Wednesday, 17 August 2011

Amsterdam to Brussels




Jam 10.30 malam
Selepas minum dengan En Yunus dan berbual dengan waiter kat hotel tu, kami pegi la jalan-jalan sekeliling...memang cantik sebab masatu musim bunga...punyala banyak bunga tumbuh tepi jalan dan sampaikan ada arnab liar melompat2 kat situ...rupanya menjadi satu kesalahan kat situ untuk menagkap arnab liar..rasanya kalau kat Malaysia,dah lama jadi sate arnab....

Apabila sedang berjalan,waktu tu dah menunjukkan jam 8 malam..tapi masih terang lagi,macam baru pukul 5 di Malaysia....Sedap rupanya musim bunga,udara yang dihidu harum je,sebab banyak sangat bunga disekeliling...

cantikkan...jam 8 malam
lanskap hotel
Selepas bersolat, pegi jalan lagi sampai la kat sebuah tasik...sebab masih terang,kami berjalan hampir 4 km petang tu..tak sedar sebab suhu yang nyaman dan suasana yang amat menceriakan...

tasik apa tah namanya..


Apabila jam menunjukkan jam 11 malam,barula nampaknya macam senja kat Malaysia, lepas minum teh kat satu kedai, kami berangkat pulang ke hotel..Penerbagan esok dijadualkan jam 6 pagi,jadi kami kena ke airport jam 4.30 pagi....Persinggahan kami seterusnya adalah Brussels,Belgium....Here we come.....

'Peneroka FELDA dapat hutang, bukan pendapatan'

Assalamulaikum.....

Aku tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham tentang pendapatan peneroka ni...


Dia rasa pelik dengan kenyataan PM kita bahawa peneroka  mampu mencapai pendapatan melebihi RM 4000 sebulan....Beliau mengatakan bahawa peneroka terbabit bukan mendapat pendapatan tapi hutang....


Secara peribadi, aku memang bersetuju dengan pendapat PM kita, malahan ada peneroka yang mendapat pendapatan mencecah RM 10000 sebulan dan ada yang lebih...

Apa yang nak dihairankan,asalkan peneroka terbabit kuat bekerja,pandai cari rezeki, jangan kata RM 4 ribu,malahan RM 4 juta pun aku tak hairan...

Image result for hutang penerokaFelda menawarkan peluang perniagaan kepada warga peneroka untuk jadi usahawan,sampai ada Jabatan ditubuhkan,semata2 untuk mencapai misi menjadikan warga peneroka warga kelas pertengahan...Jabatan Usahawan kerjanya tak lain tak bukan,membantu warga peneroka menjadi usahawan yang berjaya,bukan sahaja di Felda malahan kalau boleh di dunia....Pinjaman disediakan dari serendah RM 5 ribu hingga RM 100 ribu...Jika ada kursus,pihak Felda akan hantar usahawan terbabit,tanpa bayaran pun....Bersyukurlah dan rebutlah peluang menjadi usahawan....di rancanganpun, akan ada seorang kakitangan yang menyelia setiap usahawan yang membuat pinjaman ni..tak menangtangan diorang buat laporan setiap bulan agar memastikan pendapatan usahawan tersebut berpatutan....

Bagi golongan belia,ada satu skim yang dipanggil TUNAS MEKAR FELDA....diberinya elaun bulanan RM 700, dengan harapan supaya ianya menjadi penyuntik semangat terus berusaha...kursus dihantar,balik berjemput,cuma buat laporan sahaja setiap bulan melaporkan apa perkembangan.....

Aku tak nak lagi cerita pasal pendapatan ladang..sebab aku rasa hanya peneroka yang cekal,disiplin sahaja yang mampu berjaya...kebanyakan peneroka dan warganya yang selalu merungut tidak puas hati merupakan peneroka yang kejayaannya cuma cukup makan..tak ada apa yang boleh dibanggakan....cuma tahu merungut dan bersungut.....

Image result for hutang
Ramai peneroka yang berjaya,mereka didapati patuh dan taat kepada arahan Felda..Pelik juga, sebab yang mengikut Felda ni, rumahnya semakin besar,anak2 pandai tapi yang bersungut,rumah masih tak berubah,anak berantakan...tapi bukan semua la..jangan kata aku serkap jarang pulak...tapi ini realiti di rancangan2 yang pernah aku duduk......


