1.0 PENGENALAN
Sistem Ekonomi Di Malaysia
Sebelum
kita mendalami tentang sistem ekonomi di Malaysia, amat wajar untuk kita
mengetahui maksud ekonomi itu sendiri. Perkataan
ekonomi berasal daripada Greek iaitu Oikou dan nomos .Oikou
membawa maksud isirumah, manakala nomos
bermaksud peraturan isi rumah. Oleh itu, dapat kita
simpulkan ekonomi ialah bidang sains sosial yang mengkaji
usaha-usaha manusia menggunakan sumber-sumber ekonomi yang terhad
untuk memenuhi kehendak-kehendak yang tidak terhad.
Sistem
ekonomi pula merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan
dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam
sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi
terdiri dari manusia dan institusi,
termasuk hubungan mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki.
Ia cuba menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk
pembahagian sumber yang terhad. Kesimpulannnya,
sistem ekonomi merujuk kepada cara sesebuah masyarakat membuat
pilihan mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan yang dikehendaki
bagi menyelesaikan masalah. Oleh itu , sistem ini akan berbeza dari sebuah
masyarakat ke masyarakat yang lain.
Jika
ditinjau dari kacamata negara kita, sistem ekonomi di Malaysia pada
abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada dua bentuk yang utama
iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan
kegiatan ekonomi yang
diamalkan pada ketika itu adalah dipengaruhi oleh sistem pemerintahan pada masa
dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang dan pembesar pula
menjadi pemilik tapak perlombongan
Ekonomi sara
diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk
menampung keperluan harian keluarga. Ini bermaksud , hasil kegiatan ekonomi
hanya akan digunakan untuk keluarga mereka sahaja. Segala lebihan pengeluaran
akan dijual, dan hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan
keperluan yang lain. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk
tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak
memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.
Apabila penjajah
British datang menjajah negara kita pada abad ke-19 barulah sistem ekonomi
komersil mula bertapak di Tanah Melayu . Kehadiran mereka telah mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, yang memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.
komersil mula bertapak di Tanah Melayu . Kehadiran mereka telah mempergiatkan lagi aktiviti ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, yang memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.
Akibat penjajahan British
tersebut, ekonomi Malaysia sebenarnya bersifat ekonomi
pasaran yang terikat kepada sistem ekonomi kapitalis antarabangsa, dengan
mengutamakan dan menguntungkan para pelabur swasta asing dan
hanya sebilangan kecil pengusaha tempatan . Kegiatan kapitalis moden berkembang
dengan pengeluaran dan eksport bijih timah dan getah. Namun, seiring dengan
pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan, akhirnya sistem ekonomi kapitalis yang
digunakan di Malaysia beralih kepada sistem ekonomi
campuran . Oleh itu, kini, pada dasarnya Malaysia mengamalkan
Sistem Ekonomi Campuran.
Sistem Ekonomi Campuran
Menurut
Wikipedea Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, ekonomi campuran adalah sistem ekonomi yang
menggabungkan lebih daripada
satu aspek sistem ekonomi. Lazimnya, ekonomi campuran mengandungi unsur kapitalisme
dan sosialisme
. Tiada satu definisi khusus untuk ekonomi campuran tetapi aspek terpenting adalah kebebasan sepenuhnya ekonomi persendirian
termasuk pemilihan industri secara persendirian
, ekonomi yang terancang termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial ,
pemuliharaan alam sekitar atau pemilikan aset atau sumber pengeluran oleh
negara.Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara mesti menjalankan
kesemua jenis ekonomi ataupun campuran beberapa jenis ekonomi .
Manakala menurut
(Yearm 2006:24) sistem ekonomi campuran adalah satu sistem dimana pihak swasta
dan kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah
asas ekonomi.
Sebagai contoh, Malaysia pada awal penubuhan FELDA dan FELCRA mengamalkan
sistem ekonomi Komunisme iaitu tanah dan rumah peneroka adalah hak milik
kerajaan sepenuhnya. Namun begitu keadaan ekonomi ini bertukar dari satu sistem
ekonomi komunisme kepada sosiolisme dan bertukar kepada kapitalisme , yang mana
pada masa sekarang tanah dan rumah di felda telah menjadi hak milik penoroka.
Kejayaan Felda untuk menaiktaraf ekonomi peneroka telah membuka luas mata negara-negara
luar dengan sistem ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia.
