yang
penting di dalam proses memujuk. Fungsi memujuk bertindak bagi mengubah
pandangan, kelakuan dan sikap seseorang agar selari dengan kehendak kita.
Walaupun ia bermaksud memujuk, tetapi ia tidak bermakna perkara ini dapat
dilaksanakan hanya dengan proses komunikasi sahaja malahan ia juga bergantung
kepada beberapa factor yang lain, tetapi komunikasi memainkan peranan utama.
Lihat sahaja iklan-iklan yang dimainkan di tv, radio, media sosial atau papan
tanda di jalanan. Proses memujuk sedang berlaku agar kita membeli produk yang
diniagakan dan lihatlah hasilnya. Semakin banyak yang dilaburkan untuk
pengiklanan, kebiasaannya hasil jualan juga semakin meningkat.
Pada zaman ini, proses memujuk amat
senang dilaksanakan. Penggunaan media sosial hampir menembusi setiap lapisan
masyarakat dan proses memujuk ini dapat dilaksanakan hanya dengan duduk di rumah
sahaja. Dengan mengiklankan contoh gambar kek yang sedap dan menarik di grup-grup
‘Facebook’, penjualan kek tersebut dapat dilaksankaan dengan amat mudah sekali,
tanpa perlu membuka kedai dan mengharap orang datang untuk membelinya. Malahan
kos modalnya tidak seberapa kerana Facebook tidak mengenakan apa-apa caj
perkhidmatan bagi mengiklankan perniagaan, berbanding modal yang lebih besar
untuk membeli atau menyewa sebuah lot kedai.
Salah satu fungsi yang paling ketara kini dengan perkembangan teknologi maklumat adalah
merancakkan aktiviti perdagangan melalui Internet iaitu kaedah baru untuk
menjalankan aktiviti perniagaan. Walaupun hanya beberapa tahun, ia telah merubah secara radikal aktiviti
ekonomi dan persekitaran sosial. Malahan, ia memberi kesan kepada pelbagai
sektor besar seperti komunikasi, kewangan dan perdagangan runcit dan
kemungkinan besar akan merebak kepada
sektor lain seperti pendidikan dan juga kesihatan. Ia akan menguasai dan
merubah lanskap seluruh dunia perniagaan
dan sosial yang menjalankan aktiviti secara elektronik.
Fungsi komunikasi pada alaf baru ini
juga telah bertambah iaitu ia telah mengurangkan kepentingan jarak. Di dalam
pelbagai industri, kedudukan geografi bukan lagi memainkan peranan utama dalam
menetukan lokasi perniagaan yang akan dibina. Sebagai contoh, sebuah syarikat
kejuruteraan perisian komputer boleh mengatasi kekurangan jurutera perisian
tempatan dengan menghantar projek tersebut ke India atau mana-mana negara lain
yang mempunyai kualiti hasil sama dengan kos upah yang jauh lebih murah. Selain
dari itu, firma tersebut dapat mengambil kesempatan perbezaan masa sesebuah
tempat supaya projek kritikal boleh dilaksanakan hampir 24 jam sehari dan 7
hari seminggu.
Boleh dikatakan, fungsi komunikasi
kini telah berubah dan akan terus berubah mengikut keadaan semasa. Fungsinya
akan menjadi semakin penting dan lihat sahaja di dalam bidang hiburan. Jika
dahulu, sesuatu persembahan atau program hiburan, kita perlu menunggu pada
masa-masa tertentu sahaja kerana siaran tv yang terhad pada waktu itu. Kini
tidak lagi, dengan siaran tv satelit yang berputar 24 jam, internet dengan
kelajuan yang tinggi dan gajet-gajet canggih yang memberikan hiburan tanpa
henti kepada manusia. Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dengan rancangan
pendidikan yang sangat interaktif dan disatukan dengan hiburan semasa atau lebih
dikenali sebagai ‘edutainment’.
Implikasi teknologi kepada penduduk bandar
Berjabat tangan dengan erat,
melibatkan diri dalam perbualan dan beramah mesra dengan pelanggan, prospek
atau rakan taulan boleh memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan
perniagaan yang lebih teguh, persahabatan yang lebih bermakna dan ia
menguntungkan semua pihak.
Kelihatannya kita semua hidup dan
bernafas menggunakan media sosial. Jika diambil kesemua kemudahan ini selama
dua hari ataupun cukup dengan sehari, ada kemungkinan yang kita akan mengalami
suatu gejala yang serius. Kini jika kita dijalanan dan meminta maklumat untuk
berhubung dengannya, kemungkinan besar yang ia akan respon dengan pertanyaan
adakah anda mempunyai ‘facebook’ atau ‘tweeter’ ataupun lain-lain media sosial
yang langsung kita tidak pernah dengar sebelum ini. Jika ini betul, benarlah
bahawa teknologi komunikasi sedang berevolusi disaat ini.
