Tuesday 23 August 2011

Akhlak bangsaku

Sebelum bercerita panjang.....

Pernahkah kita berfikir dan muhasabah kenapa ianya terjadi......
Sebelum ini, kita cuma menempelak dan mengkritik apa yang terjadi,tetapi adakah kita mengambil tindakan...
Lumrah manusia cuma mahu mengkritik dan tidak mahu terlibat dalam penyelesaian...
Mereka cuma mengatakan, dia bukan anak aku,dia orang lain, dia bukan masalah aku...yang aku tahu cuma mengata bahawa anak si polan terlalu jahat dan sosial....

Sedarkah kita bahawa dia adalah bangsa aku,dia adalah saudara seagama aku, dan dia adalah pewaris legasi aku...Sampai bila kita cuma mahu mengata dan menambah dosa....

Teringat aku semasa kerajaan melancarkan kempen masyarakan madani...ingatkah kita, sebelum itu adalah kempen insan rabbani...apa yang kita tahu tentang kempen ini...berbuih mulut ustaz dalam media massa menerangkan tentang kempen ini.....semuanya bermula dengan diri kita sendiri....insan rabbani...elokkan diri kita dahulu,dan apabila diri kita elok,ia akan berjangkit kepada insan yang terdekat dengan kita iaitu keluarga kita...seterusnya kepada jiran kita,selepas itu kampung kita,dan selepas itu masyarakat kita umumnya....barulah masyarakat tersebut menjadi masyarakat madani....janganlah kita cuma mahu menunding jari,sedangakandiri kita juga 2x5 sahaja....

Kita digembar-gemburkan dengan buruknya akhlak remaja Felda..seolah-olah ditempat yang lain,perangai mereka macam malaikat...semua yang teruk dan keji,adalah remaja Felda..sedangkan mengikut statistik, masalah dadah  (kawasan Segamat), belia Felda adalah antara yang dibawah...

Walau apapun, kita sebagai benteng di Felda ini, harus mengambil inisiatif...jangan biarkan tohmahan dan umpat keji ini berleluasa....kuatkan diri,hamparkan semangat, sesungguhnya jihad mempertahankan nafsu adalah lebih tinggi darjatnya...

Ibubapa juga harus mengambil langkah..jangan cuma mengharap guru dan pihak kerajaan mengambil tindakan sahaja...semuanya bermula dari rumah...tonjolkan sifat mulia, amalkan kehidupan yang sihat dan aku percaya, keluarga kita akan selamat....tanam sifat cintakan agama, Allah dan rasulnya....

Mari kita sama-sama bertindak dengan menjaga kain orang lain....

p/s : Sedih melihat bangsaku hancur kerana dadah....

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.