Ciri-ciri sistem
ekonomi campuran.
Untuk memahami sistem ini dengan
lebih mendalam, amat wajar untuk kita mengetahui ciri-cirinya. Antara ciri-ciri
sistem ekonomi campuran ialah:
i)
Kegiatan
ditentukan oleh pihak kerajaan dan swasta
Pihak kerajaan
akan mengeluarkan barangan yang gagal disediakan oleh makanisme harga bagi meningkatkan taraf kebajikan rakyat.Manakala
pihak swasta pula, menyediakan barang
yang dikehendaki oleh masyarakat bagi memaksimumkan keuntungan.
ii)
Pilihan
Kedua-dua
pihak sama ada pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan. Pengguna membuat keputusan ekonomi atas tujuan untuk memaksimumkan kepuasaan.
Manakala, pengusaha pula membuat keputusan ekonomi atas tujuan untuk
memaksimumkan keuntungannya. Pihak individu dan
pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluran yang mereka miliki. Pihak
kerajaan pula akan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya
mengeluarkan barangan yang memberi manfaat kepada pengguna.
iii)
Kegiatan
Ekonomi Yang Terkawal
Segala
kegitatan ekonomi akan dipantau dan dikawal oleh pihak kerajaan dengan mengadakan
peraturan dan undang-undang. Ini adalah
untuk memastikan supaya kegiatan ekonomi tidak mendatangkan kesan luaran yang negatif yang akan menjatuhkan sistem ekonomi
negara.
iv) Keputusan Ekonomi
Dalam sistem ini, semua keputusan
ekonomi akan ditentukan oleh pihak kerajaan dan makanisma harga. Ini adalah kerana
sumber ekonomi dimilki oleh pihak kerajaan dan swasta. Keputusan kerajaan bertujuan untuk
meningkatkan kebajikan masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan
keuntungan.Semua firma bebas untuk bersaing tetapi mestilah dalam kawalan
kerajaan. Firma juga bebas menentukan jumlah barangan yang akan dikeluarkan,
kaedah pengeluaran dan sasaran bagi barangan yang hendak dikeluarkan.Kerajaan
hanya akan campurtangan bagi mengatasi kelemahan makanisma harga dan juga mengeluarkan
barangan yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.
Campur tangan kerajaan dapat dilihat dalam beberapa perkara antaranya:
a)
mengenakan cukai ke
atas pengguna dan pengeluar.
b)
memberi subsidi kepada
pengguna dan pengeluar
c)
terlibat dalam
penawaran barang-barang dan perkhidmatan
d)
Mengadakan kawalan ke
atas sektor swasta melalui perundangan.
Sebagai kesimpulannya,
untuk menjadi sebuah negara maju , kebanyakkan negara mengamalkan dasar ekonomi
campuran. Begitu juga negara kita,
mengamalkan konsep sistem ekonomi campuran dan sedang menuju pembangunan
yang pesat , mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan secara
terbuka .
2.0
PENILAIAN TENTANG
SISTEM EKONOMI MALAYSIA
Bagi
menilai sistem ekonomi campuran di Malaysia, kita boleh melihat kepada beberapa
kebaikan dan kelemahan sistem ekonomi campuran ini.
Kebaikan Sistem Ekonomi Campuran
Terdapat
beberapa kebaikan dalam sistem ekonomi campuran ini. Di antaranya ialah;
a) Pengguna mempunyai kebebasan dalam memiliki
faktor-faktor pengeluaran.
b) Pengguna mempunyai kebebasan dalam penggunaan
barang dan perkhidmatan bagi memastikan bahawa mereka akan dapat memaksimumkan
kepuasannya.
c) Pengeluar pula boleh bertindak bebas dalam membuat
keputusan untuk mengeluarkan sesuatu barang atau perkhidmatan, dan keputusan
mereka adalah berdasarkan kepada objektif untuk memaksimumkan keuntungan.
d) Sistem ekonomi ini dapat memastikan bahawa
barang-barang awam akan sentiasa ditawarkan dalam ekonomi dan tanggungjawab ini
akan dilaksanakan oleh kerajaan.
e) Kerajaan akan memberi subsidi di sektor-sektor
teertentu yang difikirkan mustahak untuk kebajikan rakyat negara tersebut.
f) Kerajaan boleh memainkan peranan sebagai
penstabil kepada keadaan ekonomi yang tidak stabil seperti keadaan inflasi dan
kemelesetan, iaitu dengan menjalankan dasar-dasar fiskal dan kewangan.
g) Kerajaan boleh menghasilkan keadaan taburan
pendapatan yang lebih seimbangan di kalangan rakyatnya, iaitu melalui dasar
cukai dan subsidi.