Perubahan ini masih boleh diterima
tetapi kita perlu bertanya semula, di dalam dunia berteknologi ini, adakah kita
sedang kehilangan pesona suara manusia dan sentuhan yang hangat? Media sosial membunuh seni berkomunikasi
secara peribadi, dan ia menjangkiti aktiviti harian kita sedikit demi sedikit.(© Utusan Melayu (M) Bhd)
Kaedah bersemuka merupakan asas di
dalam komunikasi sesama manusia, dan apabila sesuatu ikatan terjadi, ia
membolehkan terbinanya keyakinan, kepercayaan, penyaluran idea atau maklumat
dengan lebih tepat dan meminimumkan kesalahan terjadi. Walau bagaimanapun, bagi
kebanyakan kita, komunikasi secara bersemuka terutama kepada penduduk di bandar
menjadi satu seni yang hampir mati, ia digantikan dengan sms, e mel dan media
sosial. Komunikasi dan perhubungan antara manusia kini adalah mengikut acuan
teknologi semasa.
Adakah teknologi membantu atau
menghalang keupayaan kita dalam penyampaian mesej dan maklumat? Mungkin ya dan
mungkin tidak, tetapi jawapan yang lebih sesuai adalah ia telah mengubah kaedah
tradisional dan merevolusikan kaedah berkomunikasi antara kita. Di arena
komunikasi, terutamanya perhubungan awam, media, pengiklanan dan pemasaran,
kita perlu peka kepada perkembangan teknologi komunikasi agar kita tidak
ketinggalan jauh dibelakang.
Pada sisi lain, komunikasi bersemuka
mempunyai pelbagai kelebihan berbanding kaedah lain berkomunikasi. Sebagai
contoh, kita akan lebih mampu untuk mengawal keadaan apabila berkomunikasi
secara bersemuka. Kita dapat menyampaikan point satu persatu dan memastikannya
ia difahami dengan jelas sebelum pergi ke poin yang berikutnya. Ia juga
membantu untuk membina hubungan yang lebih erat disamping dapat mengenali
dengan lebih rapat. Hubungan perasaan ini tidak mungkin akan didapati jika
menggunakan media sosial sebagai pengganti.
Lebih penting lagi, komunikasi
secara bersemuka membina kepercayaan.
Setiap perniagaan atau hubungan dibina berdasarkan hubungan dan kepercayaan.
Melalui kaedah penulisan, kita tidak dapat menangkap maksud sebenar kerana
ketiadaan intonasi suara atau lenggok tubuh penyampai. Satu kesalahan pada
tanda bacaan seperti noktah atau koma, dengan mudah ia telah mengubah
keseluruhan ayat. Interaksi secara atas talian juga boleh dimanipulasikan
melalui andangan orang lain terhadap kita. Setiap ayat yang ditulis, boleh
mencerminkan diri kita dan ianya dinilai oleh pembaca. Realitinya ia tidak
begitu ia berlainan dari yang dimaksudkan.
Strategi efektif meningkatkan kemahiran komunikasi
di kawasan luar bandar
Kemahiran berkomunikasi merupakan
kemahiran yang amat penting dalam era kini. Perbezaan yang ketara dalam
kemahiran berkomunikasi diantara penduduk bandar dan luar bandar amat jelas.
Pendedahan kepada teknologi dan perhubungan intrapersonal dengan pelbagai
lapiasan masyarakat yang luas di bandar menyebakan kemahiran ini bertambah dan
semakin jitu. Manakala di luar bandar pula, pendedahan teknologi yang kurang
dan perhubungan intrapersonal di dalam kelompok kecil menyebabkan kekurangan
ini semakin menurun. (http://www.selfgrowth.com/articles/guidelines-for-rural)
Menurut Boeke, (1953) masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat tradisional
dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar, mundur
dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat bandar,
membangun dan industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-ciri
yang tertentu. Pembangunan berlaku akibat jelmaan ciri-ciri suatu golongan
kepada golongan yang lebih maju. Pendekatan ini mengandaikan bahawa
keterbelakangan ekonomi, sistem pengeluaran, ragam tingkah laku adalah halangan
kepada perkembangan ekonomi dan menimbulkan sikap konservatif terhadap
perubahan, pemodenan dan pertumbuhan ekonomi (Rahimah Aziz 1989: 197).