Apapun, bersyukurlah saudaraku semua...kenikmatan dan kesusahan ini cuma pinjaman dari Allah..entah esok lusa, ditariknya nikmat tersebut,apa lagi yang tinggal pada kita....Sempena Ramadhan ini,bersedekahlah kerana ia salah satu punca keberkatan....Banyak yang kita dapat,makin banyaklah kita bersedekah...Insyaallah,selamat dunia akhirat.....

Wassalam

Monday, 15 August 2011

F.I.K.R.A.H . A.L.A.M.I: SIERRA LEONE, WEST AFRICA

F.I.K.R.A.H . A.L.A.M.I: SIERRA LEONE, WEST AFRICA: "Sebenarnya aku gi sana dah lama dah....pada tanggal 14 Julai 2007,berangkatlah aku ke Sierra Leone,Afrika Barat....Perjalanan yang mengambil..."

SIERRA LEONE, WEST AFRICA

Sebenarnya aku gi sana dah lama dah....pada tanggal 14 Julai 2007,berangkatlah aku ke Sierra Leone,Afrika Barat....Perjalanan yang mengambilmasa 14 jam hanya untuk sampai ke Amsterdam,Holland...Fuh,bukan main jauh bagi 1st timer naik burung besi nih..sampai sekarang aku masih muak naik kapal terbang...bosannya tak tahu nak cakap.....Paling best masatu,aku baru je ikat tali pertunangan dengan tunang aku la....alahai,sedihnya nak tinggalkan dia,maklumla tengah becinta....sepanjang percintaan jarak jauh antara benua ni memang bagi aku agak mnyeksakan,ye la,tak dapat jumpa,apalagi keluar dating....mungkin ini rahmat Allah kepada kami,tak bagi duduk dekat2 masa bercinta...hahaha....
Family ke dua belah sebelum flight


Selepas 14 jam duduk dalam kapal terbang dan entah berapa kali aku makan, tidor,tengok filem dan main game,akhirnya sampai ke Airport Schiphol,Amsterdam.....Nyamannya suhu kat sini,dan rasanya masatu musim bunga sebab banyak sangat bunga kat tepi2 jalan.
Schiphol Airport,Holland
Mecure Hotel
Sampai kat sana,duduk lepak jap, untuk sedut asap beracun dan minum kopi....sambil  melilau mata mencari shuttle bus untuk ke Mecure Hotel...Pihak Felda dah uruskan penginapan kat situ,jadi skang cuma mencari bas tu....badan rasa berlengas sebab lama tak mandi,dan perkara pertama aku nak buat sampai kat hotel nanti ialah mandi.....

Bersama En Yunus
Sampai di Mecure Hotel,buka la tv dan aku terkejut sebab ada channel lucah dalam...tapi kena langgan la,dan harganya 40 euro bagi jangkamasa 24 jam....mahalnya...buat kira2 dalam otak adalah dalam RM 160.....apapun,mandi dulu...sabun di bilik mandi...sabun di bilik mandi (baca dalam loghat laksamana Do Re Mi)....

Habis mandi,jam menunjukkan jam 6.30 pm waktu Holland...gi bawah dgn En Yunus dan minum teh...pasni nak jalan2 lak....tengok tempat orang,rugi wooo kalau tak jalan alang2 dah sampai sini....

Pengalaman ini akan aku tulis dalam beberapa peringkat sebab aku kat sana setahun lebih,so banyakla yang nak dikongsi....apapun,syabas dan tahniah kepada Felda kerana berani membantu dan melabur di luar negara...terima kasih diatas peluang yang diberikan......tunggu part 2 nanti....

Sunday, 14 August 2011

Felda Plantation Haram?

Ihsan dari Generation Cyber......
Mazlan Aliman mengeluarkan kenyataan kurang cerdiknya dengan mengatakan bahawa 'Felda Plantation Organisasi Haram'. Setahu saya yang haram adalah Persatuan ANAK kerana sampai sekarang Mazlan tak boleh nak buktikan Persatuan ANAK adalah persatuan yang sah dan berdaftar.

Mazlan juga ada menyatakan mengenai penubuhan Felda Plantation bertentangan dengan Seksyen 7(2) dan Seksyen 11(1), Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Mungkin dia fikir dengan menyebut seksyen-seksyen ni peneroka-peneroka Felda dan orang kampung akan terpegun dengan kebijaksanaannya.....Mazlan sebenarnya telah melakukan kesilapan yang amat besar dan menunjukkan betapa bodohnya beliau.