Sehubungan dengan
itu, kita dapat melihat keadaan ini berdasarkan dasar-dasar kerajaan yang
dirangka bagi melonjakkan ekonomi negara walaupun sering dilanda badai
ketidakstabilan ekonomi disebabkan ketidakstabilan ekonomi dunia. Sebagai
contoh dengan pengisytiharan Wawasan 2020 yang membayangkan Malaysia menjadi
negara maju dengan acuannya sendiri pada tahun 2020 menandakan permulaan Dasar
Pembangunan Negara (DPN) yang dibina atas gagasan Dasar Ekonomi Baru (DEB),
meletakkan pembangunan seimbang sebagai teras utamanya. Dalam konteks ini, DPN
memperkenalkan beberapa dimensi baru yang melibatkan perubahan fokus strategi
pembasmian kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar di samping mengurangkan
kemiskinan umum, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan penyertaan Bumiputera yang lebih
bermakna di dalam sektor ekonomi moden melalui pengukuhan komuniti Perdagangan
dan Industri Bumiputera; penglibatan sektor swasta yang lebih besar dalam
proses penstrukturan penyertaan Bumiputera dan juga melibatkan pembangunan
modal insan
Begitu juga ketika Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang
perlahan pada tahun 2001 akibat kejatuhan permintaan global bagi barangan
elektrik dan elektronik serta peristiwa 11 September di Amerika Syarikat, namun
ia kembali rancak pada tahun 2002. Ini adalah hasil daripada tindakan awal
Kerajaan yang berkesan menerusi pelaksanaan Pakej Strategi Baru pada bulan Mei
2003. Di bawah Pakej ini, empat strategi telah digaris iaitu, menggalakkan
pelaburan sektor swasta, memperkukuh daya saing negara, membangunkan
sumber-sumber pertumbuhan baru, dan meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian. Pelaksanaan Pakej tersebut telah meningkatkan penyertaan sektor
swasta dalam aktiviti ekonomi domestik serta disokong oleh permintaan luar yang
lebih kukuh, pertumbuhan ekonomi telah mencatat pencapaian yang lebih baik
daripada yang dijangkakan, iaitu berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun
2003 dan 6.8 peratus pada tahun 2004.
Seterusnya, Dasar Wawasan Negara (DWN) dilancarkan pada tahun 2001 merupakan
pembangunan dekad kedua Wawasan 2020 yang menumpukan kepada meningkatkan
keutuhan dan berdaya saing negara. DWN mengandungi strategi penting daripada
dua dasar sebelumnya iaitu DEB dan DPN di samping beberapa dimensi baru. Dasar
ini termasuklah membangunkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berasaskan
berpengetahuan, menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan
kekuatan domestik, dan mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan serta
pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus pada 2010.
Kelemahan
sistem ekonomi campuran.
Walaupun sistem ekonomi campuran mempunyai
beberapa kelebihan, tidak dapat dinafikan juga ia mempunyai beberapa kelemahan.
Di antaranya ialah ;
a) Sistem percukaian yang dilaksanankan oleh pihak
kerajaan akan menganggu tingkat kebajikan rakyat di negara tersebut terutama
bagi golongan kaya.
b) Sistem percukaian ini juga akan menganggu aliran
perjalananperdagangan yang wujud di sesebuah negara
Sebagai kesimpulannya, dengan mengamalkan sistem ekonomi campuran ini,
Malayia terus dilihat sebagai negara yang terus membangun. Ini dapat dibuktikan
pada tahun 2012, ekonomi berjaya mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan
dan lebih tinggi. Sehingga kini, Malaysia berusaha dengan gigih untuk menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi. Sememangnya kita boleh berbangga dengan
kemajuan ekonomi yang dicapai oleh negara kita berbanding dengan negara lain
yang sama usia kemerdekaannya dengan Malaysia tetapi masih dalam keadaan
mundur.
3.0
Rasional sistem
ekonomi Malaysia untuk pemaksimuman utiliti
Memandangkan
antara kelebihan sistem ekonomi campuran
adalah memaksimumkan kepuasan pengguna dan pengeluar bebas memberikan khidmat
untuk maksimum keuntungan, terdapat hubungan yang amat rapat antara rasionaliti
dan utiliti.
