Sunday, 4 September 2011

Komunisme dan Tragedi Bukit Kepong

Assalamualaikum.....

Pertanyaan tentang perjuangan Tok Janggut dan Komunis......dan ini sekadar pandangan peribadi aku....Insyaallah....


Komunisme...
Ia merupakan satu ideologi politik dan struktur sosio politik yang menggalakkan penubuhan masyarakat egilitarian (sama taraf), tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan yang sama ke atas faktor pengeluaran dan harta umumnya...Idea penubuhan dasar komunis ini dicipta oleh Yahudi German yang bernama Karl Marx..Idea beliau ini ditulis oleh beliau dan Freiderich Engels dalam sebuah buku bertajuk THE COMMUNIST MANIFESTO (kalau tak salah)...Kemudian beliau menulis lagi untuk menentang golongan kapitalis dalam megeksploitasi golongan pekerja dalam buku beliau bertajuk DAS KAPITAL.
Fahaman komunisme ini secara umumnya telah dipecahkan kepada banyak cabang seperti Leninisme,Stalinisme,Maoisme dan Trotskyisme.Ia berakar umbi dari Marxisme..Tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme didalam komunisme seperti Komunisme Kristian (dibincangkan post kemudian)...Dalam era moden,komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme(berpunca dari pemberontakan Bolshevik di Russia) dan Marxisme-Leninisme...
Tok Janggut
Era kegemilangan komunisme ini bermula akhir perang dunia kedua dan tahun 80an-90an..Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa 'agama merupakan racun yang mengongkong pemikiran rakyat'...
Bagi ideologi komunis, ia terdiri dari sepuluh perkara utama..tapi nantilah kita bincangkan perkara ini sebab tujuan aku cuma nak cerita pasal sedikit sejarah komunis dan perjuangan Tok Janggut (sekadar 1 nama sahaja).
Bagi aku,perjuangan mereka di Tanah Melayu ini adalah berlainan...tujuan dan tuntutan yang diminta oleh mereka juga adalah berlainan...Perjuangan Tok Janggut dan lain-lain pahlawan Melayu semasa pemerintahan British kebanyakannya adalah bersifat kedaerahan masing-masing...Tok Janggut berjuang kerana beliau ditekan oleh pihak British untuk membayar cukai yang pelbagai..Begitu juga dengan Datuk Naning yang kehilangan kuasa untuk mengutip cukai dikawasan beliau..Dato Maharajalela pula kerana J.W.W Birch tidak menghormati adat dan tatacara penduduk tempatan.Apapun, mereka merupakan pahlawan Melayu yang berani unuk bangkit menentang penjajah yang jauh lebih berkuasa pada masa itu...Ini patut dibanggakan oleh kita selaku anak Melayu...
Bagi perjuangan Komunis pula, mereka bermula dengan hebatnya semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu..Melalui MPAJA(Malayan People Anti Japanese Army), mereka berjuang kononnya untuk menentang Jepun, tetapi sebenarnya kerana pihak Jepun menyeksa rakyat China semasa perang disana.Sebab itu MPAJA majoritinya dianggotai oleh orang cina. Adakah kita pernah terdengar sebarang pertempuran antara pihak Jepun dan MPAJA yang konon nya menentang Jepun,tentunya tiada bukan ?..Mereka cuma mendakwa berperang menentang Jepun dan kemungkinan hanya pertempuran kecil sahaja..Pihak British semasa itu,tiada pilihan selain membekalkan senjata kepada MPAJA dan latihan melalui FORCE 136 yang diseludup masuk dari India...
Selepas perang tamat, nasionalis Melayu mula sedar bahawa sebenarnya British bukanlah sekuat mana, mereka menubuhkan API (Angkatan Pemuda Insaf) oleh Ahmad Boestamam dan AWAS (angkatan Wanita Sedar) oleh Shamsiah Fakeh bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu..
Pertubuhan ini diresapi oleh ideologi komunis dan ramai pemimpin pertubuhan ini mula masuk ke hutan dan mengangkat senjata.Rejimen ke 10 (PKM) Parti Komunis Malaya khusus untuk bangsa Melayu dan antara tugas mereka adalah merekrut ahli2 baru...
