Thursday, 22 September 2011

USIA KE MANA HALA.......ADUHAI PENEROKA FELDA

Salam muhibah buat semua....

Dah lama tak post apa-apa pada wall ni, bukan apa cuma perlukan sedikit masa untuk mencari semangat dan idea baru....

Apabila mengatakan hal usia, apakah yang bermain di fikiran....bagi aku apabila mengatakan hal usia, ia menunjukkan kematangan, keperibadian dan ketuhanan.....

Aku perlu bangkitkan hal ini, kerana ia sebahagian dari kerja aku,kurang-kurangnya aku dah jalankan tugas aku dan apabila ditanya di akhirat nanti, aku dah ada jawapan...

Aku pernah dengar satu kata-kata yang agak menarik bagi aku iaitu 'fizikal kita makin hari makin tua, tetapi hati kita sentiasa muda'.... haha....betul jugak kata-kata tu....aku pun sampai sekarang rasa macam hati ni muda je, masih ada hati nak buat benda-benda yang mengarut padahal fizikal dah tak mengizinkan....

Berbangkit pasal rasa muda sentiasa, aku selalu berasa hairan, kenapa kadangkala orang tua, umur dah lanjut dan bak kata orang, kubur dah panggil, tetapi masih lagi buat benda-benda yang tak senonoh dan menjolok mata...perhatikan sekeliling, pasti ada mereka yang dah berusia tetapi masih lagi buat benda tak elok...

Bagi aku yang duduk dalam kawasan Felda, seringkali terserempak dengan puak-puak yang tak berapa sedarkan diri ni...duduk berlonggok main dam berjam-jam, main judi, lepastu ada pulak yang sambil menunggu turn untuk main dam, sempat layan video lucah ikut handphone....inikah yang dikatakan WARGA CONTOH....aku bukan kata semua, tapi segelintir...tetapi sebab segelintir inilah, rosak keseluruhan imej FELDA...
Selalu apabila ditanya tentang keruntuhan akhlak,mereka akan menunding jari kepada para belia...sikit-sikit belia,sikit-sikit budak muda...paku dulang paku serpih.....

Aku bukan membenci mereka,berbuih mulut aku cakap pasal benda ni masa lawatan ke blok-blok....tiap-tiap hari Rabu, aku dan pengurus serta staf yang lain turun ke blok, bagi penerangan dan sedikit ceramah pasal isu Felda.Aku tak tahu samada mereka ambil kisah atau tidak, tapi aku rasa akan terdetik pada hati mereka, apa yang aku cakapkan adalah betul dan kena pada hidung sendiri...

Aku tahu, aku taklah menegur menggunakan kekuatan, tapi aku menegur dengar perkataan...hahaha...tapi taklah sampai cuma menegur dalam hati...kira ranking keduala dalam bab iman....

Berbalik dalam bab tadi, mana-mana Felda yang aku pergi pun, perkara yang sama berlaku..siapa yang hendak disalahkan dan siapa pula yang dipertanggungjawabkan....ini adalah realiti yang perlu kita hadapi bersama-sama...Hendak mengubah manusia bukan senang rupanya,perlu slow and steady...perubahan drastik tak akan kita nampak buat permulaan,tapi berkat usaha yang berterusan ,insyaallah.....

Apabila peneroka merangkap bapa itu sendiri dah melencong,jangan harapla anak muda belia nak ikut jalan lurus.Peneroka harus menjadi ROLE MODEL dalam segala bab,kerana mereka adalah contoh terdekat bagi golongan belia Felda. Jadilah model terbaik yang dapat di ikuti dan dicontohi..tak perlu pandang jauh, suruh anak contohi imam muda atau Ustaz Zahazan tapi diri sendiri hancur...peneroka adalah contoh yang terbaik bagi mereka kerana peneroka adalah bapa kepada mereka...

Sedih melihatkan golongan peneroka seusia bapa aku, bergelumang dalam benda tak senonoh begini...adakah kurang pendedahan agama, kurang pengetahuan sivik dan kurang serba-serbi, membuatkan mereka kekurangan akhlak...apabila melihat perkara ini berlaku, malu alah dibuatnya...terang-terang buat, dah hilang perasaan malu...

Kita sebagai warga Felda harus menguatkan tekad agar dapat membendung perkara ini....kalau budak-budak senang kita nak marah, tapi ini..alahai...dah tua bangka, masih lagi nak buat....Insafla wahai bapaku sekelian, usia kita tak sepanjang mana, akhirat sana menanti kita......jadikan diri kita sebaik mungkin yang boleh, benda yang dah berlaku, apa kita boleh buat, tetapi akan datang tolonglah tinggalkannya...ingatkan isteri,anak,dan kubur yang pastinya kita kesana nanti....TOLONGLAH PENEROKA KU........

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.