Rasionaliti di dalam ekonomi konvensional
bermakna mana-mana pengguna akan selalu cuba memaksimumkan kepuasan material
mereka dari penggunaan sumber pendapatan yang terhad yang mereka ada. Keputusan
dibuat berdasarkan pemikiran sendiri
bagaimana mereka membelanjakan pendapatan mereka yang terhad
untuk memaksimumkan kepuasan mereka. Keputusan yang dibuat mungkin
dipengaruhi olehcitarasa, perubahan fesyen, harga, pendapatan, dan lain-lain.
Utiliti
pula merujuk kepada kebolehan atau kuasa barangan atau perkhidmatan yang dapat
memberikan kepuasan kepada apa yang dikehendaki oleh pengguna. Oleh yang
demikian, utiliti
boleh juga dimaksudkan sebagai menggambarkan tingkat kepuasan
pengguna terhadap penggunaan sesuatu atau perkhidmatan . Utiliti yang
berkaitan dengan kehendak yang dipenuhi sebagai
kepuasan material. Jadi, di dalam ekonomi konvensional
, pengguna dianggap rasional apabila mereka
membelanjakan pendapatannya dengan cara mereka memaksimumkan
utiliti material atau kepuasan material.
Kegiatan ekonomi bagi
individu pengguna dan pengeluar atau sekumpulan pengguna dan pengeluar dikenali
sebagai pasaran. Dalam hal kelakuan pengguna, tumpuan diberi dalam persoalan
bagaimana pengguna memaksimumkan utiliti atau kepuasan apabila diberi citarasa
dan tingkat pendapatan. Kelakuan pengguna adalah berhubungkait dengan
konseppermintaan dan penawaran. Pengeluar atau firma adalah merujuk kepada penawaran
barang dan perkhidmatan dalam ekonomi tersebut. Persoalan yang ditumpukan oleh
firma ialah bagaimana mereka dalam mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan
dengan kos yang minimum supaya mereka dapat memaksimumkan keuntungannya.
Kedua-dua pengguna dan pengeluar ini akan berinteraksi dalam pasaran bagi
menentukan harga dan kuantiti bagi sesuatu barangan dan perkhidmatan, dan
disamping itu juga akan menentukan harga faktor-faktor seperti buruh, tanah,
modal dan keuntungan.
Sekiranya salah satu
pihak samaada pengguna atau pengeluar tidak beinteraksi, ia akan mewujudkan masalah pengangguran atau disebut juga sebagai
masalah kemelesetan ekonomi dan juga masalah inflasi. Kedua-dua masalah
pengangguran dan inflasi ini akan menganggu kehidupan dan seterusnya menggugat
kebajikan rakyat.
Maka dalam perkara ini,
peranan kerajaan adalah sangat penting dalam mengatasi kedua-dua masalah ini
iaitu melalui Dasar Fiskal iaitu perbelanjaan kerajaan dan cukai dan Dasar
Kewangan melalui perubahan penawaran wang. Kedua-dua dasar fiskal dan dasar
kewangan ini adalah dua dasar yang asas dalam mengatasi masalah ekonomi. Dasar lain
yang dijalankan oleh kerajaan ialah dasar campur tangan secara langsung ke
dalam ekonomi, iaituseperti dasar kawalan harga, terutamanya ke atas
barang-barang perlu seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Di negara kita terdapat lebih daripada 100 barang-barang,
terutamanya barang makanan yang berada di bawah Dasar Kawalan Harga dilakukan.
Perlaksanaan Dasar Fiskal pula adalah melalui pembentangan belanjawaan di
Parlimen pada setiap bulan September atau Oktober setiap tahun. Dasar Kewangan
pula akan dijalankan oleh Bank Negara Malaysia kerana ia bertindak sebagai bank
pusat.
Kerajaan juga melaksanakan langkah konsolidasi fiskal mulai
tahun 2004 bagi memperbaiki kedudukan fiskal dan mengawal hutang Kerajaan. Antaranya, melalui kawalan yang lebih ketat ke
atas pelaksanaan projek pembangunan supaya mematuhi siling peruntukan, dan juga
mempertingkatkan kecekapan pengurusan projek bagi memastikan projek dapat
disiapkan mengikut jadual. Usaha berterusan sentiasa diambil bagi memastikan
perbelanjaan mengurus tidak melebih hasil Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan
juga komited untuk memperluas dan mengenalpasti sumber hasil baru bagi
meningkatkan kutipan hasil Kerajaan.
