Salam hormat, salam ukhwah dan salam 1Felda buat para pembaca....Bagaimana dengan rutin harian, semoga sentiasa berada dalam keberkatan.....
Perkongsian yang ingin saya kemukakan adalah anjakan paradigma kepada seluruh warga Felda terutama kepada warga peneroka....Golongan yang mewakili penduduk luar bandar contoh yang namanya sentiasa berada dibibir pemerintah.......
Teringat saya kisah perjuangan Nabi Muhammad semasa beliau hijrah dari Mekah ke Madinah.Pelbagai kesukaran pada permulaannya dan akhirnya dakwah Islamiah tersebar ke seluruh jazirah Arab dengan kota Madinah sebagai pusat. Kenapa perjuangan nabi dan para sahabat berjaya,walaupun rintangan yang dihadapi amatlah hebat..Memang akan ada orang katakan bahawa itu sudah ditakdirkan oleh Allah,dan Muhammad itu nabi,akan sentiasa mendapat pertolongan darinya....Memang benar apa yang dikatakan, tetapi bagi saya, sebagai manusia biasa,kisah kejayaan nabi kita amat berkait rapat dengan keberanian beliau untuk berhijrah..

'Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya'....
Lupakan tentang perumpamaan 'kalau kail sejengkal,lautan dalam jangan diduga'...telah terbukti warga peneroka berani menyahut cabaran walaupun serba kekurangan ketika itu....
Adakah warga peneroka di Felda masih dibuai dengan kejayaan mereka dahulu sehingga mereka tidak bersedia untuk menerima perubahan yang berlaku seiring dengan pusingan dunia. Adakah mereka sedia untuk menganjak paradigma mereka dari kaedah Felda dahulu dan kaedah Felda kini. Adakah kemewahan dan kesenangan yang mereka perolehi kini membuatkan mereka rasa selamat dan tidak mahu lagi berhijrah seperti yang telah mereka lakukan dahulu..
Ini cuma post yang pendek...Saya akan cuba untuk mengembangkan lagi tajuk ini,memandangkan ini tajuk yang bagi saya agak berat....Maaf jika ada tersalah silap dimana - mana.....wassalam....
No comments:
Post a Comment