Strategi untuk memperbaiki kemahiran
berkomunikasi adalah cabaran besar kerana kemahiran ini perlu disekalikan
dengan pembangunan yang lain seperti pemodenan prasarana, menaikkan ekonomi
setempat dan juga pembangunan sosial masyarakat. Bagi penduduk di luar bandar,
ia perlu dilaksanakan oleh dua pihak yang terbabit iaitu kerajaan selaku
pelaksana dan penduduk itu sendiri sebagai penerima.
Modenisasi yang berlaku di dalam
masyarakat luar bandar terjadi apabila penduduk luar bandar mula bersikap
liberal dan tidak lagi ketat dan bebas bergerak. Contohnya dari luar bandar ke
bandar, melibatkan diri dalam perdagangan dan mempunyai pekerja tetap.
Modenisasi turut berlaku dalam diri individu masing-masing apabila seseorang
individu boleh berfikir secara bebas, melalui pendidikan, celik huruf, terdedah
kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Melalui teori ini,
masyarakat luar bandar perlu berubah dari tahap sedia ada ke tahap yang mampu
merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih membangun (Pengantar Pembangunan
Dunia Ketiga, 2005 : 38,45).
Pelaksana
Di pihak kerajaan, pemberian bajet
bagi tujuan pembangunan seperti komunikasi dan lain-lain pembangunan di luar
bandar adalah sangat besar. Jika dilihat semasa sesi pembentangan bajet,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah mendapat peruntukan yang amat
besar berbanding kementerian yang lain. Ini menunjukkan hasrat kerajaan dalam
merapatkan jurang perbezaan diantara bandar dan luar bandar amat jelas.
Program pendidikan harus dibuat
dengan lebih pesat. Setiap perubahan jangka panjang hanya boleh diatasi dengan
memberikan ilmu yang mencukupi dan berkualiti. Mereka akan berilmu dan
menurunkan ilmu itu kepada waris mereka pula, dan disebabkan itu, proses
pendedahan kepada pelajar amatlah penting sekali. Masalah utama di
sekolah-sekolah luar bandar disebabkan wujudnya kelemahan dan ketidakefisyenan.
Jarak yang jauh antara pelajar dan sekolah juga memainkan peranan. Mereka perlu
bangun lebih awal untuk mengejar bas atau duduk di asrama sejak kecil berjauhan
dari ibubapa hanya untuk mendapatkatkan ilmu pengetahuan. Berbanding pelajar di
bandar yang mempunyai segala-galanya, sekolah yang dekat, pengangkutan yang teratur
dan kemudahan lain yang senang untuk diakses.
Disamping proses pembelajaran,
kemudahan perhubungan iaitu jalanraya dan pengangkutan juga memainkan peranan.
Bagi membolehkan mereka berubah adalah dengan mendekati atau mereka sendiri
mendatangi kemudahan yang ada di bandar. Mereka harus senang untuk keluar dari
kelompok luarbandar dan bercampur dengan masyarakat di bandar. Apabila
kemudahan perhubungan juga semakin baik, masyarakat di bandar juga senang untuk
pergi kepada mereka dan secara tidak langsung akan membantu menaikkan ekonomi
setempat melalui sektor pelancongan atau pelaburan perniagaan.
Program pembangunan bandar
pelancongan di luar bandar hendaklah melibatkan pelbagai faktor termasuk sistem
komunikasi, institusi kebudayaan dan pendidikan serta sokongan padu di
peringkat kerajaan tempatan, nasional dan antarabangsa. Selain itu, faktor pengetahuan
dan pengalaman penduduk tempatan sebagai sumber maklumat tentang kepercayaan,
budaya dan kesenian juga amat penting. Misalnya, penduduk di jajahan Hindu
Kush-Himalayan menjadi sumber atau 'bank-pengetahuan' pelancong tentang adat
resam dan kesenian penduduk tempatan yang beragama Hindu di kawasan pergunungan
Himalaya.
Di Malaysia, bandar pelancongan di
luar bandar boleh juga memainkan peranan penting dalam pembangunan
sosio-ekonomi negara. Keindahan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T
juga telah membolehkan Malaysia menjadi tarikan pelancong domestik dan luar
negara. Keindahan ini meliputi keunikan flora dan fauna terutama sekali di
kawasan-kawasan luar bandar. Dalam setiap negeri di Malaysia terdapat banyak
kawasan-kawasan pelancongan luar bandar yang sentiasa menjadi tarikan
pelancong.