Kita nampak disini bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan bagi komunis Malaya adalah bagi menjadikan bumi bertuah ini sebagai negara komunis.Kedudukan geografi Tanah Melayu yang berada ditengah-tengah Asia Tenggara adalah strategik untuk mengembangkan lagi ideologi ini. Bagaimana orang Melayu beragama Islam, sanggup berjuang demi menjadikan negara ini negara komunis yang pastinya tidak mahukan sebarang agama.....bukankah ini bercanggah dengan fahaman asas ideologi komunis itu sendiri..
Pahlawan Negara
Sekarang pula heboh dengan kenyatan Mat Sabu menyokong komunis yang bertempur dengan anggota polis Bukit Kepong...Dia mengatakan bahawa polis itu adalah polis British dan yang menentang pula pejuang kemerdekaan.Sudah semestinyakah sesiapa yang menentang Inggeris adalah pejuang kemerdekaan?
Ketika kejadian tersebut berlaku iaitu tahun 1950, penduduk Tanah Melayu sedang hebat dan membara semanagat inginkan kemerdekaan. Ia dipimpin oleh Dato Onn yang berjuang tanpa mengangkat senjata.Jika sebelum ini, pejuang Melayu cuma berjuang untuk daerah masing-masing,tetapi Dato Onn berjuang untuk seluruh Tanah Melayu..Beliau turun naik semenanjung, berkempen dan membangkitkan semangat penduduk.Beliau menubuhkan UMNO pada 1946 bagi menyatukan suara dan semangat orang Melayu ketika itu bagi menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan.
Jika komunis berjuang untuk kemerdekaan, kenapa mesti menyerang polis Melayu dikawasan yang amat terpencil pula.Kenapa tidak menyerang orang Inggeris itu sendiri..Juga, kenapa komunis tidak bersatu dengan majoriti penduduk Tanah Melayu berjuang dibawah satu panji..Ini kerana komunis berjuang untuk kepentingan mereka sendiri,bukan kerana menuntut kemerdekaan...Ini adalah fakta...Bayangkan jika Tanah Melayu diperintah oleh Komunis,adakah ia akan jadi seperti Korea Utara dan Cuba...Sedangkan semasa jatuhnya Jepun dahulu,dan sebelum kedatangan British dibawah BMA (British Military Administration), selama 13 hari penduduk Tanah Melayu diseksa dan dibunuh..bayangkan jika mereka memerintah pula...tentu lebih ramai lagi....
Tahukan anda bahawa berapa ramai penduduk Soviet Union dibawah Lenin dan Stalin dibunuh.Berapa ramai penduduk China dibawah Mao Tze Tung disembelih....
Datuk Onn Jaafar
Dato Onn dan UMNO nya berjuang seperti Mahatma Gandhi.Beliau merupakan bapa kemerdekaan India,dan beliau berjuang juga tanpa mengangkat senjata.Tapi aku taknak la cerita pasal India,nanti lari tajuk pulak...hehehe...
Pernahkah kita lihat gambar Dato Onn yang berkempen di seluruh Tanah Melayu.Juga adakah kita hayati perjuangan oleh Tunku Abd Rahman..Inilah perjuangan yang kita mahukan,bukan dengan menumpahkan darah orang yang tidak berdosa..Apakah kesalahan anggota polis tersebut hingga dibunuh hanya kerana ketika itu kita masih belum dapat kemerdekaan dan apakah komunis yang menyerang ketika itu layak digelar pejuang walaupun mereka membunuh sesuka hati.Kita semasa itu sedang didalam usaha dan proses untuk menuntut kemerdekaan...
Ideologi komunis adalah berbahaya kepada negara. Lagipun ia dicipta oleh bangsa Yahudi.Pelik aku,bila ada orang Melayu dan Islam menyokong pertubuhan ini....aku sebenarnya nak cerita banyak lagi,tapi dah banyak sangat untuk satu post....nantilah, apabila aku semangat balik nak bercerita..
Aku harap semoga bumi bertuah ini dilindungi oleh Allah dan penduduknya sentiasa bersatu padu....Insyaallah....








No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.