Saturday, 19 March 2011

NATION BEFORE SELF and values that do not die

sebuah buku yang menarik karangan Dato Seri Yuen Yuet Leng...
seorang anggota polis yang amat berdedikasi dalam melaksanakan tugas.
kisah penceritaan yang bermula semenjak penaklukan Jepun, MPAJA, pentadbiran BMA, Malayan Union
13 Mei hingga menyandang jawatan ketua polis perak.
Buku ini berkisar kisah suka duka beliau menjadi anggota keselamatan di tanah tercinta ini.Walau berlainan bangsa, tetapi demi tugas dan aspirasi yang digalas, ditempuhinya jua.
Bagi sesetengah orang, buku bercorak begini bukanlah sebagai pilihan utama. Terutama kepada generasi kini yang makin melupakan jati diri dan asal usul.
Sejarah yang mengajar kita erti tolak ansur dan membantu membuat keputusan yang matang...

Berbalik kepada sejarah negara, tahukan anda bahawa untuk mendapat kemerdekaan, British memberi kita 10 tahun tanpa perang saudara barulah kita mendapat kemerdekaan penuh. Memang betul kita merdeka pada 31 Ogos 1957, tetapi kita bernasib baik kerana perang saudara Malaysia berlaku pada 13 May 1969. Jika darurat tersebut berlaku pada tahun sebelum 1967, pihak British akan datang semula ke tanah bertuah ini dan Malayan Union akan dilaksanakan..
sedarkah anak muda Gen Y masa kini, yang kita pada masa itu terlalu rapuh untuk tegak atas kaki sendiri dan kini begitu mudah diperkotak katikkan.
Sejarahlah yang membuktikan bahawa Melayu itu bukan pendatang,sejarahlah yang mengiakan bahawa toleransi itu membina negara dan sejarahlah yang mengatakan melayu itu orangnya bertuah...

1 comment:

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.