Sunday 14 August 2011

Moh kenduri di Felda Johor


Seronok kenduri kat tanah Felda

aritu jiranku mengadakan kenduri kahwin, pernikahan puteri kedua mereka. ramai yang tahu, negeri Johor ini terdiri daripada ramai masyarakat Jawa. Oleh itu, majlis perkahwinan masih dilakukan secara gotong-rotong. walaupun ada khidmat caterer yang digunakan,tetapi semangat gotong royong masih menebal di kalangan mereka. Gotong royong yang dipanggil kerja kahwin akan bermula seawal seminggu sebelum majlis berlangsung, dan ia menjadi semakin meriah apabila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Jika di tempat lain, suasana begini sudah hampir pupus dan amat jarang kelihatan.Semua pihak akan terlibat daripada kanak-kanak,remaja dan pastinya golongan dewasa. 

Satu lagi adat masyarakat Jawa yang masih menebal adalah pemberian berkat. 'Berkat' adalah istilah buah tangan kepada tetamu apabila pulang daripada sesebuah kenduri.Orang Jawa menggunakan istilah bontrot..jangan tersalah sebut pulak ye.. Setiap kenduri yang diadakan waima kenduri kecil seperti bacaan yasin mingguan pun pasti tetamu akan pulang dengan tangan berisi. pergi kenduri memang best sebab dapat makan makanan yang best2,dan free pastinya.lagi best balik pulak dapat berkat . tapi bagi kami yang tinggal berdua ni, berkat kami tu akan dipanjangkan sedekahnya ke jiran sebelah.
selepas mengadakan kenduri yang besar seperti kenduri kahwin, masyarakat jawa akan memasak pula bubur sum2, dipercayai akan menghilangkan penat lelah dan bisa2 badan selepas penat mengadakan kenduri...yang ni adat je la, memang tak boleh percaya..

Perkara lain yang dikagumi di negeri Johor ini ialah majlis marhabannya. Apabila menjelang hari raya Aidilfitri maka pasti akan termuat dalam agenda hari raya itu majlis marhaban. Ia akan diadakan dari rumah ke rumah samaada yang tinggal di kampung,taman-taman perumahan ataupun Felda. Pada saya, semua masyarakat Johor dari kanak-kanak hingga golongan dewasa pasti biasa dengan suasana marhaban. malah yang amat membanggakan saya, dalam komuniti guru juga akan diadakan marhaban intra rumah2 guru, samaada mereka tinggal di taman atau kuarters. AJK kelab guru biasanya akan mengatur rumah yang ingin dikunjungi supaya perjalanan menjadi lancar. Juga akan dibincangkan tentang menu supaya ahli marhaban tidak pecah perut kerana terpaksa makan di setiap rumah :). ..Yang menariknya pula, ada juga guru2 yang bukan beragama Islam turut mengikuti bersama program marhaban yang sudah menjadi budaya masyarakat Johor ini.

Perkara lain yang menarik tentang negeri johor ini ialah sekolah agamanya. Jika di negeri lain, apabila masuk sekolah menengah biasanya tiada lagi pembelajaran sekolah agama KAFA. Tetapi di johor, walaupun pelajarnya sudah berada di tingkatan 3, tetapi ada di kalangan mereka yang masih belajar di sekolah agama di peringkat darjah masing2. Apabila tamat darjah 6, mereka boleh menyambungnya lagi ke kelas darjah khas.Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.Mereka yang memiliki sijil darjah khas akan mendapat banyak keistimewaan, antaranya ada beberapa jawatan dalam negeri johor ini yang meletakkan syarat perlu memiliki sijil darjah khas jika ingin memohonnya. 

setakat itu lah yang saya dapat lihat keistimewaan tinggal di negeri johor, nanti jika ada keistimewaan yang lain saya akan ceritakan lagi

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.