Hasil pemikiran dari Dr. Ridhuan Tee Abdullah..
Sebuah buku yang menarik yang memperjelaskan tentang nasib Melayu di tanahnya sendiri. Sebuah buku yang menghimpunkan artikel yang ditulis oleh beliau di dada akhbar Mingguan Malaysia.
Mempersoalkan tentang pemikiran Melayu dan pemikiran pihak ULTRA KIASU di Malaysia.
Dari soal pendidikan rendah, kontrak sosial hingga kepada situasi politik terkini.
Memang benar bahawa proses asimilasi kepada bangsa Malaysia bermula dari kecil iaitu semasa sekolah rendah lagi. Sekarang di Malaysia, kita mempunyai 3 jenis aliran sekolah rendah yang dipecahkan mengikut kaum.
Adakah berbaloi kita mengorbankan keamanan masa depan dengan pemikiran sempit dari pihak ultra kiasu.
SJK(T) untuk pelajar India, SJK(C) untuk pelajar cina dan apakah sekolah untuk bangsa Melayu? Sekolah Kebangssan adalah untuk semua..tiada sekolah SJK(M) di Malaysia ini. Adakah ini keadilan yang dituntut oleh puak ultra kiasu.
Pertubuhan DONG JIONG dan JIOU ZHONG bermati-matian mempertahankan sistem sekolah aliran vernakular ini...Kenapa sekolah untuk peribumi Sabah dan Sarawak tidak diwujudkan, ini lebih adil bagi semua rakyat Malaysia.Jika ini dibenarkan,saya percaya akan ada beratus jenis sekolah di Malaysia ini.
Kita perlu realistik dan mengutamakan perpaduan Malaysia pada masa hadapan berbanding kepuasan hati hasil pemikiran sempit.
Pihak kerajaan seharusnya tegas didalam hal ini seperti negara lain yang hanya mempunyai sekolah satu aliran sahaja. Pihak Ultra Kiasu juga, kelihatan tidak patriotik apabila hanya memperjuangkan kepentingan peribadi berbanding kepentingan nasional...
Saya tertarik dengan perkataan KELING didalam novel Interlok.Ada banyak versi bagaimana perkataan ini timbul.Saya tidak mahu bercakap mengenai perkataan PARYA kerana ini adalah kasta didalam agama Hindu dan saya tidak begitu arif dengan agama tersebut.
Perkataan keling yang saya tahu ada dua versi.
Pertama :
Pada masa dahulu, Negara India masih tidak wujud lagi. Negara tersebut dikenali dengan nama KALINGGA.Orang-orang Kalingga ini adalah pedagang yang hebat, pelaut yang berani dan pahlawan yang kuat. Cuba periksa buku sejarah lama,tiada nama India, cuma ada negara keling.Sepatutnya orang India Malaysia bangga dengan nama tersebut kerana ia menunjukkan kehebatan nenek moyang mereka.
Kedua:
Semasa pihak British membawa orang India datang ke Malaysia, mereka telah dirantai beramai-ramai diatas kapal British.Apabila mereka berjalan,rantai tersebut berlaga dengan lantai mewujudkan bunyi 'KLING,KLING'..mungkin kerana bunyi tersebut, orang Malaysia (Melayu) memanggil orang India dengan perkataan KELING.Versi kedua ini tidak dapat dipastikan kesahihannya..Cuma mungkin sekadar versi lawak atau versi main-main....
bersambung......
saya sangat suka kalau sekolah di malaysia ada 1 aliran sahaja..barulah lebih bersatu padu..barulah bangsa lain paham bahasa malaysia..sekarang banyak kes pelajar cina dan india tak paham bahasa melayu walaupun dah naik sekolah menengah
ReplyDelete