Tuesday, 22 March 2011

THE CHOICE-Islam and Christianity

Sebuah buku hasil dari perjuangan Ahmed Deedat yang hebat.

Ahmed Deedat merupakan seorang kristologi yang terkemuka di dunia apatah lagi di kalangan umat islam dan penganut triniti. Sebuah buku yang membicarakan tentang perbincangan teologi antara keyakinan umat islam yang diturunkan oleh Allah melalui perantaranya iaitu Nabi Muhammad S.A.W dengan keyakinan penganut kristian terutama mengenai triniti,penebusan dosa,penyaliban mahupun keaslian kitab Injil(Bible).

Buku ini merupakan karya terbesar beliau hingga bagi jilid I sahaja sudah mencapai cetakan ke-22,tidak termasuk jilid II.

Persoalan yang mana betul atau suka atau tidak, mahukah pihak kristian mengakui kesilapan dan berhijrah ke jalan yang benar sebelum nyawa hanya tinggal di kerongkong.

Saya menyokong sekiranya buku ini menjadi pilihan untuk bacaan yang secara langsung mengajar kita sebagai umat Islam,apakah sebenarnya Kristian,triniti,penebusan dosa,penyaliban dan lain-lain yang kadangkala kita hanya mendengarnya sahaja dari mulut ke mulut. Kini selepas membacanya,sedikit sebanyak kita tahu bagaimana helah penganut kristian untuk membuat kita tidak lagi percayakan Islam dan Nabi Muhammad sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Syukur Alhamdulilah,aku dilahirkan sebagai umat Islam dan Ya Allah,matikanlahku juga sebagai umat Islam...

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.