Terfikir juga saya siapa la penasihat undang-undang yang memberi khidmat kepada Mazlan Aliman ni. Mazlan ni dah la tak berapa nak cerdik dapat pula penasihat undang-undang yang tak cerdik....elok la sama-sama kurang cerdik.

Untuk makluman semua termasuk Mazlan dan tuan penasihat undang-undangnya, Felda Plantation Sdn Bhd ditubuhkan di bawah Akta Syarikat dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM30 juta. 

Felda Plantation Sdn Bhd merupakan agen pengurusan yang dilantik oleh Felda bagi menguruskan tanah-tanah ladang milik Felda dengan ekuiti 50% dipegang oleh Felda Holding manakala 49% dimiliki oleh Felda.

Tanah-tanah ladang milik Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation Sdn Bhd ini sebenarnya tidak diwartakan di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 atau dengan bahasa lain tanah-tanah ini tertakluk di bawah Kanun Tanah Negara 1965 sama seperti ladang-ladang estet yang lain.

ambil dari blog generation cyber.....terima kasih pena merah

Moh kenduri di Felda Johor


Seronok kenduri kat tanah Felda

aritu jiranku mengadakan kenduri kahwin, pernikahan puteri kedua mereka. ramai yang tahu, negeri Johor ini terdiri daripada ramai masyarakat Jawa. Oleh itu, majlis perkahwinan masih dilakukan secara gotong-rotong. walaupun ada khidmat caterer yang digunakan,tetapi semangat gotong royong masih menebal di kalangan mereka. Gotong royong yang dipanggil kerja kahwin akan bermula seawal seminggu sebelum majlis berlangsung, dan ia menjadi semakin meriah apabila semakin hampir dengan hari berlangsungnya majlis. Jika di tempat lain, suasana begini sudah hampir pupus dan amat jarang kelihatan.Semua pihak akan terlibat daripada kanak-kanak,remaja dan pastinya golongan dewasa. 

Satu lagi adat masyarakat Jawa yang masih menebal adalah pemberian berkat. 'Berkat' adalah istilah buah tangan kepada tetamu apabila pulang daripada sesebuah kenduri.Orang Jawa menggunakan istilah bontrot..jangan tersalah sebut pulak ye.. Setiap kenduri yang diadakan waima kenduri kecil seperti bacaan yasin mingguan pun pasti tetamu akan pulang dengan tangan berisi. pergi kenduri memang best sebab dapat makan makanan yang best2,dan free pastinya.lagi best balik pulak dapat berkat . tapi bagi kami yang tinggal berdua ni, berkat kami tu akan dipanjangkan sedekahnya ke jiran sebelah.
selepas mengadakan kenduri yang besar seperti kenduri kahwin, masyarakat jawa akan memasak pula bubur sum2, dipercayai akan menghilangkan penat lelah dan bisa2 badan selepas penat mengadakan kenduri...yang ni adat je la, memang tak boleh percaya..

Perkara lain yang dikagumi di negeri Johor ini ialah majlis marhabannya. Apabila menjelang hari raya Aidilfitri maka pasti akan termuat dalam agenda hari raya itu majlis marhaban. Ia akan diadakan dari rumah ke rumah samaada yang tinggal di kampung,taman-taman perumahan ataupun Felda. Pada saya, semua masyarakat Johor dari kanak-kanak hingga golongan dewasa pasti biasa dengan suasana marhaban. malah yang amat membanggakan saya, dalam komuniti guru juga akan diadakan marhaban intra rumah2 guru, samaada mereka tinggal di taman atau kuarters. AJK kelab guru biasanya akan mengatur rumah yang ingin dikunjungi supaya perjalanan menjadi lancar. Juga akan dibincangkan tentang menu supaya ahli marhaban tidak pecah perut kerana terpaksa makan di setiap rumah :). ..Yang menariknya pula, ada juga guru2 yang bukan beragama Islam turut mengikuti bersama program marhaban yang sudah menjadi budaya masyarakat Johor ini.