Wawasan ke arah menjadikan Malaysia
negara maju pada tahun 2020 boleh memanfaatkan konsep bandar pelancongan di
luar bandar. Bandar pelancongan di luar bandar tidak memerlukan infrastruktur
bandarnya pesat seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Bandar pelancongan luar
bandar boleh diwujudkan dengan memanfaatkan sumber semula jadi yang ditadbir
secara berkesan. Kriteria-kriteria ini dikira dalam pembangunan bandar
pelancongan di luar bandar. Beberapa kawasan pelancongan di Langkawi boleh
dijadikan model bagi membangun bandar pelancongan di luar bandar di negara ini.
Penerima
Pembangunan kemahiran komunikasi
harus menjadi satu proses yang berterusan. Ia memerlukan kerja keras, ketekunan
dan keazaman. Penduduk dengan kemahiran komunikasi yang baik biasanya cemerlang dalam kerjaya mereka dan boleh
mempengaruhi orang lain. Seiring dengan dasar kerajaan untuk merapatkan jurang
perbedaan antara luar bandar dan bandar, penduduk harus mengambil peluang yang
disediakan untuk berubah.
Penduduk merupakan modal insan
kepada negara, mereka perlu mempunyai jati diri dan kemampuan menghadapi
cabaran semasa. Cabaran kini semakin memerlukan tahap pemikiran yang tinggi
bagi mengharungi cabaran ini maka belia perlu bersedia. Bagi meningkatkannya
ialah dalam ilmu pengetahuan teknogi maklumat amat penting kini. Perdana
menteri kita mahu melahirkan modal insan kelas pertama bagi menerajui negara
bagi masa hadapan. Mengikut model ini, lima elemen terpenting dalam melahirkan
modal insan kelas pertama ialah pembangunan modal insan secara holistik,
pembudayaan sikap progresif, kemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal
intelektual dan nilai akhlak yang tinggi. Malaysia ingin melahirkan insan yang
berkualiti, berpengetahuan, kreatif dan sebagainya yang dilahirkan mengikut
acuan atau cara Malaysia sendiri.
Proses memperbaiki kemahiran
komunikasi ini akan mengambil masa dan tenaga yang banyak, tetapi ia akan terus
berlangsung dan diharapkan satu masa nanti ia akan merapat sendiri jurang yang
sedia ada. Strategi yang berkesan merupakan strategi yang merangkumi banyak
perkara tentang pembangunan. Tidak guna jika hanya membangunkan kemahiran komunikasi,
tetapi ketinggalan dalam segi ekonomi atau runtuhnya nilai sosial di pedalaman.
Ia harus bergerak seiring demi mencapai matlamat negara maju tidak lama lagi.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pembangunan luar
Bandar perlu dipergiatkan bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup
penduduk luar bandar. Bagi menigkatkan pendapatan dan kualiti hidup ini,
masyarakat luar bandar perlulah membangun dari segenap bidang yang diceburi.
Contohnya dalam bidang pendidikan, mereka perlulah setanding dengan masyarakat
bandar supaya jurang ketidaksamaan dapat dikurangkan. Transformasi dalam
pembangunan luar bandar diperlukan untuk menjadikan kawasan luar bandar yang
menarik, maju dan menguntungkan melalui penduduk yang dinamis dan kreatif. Nilai
ini amat bertepatan dengan pembangunan dalam sektor pelancongan di kawasan luar
bandar. Pembangunan sektor pelancongan di luar bandar ini akan memberikan
banyak faedah kepada masyarakan itu sendiri. Masyarakat luar bandar juga
haruslah memiliki kualiti yang kompetitif setanding dengan masyarakat bandar
terutama dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, perancangan strategik,
kebolehan penyelesaian masalah dan keyakinan untuk berjaya.
Pembangunan luar bandar ini
diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian pembangunan fizikal yang
menyeluruh, menuju ke arah negara maju tahun 2020. bagi mencapai hasrat besar
ini penduduk desa mesti berubah sikap dari mentaliti subsidi kepada individu
yang mempunyai daya saing dan daya maju tanpa menunggu bantuan dari kerajaan.
Pembangunan
kemudahan komunikasi juga sedang dilaksanakan di seluruh negara. Kampung wifi,
pusat internet desa, RTC (rural transformation centre) dan pelbagai inisiatif
lain telah diambil bagi merapatkan lagi jurang telekomunikasi di luar bandar.
Semua pihak harus bersedia dan
bergerak seiring dengan hasrat kerajaan dan semoga Malaysia terus maju dan
makmur.
No comments:
Post a Comment