Wednesday 17 August 2011

'Peneroka FELDA dapat hutang, bukan pendapatan'

Assalamulaikum.....

Aku tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham tentang pendapatan peneroka ni...


Dia rasa pelik dengan kenyataan PM kita bahawa peneroka  mampu mencapai pendapatan melebihi RM 4000 sebulan....Beliau mengatakan bahawa peneroka terbabit bukan mendapat pendapatan tapi hutang....


Secara peribadi, aku memang bersetuju dengan pendapat PM kita, malahan ada peneroka yang mendapat pendapatan mencecah RM 10000 sebulan dan ada yang lebih...

Apa yang nak dihairankan,asalkan peneroka terbabit kuat bekerja,pandai cari rezeki, jangan kata RM 4 ribu,malahan RM 4 juta pun aku tak hairan...

Image result for hutang penerokaFelda menawarkan peluang perniagaan kepada warga peneroka untuk jadi usahawan,sampai ada Jabatan ditubuhkan,semata2 untuk mencapai misi menjadikan warga peneroka warga kelas pertengahan...Jabatan Usahawan kerjanya tak lain tak bukan,membantu warga peneroka menjadi usahawan yang berjaya,bukan sahaja di Felda malahan kalau boleh di dunia....Pinjaman disediakan dari serendah RM 5 ribu hingga RM 100 ribu...Jika ada kursus,pihak Felda akan hantar usahawan terbabit,tanpa bayaran pun....Bersyukurlah dan rebutlah peluang menjadi usahawan....di rancanganpun, akan ada seorang kakitangan yang menyelia setiap usahawan yang membuat pinjaman ni..tak menangtangan diorang buat laporan setiap bulan agar memastikan pendapatan usahawan tersebut berpatutan....

Bagi golongan belia,ada satu skim yang dipanggil TUNAS MEKAR FELDA....diberinya elaun bulanan RM 700, dengan harapan supaya ianya menjadi penyuntik semangat terus berusaha...kursus dihantar,balik berjemput,cuma buat laporan sahaja setiap bulan melaporkan apa perkembangan.....

Aku tak nak lagi cerita pasal pendapatan ladang..sebab aku rasa hanya peneroka yang cekal,disiplin sahaja yang mampu berjaya...kebanyakan peneroka dan warganya yang selalu merungut tidak puas hati merupakan peneroka yang kejayaannya cuma cukup makan..tak ada apa yang boleh dibanggakan....cuma tahu merungut dan bersungut.....

Image result for hutang
Ramai peneroka yang berjaya,mereka didapati patuh dan taat kepada arahan Felda..Pelik juga, sebab yang mengikut Felda ni, rumahnya semakin besar,anak2 pandai tapi yang bersungut,rumah masih tak berubah,anak berantakan...tapi bukan semua la..jangan kata aku serkap jarang pulak...tapi ini realiti di rancangan2 yang pernah aku duduk......


Apapun, bersyukurlah saudaraku semua...kenikmatan dan kesusahan ini cuma pinjaman dari Allah..entah esok lusa, ditariknya nikmat tersebut,apa lagi yang tinggal pada kita....Sempena Ramadhan ini,bersedekahlah kerana ia salah satu punca keberkatan....Banyak yang kita dapat,makin banyaklah kita bersedekah...Insyaallah,selamat dunia akhirat.....

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.