Perkara lain yang menarik tentang negeri johor ini ialah sekolah agamanya. Jika di negeri lain, apabila masuk sekolah menengah biasanya tiada lagi pembelajaran sekolah agama KAFA. Tetapi di johor, walaupun pelajarnya sudah berada di tingkatan 3, tetapi ada di kalangan mereka yang masih belajar di sekolah agama di peringkat darjah masing2. Apabila tamat darjah 6, mereka boleh menyambungnya lagi ke kelas darjah khas.Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.Mereka yang memiliki sijil darjah khas akan mendapat banyak keistimewaan, antaranya ada beberapa jawatan dalam negeri johor ini yang meletakkan syarat perlu memiliki sijil darjah khas jika ingin memohonnya. 

setakat itu lah yang saya dapat lihat keistimewaan tinggal di negeri johor, nanti jika ada keistimewaan yang lain saya akan ceritakan lagi

Kembara Mahkota Johor


hari tu aku berkesempatan menghadiri satu program yang amat dinantikan oleh sekalian warga rakyat negeri johor...KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2011...ini mmg acara tahunan Tg Ibrahim sejak jd tg mahkota sampai skang dah jd sultan pun..tahun ni ekspedisi baginda melalui jalan air dan darat, bermula dr jeti di kg jorak muar,akan melalui perjalanan sejauh 800km dr 18 jun hgga 21 jun...oleh kerana tahun ini aku berkesempatan utk sama2 nk tgok dengan lebih dekat,maka tidaklah hamba mensia-siakan peluang ini..wakil rakyat Melaka tengok sultan Johor,bukan sape pun,walaupun bukan lagi waris kesultanan Melaka,masih lagi terasa dekat...heheheh

pukul 9.00 pg,  pergi dulu dengan bos  naik kembara felda..sebenanye setiap felda d daerah segamat ni ade pertandingn buat lempuk durian, so kena pergi dulu bg memastikan anak buah  melempuk durian dengan selempuk2nya... menyusul 2 jam kemudian, isteriku naik bas bersama GPW dan auntie2 penerokawati kat sini..
sampai di felda chemplak 30 minit kemudian , rombongan makcik2 kiah  terus dijamu makan, ini mmg jd kebiasaan adat jawa meraikan tetamu dgn makanan..pastu terus ke tapak program di padang sek ren felda chemplak..jalan2 tgok warga felda yg sedang melempukkan durian mereka..

sultan dijadualkan datang 1.30..punye lamanya tunggu dari cuaca panas hingga la hujan tak berapa lebat..tapi rakyat jelata terus sabar menunggu ketibaan sultan kesayangan mereka..maka duduklah aku di bawah khemah,sambil memerhati gelagat rakyat jelata menunggu sang raja...pelbagai cenderahati sempena kembara ini diedarkan..dapat gak la wat kenangan..semua budak2 dpt rm5..betapa la aku mengharapkan kot2 org dewasa dpt rm50 pun jadilah..angan2ku dibawa angin lalu..
antara yg menarik perhatian adalah pokok periuk kera..kenal tak?yg terernya diorg leh masak pulut guna pokok ni..mmg hebat org melayu

pukul 2 ptg barulah sultan yg ditunggu2 pun tiba..maka berduyun-duyunlah rakyat jelata termasuk aku ke red carpet tmpat laluan si raja..kompang mesti ada,pastu persembahan silat,kemuadia barulah sultan bersama putera2 baginda mencemar duli melawat rakyat yg membuat lempuk..maka bersalaman dan bermesraanlah rakyat dengan raja mereka seolah2 sahabat yg sudah lama tidak berjumpa lagak mereka semua...dr jauh aku tgok sultan dan putera2nya bersalam dengan semua org yg beratur di hadapan laluan ..macam aku..sultanahnya Tg Zarith Sofiah xde la pulak....rasanya yg satu barisan pnjg aku td semua perempaun, dan mereka merasa amat bahagia dan berbangga dpt bersalam dengan raja mereka...pelik jugak aku,bukankah sultan itu mahram kepada wanita,janganla hulurkan salam,cukupla dengan sedikit tunduk menunjukkan hormat...alahai...dunia.

dapat la tgok sultan ibrahim dr dekat,dengan tg mahkota n 2 lg putera baginda yg tidak dinafikan kehenseman mereka..jd igauan para dara agaknya



sambil sultan melawat khemah lempuk,putera2 baginda terus ke khemah yg disediakan utk main dart n dam aji manusia...biasa dam aji org guna buah dam, tp ni org yg bergerak..aku agak jakun dgn game ni sbb first time tgok..anak2 raja tu sbg pemerhati je...


dah selesai...majlis tak selesai lg,ade penyampaian bantuan utk rakyat jelata...maka pulanglah aku ke rumah dgn hati yg x berapa puas sbb lupa nk amik gambar ngn moto sultan...hehehe..

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.