Bagi memastikan inflasi tidak tercetus, lebih daripada 90
peratus sumber pembiayaan pembangunan dibiayai oleh pinjaman domestik. Malaysia
juga merupakan antara negara yang mempunyai kadar tabungan yang tinggi yang
mampu membiayai keperluan domestik. Di samping itu, pinjaman luar pada paras
yang minimum dan diurus secara berhemat boleh mengelakkan risiko
ketidakseimbangan luaran dan pertukaran matawang asing.
Selain itu, Kerajaan juga sentiasa mengamalkan dasar kewangan akomodatif bagi memastikan paras harga kekal rendah serta kestabilan kadar pertukaran asing untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Sejak akhir 1990an, Malaysia menikmati lebihan akaun semasa imbangan pembayaran berikutan prestasi eksport yang menggalakkan dan kemasukan pelaburan langsung asing.
Selain itu, Kerajaan juga sentiasa mengamalkan dasar kewangan akomodatif bagi memastikan paras harga kekal rendah serta kestabilan kadar pertukaran asing untuk menyokong pertumbuhan ekonomi. Sejak akhir 1990an, Malaysia menikmati lebihan akaun semasa imbangan pembayaran berikutan prestasi eksport yang menggalakkan dan kemasukan pelaburan langsung asing.
Ini telah menyumbang kepada kedudukan rizab antarabangsa
negara bersih yang kukuh.
Selain itu, Kerajaan juga sentiasa memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan untuk mewujudkan persekitaraan ekonomi yang kondusif bagi meningkatkan daya saing negara. Bagi tujuan ini, antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah mengurangkan karenah birokrasi, membanteras rasuah, memperkemas dan mempermudah prosedur bagi menjalankan perniagaan serta menyediakan tenaga kerja mahir yang menepati keperluan pasaran.
Selain itu, Kerajaan juga sentiasa memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan untuk mewujudkan persekitaraan ekonomi yang kondusif bagi meningkatkan daya saing negara. Bagi tujuan ini, antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah mengurangkan karenah birokrasi, membanteras rasuah, memperkemas dan mempermudah prosedur bagi menjalankan perniagaan serta menyediakan tenaga kerja mahir yang menepati keperluan pasaran.
Kesimpulannya, tampak
jelas, berasaskan pengalaman negara menghadapi situasi kegawatan ekonomi yang
berlaku dalam banyak fasa, misalnya era awal 1980-an, krisis kewangan 1997 dan
kini kelembapan ekonomi global, pengurusan negara mampu bertindak secara cepat,
pantas, fleksibel dengan penekanan kepada langkah dasar fiskal dan bukan
fiskal.
4.0 Rasional
sistem ekonomi Malaysia pada mekanisme penetapan harga dalam pengedaran
barang-barang dan perkhidmatan
Penentuan harga bermaksud harga
barang swasta dan faktor pengeluaran ditentukan oleh mekanisme harga iaitu
kuasa permintaan dan penawaran. Harga barang awam adalah ditentukan oleh pihak
kerajaan. Mekanisme pasaran melibatkan
interaksi di antara kuasa permintaan dan kuasa penawaran di pasaran yang
menentukan tingkat harga dan kuantiti barang di pasaran. Berdasarkan mekanisme pasaran, tingkat harga
dan kuantiti keseimbangan pasaran ditentukan berasaskan titik keseimbangan
pasaran, iaitu apabila kuantiti permintaan adalah sama dengan kuantiti
penawaran di pasaran.
Dalam sistem ekonomi campuran, terdapat dua kaedah dalam menyelesaikan
masalah-masalah asas ekonomi. Pertama ialah dengan menggunakan mekanisme harga
seperti yang diamalkan dalam sistem
pasaran bebas dan kedua dengan campur tangan secara langsung oleh pihak
kerajaan dalam menawarkan barang dan perkhidmatan seperti dalam sistem ekonomi terancang.
Pembahagian di antara dua kaedah penyelesaian ini adalah bergantung kepada
jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan.
Jika sekiranya barang yang dikeluarkan itu adalah barang persendirian atau
barang ekonomi, yang mana untuk mendapatkan barang-barang ini pengguna adalah
sanggup membayarnya, maka barang dan perkhidmatan jenis ini akan dikeluarkan
dengan menggunakan mekanisme harga. Kedua, jika barang dan perkhidmatan itu
dikelaskan sebagai barang awam, yang mana pengguna yang tidak membayar pun
boleh menikmati faedah yang dihasilkan oleh barang tersebut, maka barang dan
perkhidmatan ini hendaklah dikeluarkan oleh kerajaan. Contohnya perkhidmatan
pertahanan dan keselamatan, jalan raya dan sebagainya.
Dalam hal ini, ia amat bergantung kepada permintaan, kuasa membeli yang akan
membuatkan pengguna sanggup membayar , maka pengeluar akan melihat sama ada barang
tersebut mampu untuk dikeluarkan serta akan memberi keuntungan kepadanya.
Apabila hal ini berlaku, maka akan produk atau khidmat tersebut akan
dikeluarkan dalam bentuk ekonomi.
Dari segi realiti ekonomi di
Malaysia, hargalah yang sering menjadi isu besar selain bekalan barang makanan utama seperti beras,
tepung gandum, gula dan minyak masak sehingga satu ketika bagaikan berlaku
krisis bekalan gara-gara langkah peniaga yang sengaja menyimpan stok dengan
niat mahu menaikkan harga. Memang di mana-mana negara yang membuka ekonominya,
sejajar keperluan globalisasi, menghadapi tekanan apabila berlaku kenaikan
harga minyak antarabangsa. Keadaan ini secara langsung meningkatkan tekanan
harga terhadap harga barang keperluan di pasaran tempatan, berikutan
peningkatan kadar inflasi yang meliputi empat perkara iaitu barang makanan,
tenaga, pengangkutan dan sewa. Soal harga adalah juga berkaitan dengan bekalan
dan pengedaran serta kos input. Oleh itu, isu inflasi perlu diteliti secara
komprehensif dan strategi mengawalnya juga perlu menyeluruh dan meliputi aspek
berkenaan.
Berdasarkan hakikat ini, kerajaan
telah menubuhkan Majlis Harga Negara (MHN), yang dipengerusikan Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Tanggungjawab MHN antara lain untuk memantau, menasihati
dan menyelia dasar harga, struktur pasaran kompetitif, kecekapan dalam skim
subsidi serta pencegahan terhadap ketidakadilan bagi pihak kerajaan. Majlis ini
juga akan bertanggungjawab membendung pakatan sulit perdagangan yang
menjejaskan bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan dengan
memperluaskan bidang tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-Barang Perlu. Dengan
itu, kewujudan MHN adalah bagi memastikan harga barang keperluan dan
kenaikannya sentiasa dibuat mengikut garis panduan kerajaan serta mengatasi
masalah kekurangan bekalan secara lebih berkesan.
Kini, Malaysia terus komited membangunkan ekonomi
dengan memperkenalkan rasionalisasi subsidi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) yang akan diperkenalkan mulai tahun 2015. Kerajaan juga mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan
penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia
Langkah rasionalisasi seperti kenaikan harga petrol dan
diesel, pemansuhan subsidi gula dan subsidi janakuasa elektrik bertujuan
memastikan keseimbangan fiskal kewangan negara. Prinsip kerajaan adalah
memastikan ekonomi negara berkembang dan pada masa sama tidak boleh mengabaikan
kebertanggungjawaban ekonomi untuk mengurangkan bajet defisit dan mencapai
bajet berimbang menjelang tahun 2020 .
Pelaksanaan GST akan memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan
dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi
melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang
lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan
mengurus dan mentadbir sistem tersebut. Ia juga mudah difahami oleh rakyat
berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan
barangan yang berlainan. Ia juga dapat mengurangkan beban membayar cukai kerana
jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding
keseluruhan rakyat Malaysia.Itu antara kelebihan yang dinikmati oleh rakyat di
negara yang sudah lama melaksanakan GST seperti di New Zealand, Australia dan
Singapura. Di rantau Asia Tenggara ini pula, hampir seluruh negara sudah
melaksanakan sistem cukai itu.
Kesimpulannya,setelah 57 tahun mencapai
kemerdekaan, pencapaian Malaysia berada pada tahap yang boleh dibanggakan.
Pengiktirafan demi pengiktirafan diberikan atas usaha gigih kerajaan membangunkan
negara. Namun begitu, masih banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan
pembangunan ekonomi terus bertahan demi kelestarian negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment