Tuesday 6 September 2011

Proses pembahagian pusaka tanah Felda

Assalamualaikum.....buat semua pembaca blog ni...

Diharap, janganlah membaca sahaja,jadilah follower,baru saya ada can untuk menang peraduan Battle of the Blogs...heheheh...insyaallah...

Antara isu yang ada di tanah rancangan Felda adalah berkaitan pembahagian pusaka. Masalah yang kadangkala mengambil masa hingga bertahun-tahun tetapi masih tidak selesai...Apakah masalah yang melanda hingga proses yang dituntut agama ini tidak dilaksanakan..Adakah masalah ini terletak pada bahu Felda,Pejabat Tanah atau keluarga si arwah...

Saya sendiri terlibat secara langsung dalam menguruskan proses bicara kuasa ini...kalau kena pada keluarga yang masalah,memang masalah besar,tapi kalau kena pada keluarga yang ok,senang je jalannya...

Apabila terjadinya kematian peneroka, pihak pejabat rancangan akan meminta pihak keluarga si mati untuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan bicara kuasa..antara dokumen yang diperlukan adalah sijil kematian,permit kubur,sijil nikah(jika penama adalah isteri), kad pengenalan arwah,kad pengenalan semua waris kadim iaitu balu dan anak.
Apabila pejabat rancangan sudah dapat semua benda ni,satu borang petisyen akan dibuat.... Borang petisyen ini akan di isi dengan semua maklumat tentang waris dan harta yang ditinggalkan.Harta terbahagi kepada dua iaitu harta alih dan harta tetap.Harta alih ialah harta seperti saham,duit dalam akaun,kereta,motor dan lain-lain.Harta tetap adalah segala hartanah yang si mati miliki.

Selepas semua ini disenaraikan, waris yang dinamakan(selalunya isteri yang bersama masuk rancangan),perlu membawa petisyen tersebut untuk ditandatanagn oleh pesuruhjaya sumpah.Penama perlu menandatangani petisyen tersebut dihadapan pesuruhjaya sumpah tersebut,jangan tandatangan di rumah.Jika ada harta yang tertinggal dan tidak dimasukan ke dalam petisyen tersebut, waris perlu mengisi lagi satu borang iaitu Borang 'P'.

Selepas ia selesai ditandatangan, hantar semula ke pejabat rancangan dan selesai sudah peringkat pertama permohonan.Apabila pihak rancangan sudah terima petisyen tersebut,ia akan dihantar ke pejabat tanah daerah masing-masing.Dahulu setiap permohonan perlu dibayar RM 10, tetapi kini ia telah dikecualikan..

Pihak pejabat tanah akan menghantar borang tersebut ke bahagian pusaka kecil untuk diproses.Selalunya ia akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan bergantung kepada keadaan.

Selesai diproses borang tersebut, pihak Pusaka Kecil akan memanggil kesemua waris si mati untuk dibuat bicara kuasa.Pihak waris perlulah menjemput kesemua waris yang ada termasuk ibubapa simati sekiranya masih ada.

Disebabkan tanah Felda tertakhluk kepada akta GSA, hanya satu penama sahaja yang akan disenaraikan sebagai peneroka ganti.Biasanya adalah isteri. Bagi meletak penama kedua, penama pertama harus mengisi borang 'AA' selepas selesainya proses pertukaran nama didalam paysheet peneroka.

Selesai proses bicara kuasa, pejabat Pusaka Kecil akan mengeluarkan borang 'F',iaitu surat penyerahan kuasa.Surat ini berwarna kuning cair (bagi Johor).Didalam surat tersebut,akan tertera penama kepada simati. Surat ini boleh digunakan untuk mengeluarkan baki duit didalam bank atau bagi penjualan saham2 peneroka..

Penama perlu membuat salinan borang 'F' ini beserta dengan kad pengenalan ,sijil mati dan sijil nikah.Jika penama adalah anak,perlu disertakan surat beranak anak tersebut yang ada tertera nama si mati sebagai bapa.

Pihak rancangan akan memajukan borang tersebut ke ibupejabat Felda bagi tujuan pertukaran nama peneroka didalam sistem dan didalam paysheet peneroka...Proses ini biasanya mengambil masa 2 hingga 3 minggu. Selepas itu, pihak ibupejabat akan meluluskan permohonan tersebut dan tugas pihak rancangan adalah untuk menukar penama akaun peneroka di kilang Felda.

Selesai sudah segala proses bagi pengambilan kuasa tanah peneroka.....Wallahualam....

66 comments:

  1. dtg dari felda forever....meh dtg http://fendy1302.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya kena pergi sendiri ke pejabat tanah untuk penama..arwah ayah saya meninggal dunia tahun lepas 29hb 6 2015...geran tanah masih nama arwah ayah saya dan resit penghantaran sawit ke kilang sawit felda pun atas nama arwah ayah saya...

    ReplyDelete
  3. As salam..sekadar ingin bertanya..jika penama asal telah meninggal dunia dan ank2 penama asal setuju menyerahkan kepada ibu mereka sebagai ganti penama asal kemudian salah seorg ank penama asal meninggal dunia..adakah cucu kepada kepada penama ganti ( anak kepada salah seorang penama asal yg meninggal dunia ) mempunyai hak utk mendapat mendapat hasil daripada kebun penama asal jika penama ganti meninggal dunia pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...lama xbuka blog...perlu dilihat semasa pembahagian kuasa keatas ibu,samada pentadbir atau pemilik...borang F sebagai pentadbir dan borang E sebagai pemilik..lepastu baru boleh cerita

      Delete
  4. As salam..sekadar ingin bertanya..jika penama asal telah meninggal dunia dan ank2 penama asal setuju menyerahkan kepada ibu mereka sebagai ganti penama asal kemudian salah seorg ank penama asal meninggal dunia..adakah cucu kepada kepada penama ganti ( anak kepada salah seorang penama asal yg meninggal dunia ) mempunyai hak utk mendapat mendapat hasil daripada kebun penama asal jika penama ganti meninggal dunia pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu kpd anak yg meninggal tidak layak menuntut harta kerana harta masih dimiliki oleh pemunya(ibu) yg meninggal kemudian...yg layak adalah anak yg masih hidup atau meninggal setelah kematian pemilik(ibu)..wallauallam

      Delete
    2. Cucu kpd anak yg meninggal tidak layak menuntut harta kerana harta masih dimiliki oleh pemunya(ibu) yg meninggal kemudian...yg layak adalah anak yg masih hidup atau meninggal setelah kematian pemilik(ibu)..wallauallam

      Delete
  5. Selepas bicara kuasa, selaunya berapa lama masa yang diambil untuk surat penyerahan kuasa itu dileluarkan? Lagi satu adakah kita sendiri yang kena tanya tentang surat itu ataupun pihak pejabat tanah akan menghubungi kita sekiranya sudah siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lama ambil masa...sibuk kebelakangn ini...
      Kebiasannya tempoh yang diambil selepas proses bicara kuasa adalah sebulan ke dua bulan...Pihak pusaka kecil akan menghubungi tuan dan tiada salahnya juga jika tuan turut follow up...tq

      Delete
    2. Maaf, tumpang tanya, kalau pemilik tanah felda ni dh meninggal, tapi dia xad ank, tanah itu jatuh ke simpa????

      Delete
  6. jika slh seorg waris y berkeras xnk ambik thu dlm hal ni cmne plak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk permohonan tiada masalah kerana hanya memerlukan seorang dari waris utk buat petisyen ke pej pusaka kecil..yang jadi masalah adalah semasa perbicaraan berlaku...tetapi jika hendak lantik pentadbir, tiada masalah jika ada yang tidak hadir kerana untuk perlantikan pentadbir tidak memerlukan kehadiran semua orang...kalau ramai2 dapat hadir lagi bagus

      Delete
    2. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan dengan PENTADBIR ?
      apa fungsi/tugas pentadbir yang dinyatakan dalam komen cik/pn nurkaba diatas?

      pro n kontra dia apa yer?

      Delete
    3. Tugas pentadbir adalah sebagai wakil kepada semua waris yg ada...tanah dan wang bukan milik dia 100%...dia sebagai pemegang amanah kpada waris

      Delete
  7. Ibu saya sudah tiada meninggal tahun 2006, kami lima beradik 4 perempuan 1 lelaki dalam keluarga peneroka felda, jika bapa saya sudah tiada nanti, siapa paling layak pernama dalam geran tanah felda ni antara anak perempuan dengan anak lelaki dalam akta tanah 1960 ( GSA )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa juga layak antara adik beradik...kita bukan berbicara soal faraid ye...faraid hanya akan digunakan sekiranya tiada kata putus selepas perbincangan diantara waris...Geran tanah Felda boleh diletakkan sehingga dua nama jika perlu..

      Delete
  8. Salam..
    Kalau both parents da meninggal and skg dlm process utk decide penama..sy ade 6 siblings (1 laki 5 pmpuan)..tp yg lelaki tu berkeras nk letak nama dia sbg penama tp kami adik brdik x setuju sbb x percaya kat abang..siapa yg ade hak utk decide penama kalau xde persetujuan/ kata sepakat dr semua waris? Pejabat tanah atau pengurus rancangan felda yg akn decide?
    Tq

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Kalau both parents da meninggal and skg dlm process utk decide penama..sy ade 6 siblings (1 laki 5 pmpuan)..tp yg lelaki tu berkeras nk letak nama dia sbg penama tp kami adik brdik x setuju sbb x percaya kat abang..siapa yg ade hak utk decide penama kalau xde persetujuan/ kata sepakat dr semua waris? Pejabat tanah atau pengurus rancangan felda yg akn decide?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geran boleh diletak dua nama..1 nama abang dan satu lagi nama adik..lantik abg sbg pentadbir dan jika dia xamanah,nama pentadbir boleh ditukar

      Delete
  10. assalamualaikum, sekadar ingin penjelasan. bagaimana pula ye kalau ibu (isteri yg bersama masuk rancangan) dan bapa yg sudah bercerai? kedua2 nya masih hidup namun sudah bercerai. bapa pula berkahwin lain, tiada anak bersama isteri baru dan tidak menetap di felda. jika nti bapa meninggal dunia, siapakah yg paling layak utk menjadi penama pertama dan pewaris, ibu/anak pertama/mak tiri? seperti yg dimaklumkan, penama2 yg sedia ada tidak diubah nama kerana ibu bapa masih mahu mengekalkan penama2 sama seperti mula2 mereka masuk ke tanah rancangan. soalan lain, bolehkah bapa menukar nama ibu (isteri yg bersama masuk rancangan) kepada nama isteri baru sbg penama utama selepas bapa tanpa persetujuan ibu? tanpa tandatangan ibu? mohon penjelasan ye, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..itu tanah dia,dan dia berhak letak siapa juga dlm waris sbg penama

      Delete
  11. Salam
    Nak Tanya jika sibapa meninggal Dan pentadbir jatuh pada IBU atas persetujuan anak2.kemudian si IBU kahwin lain Dan tiada anak dgn suami baru.Kemudain si IBU pula meninggal
    Dunia.adakah bapa tiri ada Nak keatas tanah felda nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana kalau mereka sebenarnya berkahwin di thailand dan x pnh ddaftarkan d malaysia.adakah masih ada hak sedangkan sijil nikah thailand pun sudah tiada.

      Delete
    2. baru tau bapa tiri ada hak.....tp blh jelaskan hak dalam bentuk apa....adakah termasuk tukar nama dan pembahagian harta?

      Delete
  12. Assalamualaikum.. maaf .. nk bertanya ... pentadbir 1 diberi sara hidup RM1,500.00 (yg akan dibayar semula melalui penolakan hasil).... hasil kebun telah ada (dlm lingkungan RM300.00 - RM 400.00) dan kesemua hasil tersebut dibuat penolakan hutang . Pertanyaan saya .... wajar atau bolehkah adik beradik yg lain menuntut hak sara hidup yang diterima oleh pentadbir 1 sedangkan apa yang saya faham dari pengurus felda , sara hidup adalah hak mutlak pentadbir 1 . Adik beradik yg bukan dilantik sebagai Pentadbir 1 ... hanya boleh menuntut lebihan hasil kebun setelah ditolak hutang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pentadbir adalah pemegamg amanah kepada waris yg ada,bukan milik dia 100%...tgk kembali borang F dan disitu tertera jumlah pembahagian mengikut faraid

      Delete
  13. Mohon pencerahan dari tuan atau sesiapa yang arif tentang perkara ini agar tidak berlaku perbalahan dan perpecahan adik beradik ...

    ReplyDelete
  14. Ayah meninggal mak meninggal. Anak simati ada 7 lelaki 2 ppuan.hasil sawit felda nak bagi cam mana? (Selepas selesai bahagi Pusaka lah)

    ReplyDelete
  15. Assalam tuan, Boleh berikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Penama Asal FELDA yang masih hidup bagi memudahkan urusan pembahagian harta kelak? sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bincang anak beranak dan tuliskan apa yg dikehendaki selepas kematian...

      Delete
  16. Assalamualaikum tuan ,ada tak contoh surat akuan penama dan pentadbir,saya kena buat surat ini atas permintaan yg masi hidup untuk tujuan kemudahan dikemudian hari,bolehkah tuan beri beberapa petisyen atau contoh.Harap dapatlah membantu.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat di pej felda...bincang dgn pengurusan

      Delete
  17. Assalamualaikum cik, saya nak tanya.. kami ada 7 adik bradik laki, 4 perempuan.. ayah saya sudah lama meninggal pada tahun 1996.. pada tahun 2014 pula abang no 2 saya meninggal, abang saya ada isteri dan 2 anak perempuan. Pada tahun 2017 mak saya plak meninggal dan lepas 2 minggu pada tu abang saya no 1 plak meninggal, abang saya yg ini ada isteri tiada anak.. so kami tinggal 9 adik bradik dari 11 orang.. bile saya tengok pada geran untuk letak name pentakbir baru, name mak saya adalah sebagai pentakbir bukan sebagai hak milik, dan ada nama anak yg lain jugak pada geran itu mengikut pecahan faraid, tetapi ada 2 org kakak saya tiada dalam geran tu. persoalan skang, adakah isteri dan anak abang saya yg meninggal tahun 2014 dapat jugak bahagian dia sedangkan mase tu mak saya ada lagi?.. persoalan kedua mcm mana status kakak saya 2 org yang tiada name dalam geran, adakah ade bahagian dia jugak?.. persoalan ketiga adakah mak saya hanya sebagai pentakbir selepas ayah saya meninggal atau harta tu menjadi milik penuh mak saya??.. sebab felda penah bagitau saya jika ayah meninggal, mak sebagai ganti hak milik.. jika ada anak meninggal sebelum mak meninggal anak itu tak dapat bahagian dia.. tolong jelaskan, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini boleh dirujuk bersama pengurus felda....ada beberapa perkara yg saya xjelas disini...nak taip pakai hp payah...maaf

      Delete
    2. Menantu dan cucu 2 orang TIDAK BERHAK terhadap harta pusaka nenek (ibu mertua) tapi kalau datuk (bapa mertua) ada harta2 lain selain tanah rancangan Felda yang masih belum difaraidkan sebelum bapa (suami) mereka meninggal dunia, hak si bapa (abang anda) tu patut disalurkan kepada balu beliau dan anak2 mereka. Sama macam kes keluarga sebelah emak saya, datuk dulu, kemudian maklong, kemudian nenek meninggal. Sebab xdak sapa peduli hal yang leceh2 ni faraid pusaka datuk lambat dibuat, tapi suami dan anak2 kandung maklong memang dapat hak mereka (yang sepatutnya dapat kat maklong sebelum beliau meninggal dunia). Nasib baik masa tu paklong ada lagi, sebab kalau x lagila bermasalah nak agih harta2 yang x seberapa tu kepada waris sebelah paklong yang kita x berapa nak kenal. Dokumen nak macam2, alih2 yang dapat berapa ringgit ja (sebab dah dibahagi kepada lebih ramai orang, memang sikit la jadinya).

      Delete
  18. Assalamualaikum sy nak tanya lah dlm sistem felda kalau suami meninggal dlu so harta semua akn letak nama isteri kn,,nama anak2 tak ade..misalan kata isteri tu meninggal dunia harta pusaka tu mcm mna pulak sbb tak ade nama pewaris kn..??betul ke bila tak letak nama anak2 dlm sijil harta pusaka nnti amanah raya yg akn amek alih...??

    ReplyDelete
  19. Isteri meninggal,harta tetap diwariskan kpd pewaris...depends pada situasi keluarga...isteri pemilik mutlak atau pentadbir dan juga ada anak lelaki atau tak dsb..utk amanah raya pula,adakah owner pernah sign dgn ajen amanah raya atau tak..kalau xda,boleh uruskan pewarisan mcm biasa...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum... Mcmana saya nak tahu nama pewaris...surat dah hilang...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum... Mcmana saya nak tahu nama pewaris...surat dah hilang...

    ReplyDelete
  22. as salam...klau macam ayah dh mniggal...tapi sblom die mniggal die ade kawin dgn sorg popuan..n ade ank lelaki...tapi xd surat nikah malaysia y sah...so ank die berhak ke dpt pembahagian harta tu?...mak sy masih hidop,awal2 y masok felda dlu ayah ngn mak sy je...bole terang kan x?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, sekiranya adik beradik ingin membuat pertukaran nama untuk pentadbir baharu, perlukah semua adik beradik yang lain hadir? Pentadbir lama masih hidup cuma nak tukar pentadbir baru. Perlukah pentadbir lama hadir sekali bersama dan kesan sekiranya pentadbir lama tidak dapat hadir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan sis sma dengan pertnyaan sy,pertukaran sbgai pentadbiran kena dilakukan di pejabat tanah @amanah raya

      Delete
  24. Assalamualaikum... saya nak tanya sebelum saya masuk felda ayah dah kahwin ade anak 2,..selepas berpisah ayah nikah pula dgn mak dan baru masuk felda...dan kami 3 beradik... skg ayah dah takde... buat masa ini adekah hasil tanah felda mak boleh mkn seorang... Sebab ade anak 1 dari isteri pertama bertanyakan hak dia

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum…

    Soalan 1: ayah sy sudah letak nama sy sebagai nama kedua di geran tanah.. Sy nak tau adakah ibu tiri ada hak untuk harta felda tersebut jika ayah saya sudah tiada..?

    Soalan 2: Ibu kandung saya sudah berpisah..dan sudah berkahwin lain..bolehlah ibu saya tuntut harta sepencarian??

    Soalan 3: Boleh tak kalau tak nak guna pentakbir?

    Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Tuan , saya betul2 mohon penjelasan .

    Kes saya : Tanah Felda tetapi geran tanah susah dimiliki oleh Arwah bapa saya . Semasa dia hidup , dia telah menghibahkan harta tersebut kepada ibu saya .

    Soalan 1 : Saya juga mempunyai adik beradik tiri lain , setelah dihibahkan kepada ibu saya , adakah adik beradik tiri lain berhak menuntut hak mereka ?

    Soalan 2 : Sekiranya , ibu telah tiada , apa kah status tanah itu nanti dan adakah adik beradik lain selain dari ibu saya bileh membuat tuntutan ?

    ReplyDelete
  28. Mohon pencerahan, sekiranya peneroka meninggal baru saja masuk felda dan isteri dilantik sebagai pengganti peneroka dan terus membayar hutang dgn felda sehingga dapat gran atas nana isteri, adakah saudara leleki peneroka asal berhak atas harta ini sedangkan simati tidak dapat hak milik pun semasa kematiannya krn tanah masih hak felda bayaran kembali pun baru dua tahun dijelaskan.

    ReplyDelete
  29. A masuk ke felda bersama-sama isteri pertama, B.. tidak mempunyai anak dan mengambil anak angkat..A memohon untuk memindahhak kepada anak angkat dan diluluskan oleh pihak Felda.. B kemudian meninggal dunia... A berkahwin dengan C.. A telah menghibahkan tanah tersebut kepada isterinya C..hakmilik tanah dikeluarkan oleh pihak Pejabat Tanah dan didaftarkan di atas nama A.. A meninggal dunia
    persoalannya :
    1) adakah hibah tersebut sah di sisi undang-undang walaupun dibuat tanpa kebenaran Felda
    2) Adakah isteri si mati C berhak sebagai pewaris pesaka (semasa hidup A mendaftar C sebagai "isteri" dan bukan sebagai pengganti@pentadbir)
    3) Adakah anak angkat tersebut berhak ke atas tanah tersebut

    ReplyDelete
  30. salam saya sudah selesai ttg urusan tanah felda sudah di lantik pentabir baru.. yang tingal di tapak rumah felda itu ada kah pemilik sepenuhnya pentabir yang baru sahaja. atau di kira pembahagian secara farait jga.

    ReplyDelete
  31. Salam saya nk tanya..sekiranya selepas bicara kuasa dan surat penyerahan kuasa dah di keluarkn dan ada salah 1 waris yg tidak di maklumkn ap2 bekenaan perkara tersebut.apa yg harus di lakukan?

    ReplyDelete
  32. Salam.
    Sy nak bertanya mcm mana pulak.bila ade nama waris yg tidak di masukkan.waris tersebut adalah anak sulunh

    ReplyDelete
  33. Salam..nak tanya pasal tanah gsa kampong..penama asal masih hidup tapi telah meletakan satu nama anak lelaki sebagai pentadbir sedangkan masih ada seorang anak perempuan..anak perempuan tidak ada nama dalam geran..anak peremouan ini pun tidak diberitahi urisan ni..hanya tahu selepas urusan selesai..macamana anak perempuan ni nak letak namanya di geran..terima kaseh..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum..terima kasih tuan atas perkongsian ..
    apabila ayah meninggal adakah hasil kebun itu dikira pusaka
    Maka ibu perlu mengagihkan hasil tersebut pada anak2. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
  35. salam tuan .saya nak tanya , apa hak isteri kedua setelah kematian suami y ada anak bersama suami dan anak2 tiri hasil perkahwinan suami dengan isteri pertama .isteri pertama beliau telah lama meninggal dunia dan sempat masuk ke felda selama 2 tahun .isteri kedua telah lebih 20 tahun bersama suami . apa hak isteri kedua , anak2 tiri hasil perkahwinan suami dgn isteri pertama dan anak2 hasil perkahwinan kedua .terima kasih

    ReplyDelete
  36. Salam.. Pakcik sy telah meningal tahun lepas.semase hidup aruah pakcik sy adalah pentabir pd tanah penama atuk sy.hanya yg masih hidup adelah ayah sy yg tinggal adek kpd aruah pakcik.bagaimana urusan untuk melihat pentabir terkini dn pd siapa yg boleh sy berurusan untuk dpt kn maklumat.

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum
    nk semasa bicara kuasa, seorang ank lelaki tdak setuju di letakan atas nama ibunye keatas tanah felda sebaliknye mahu kekal kepada nama ayah ug telah meninggal, macamana status ibu tersebut

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikummm...
    Saya nk tnya.. Ayah masih idup boleh ke anak lelaki bwk ayah tkr nama kebun sawit dfn tanah rumah felda ke nama anak lelaki?

    Lg satu, klo lah ayah da ltk penama anak lelaki.. Kami anak oerempuan mmg xsetuju ank lelaki sbb die jahat dan xamanah boleh x saya selaku anak perempuan tukar nama pentadbir tanah felda? Mcmner ye urusannya?

    ReplyDelete
  39. Salamalaik..sy nak tanya..jika suami menggal..isteri akn menjd pentadbir..adkah si ibu(emak simati) layak menerima hasil..kmdn emak simati meninggal..adkah bah ibu simati layak utk di bahgikan kpd adik beradik bapa..

    ReplyDelete
  40. Assalam... Sy nk tanya jikalau peneroka itu tiada ank lelaki cuma ada ank perempuan adakah ia difaraid kpd bapa saudaranya.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya ttg hasil kebun bulanan@bonus dll felda. Atok n nenek saya telah meninggal dunia. Tugas pentadbir jatuh pada arwah ayah saya(ank sulung). Sekarang makcik ambil alih. Pertanyaan saya, cucu peneroka masih ada hak tak dengan hasil kebun@ bonus dll setelah ayah saya juga meninggal dunia. Ibu saya pun telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
  42. Saya nak tanya. Mcm kalau arwah mak meninggal. Bahagian arwah mak tu akan jatuh pada ayah atau pada anak2.boleh tak anak minta bahagian arwah mak.

    ReplyDelete
  43. Saya semua dah buat tinggal felda tukar nama kepada pentadbir je..smpai skarang dah 3 tahn masih slip sawit dengan saham felda nama arwah ayah..bila tanya felda felda ada yg x lengkap ke..pihak felda cakap semua ok..lambat sebb hq yg belom proses...kata 3..4 minggu jee..ni btahn2...hq buat pekasam ke apa...

    ReplyDelete
  44. Assalamualaikum Saya nak tanya tentang masalah saya ni.arwah ayah adalah peneroka felda.dan beristeri dua.saya dan seorang adik anak isteri kedua dan ibu saya juga telah mningal dulu sebelum arwah ayah.setelah ibu mningal saya tlah dibawa oleh ayah tinggal dgn kluarga ibu tiri(isteri ptama) ada 8 orang anak. Setelah kematian ayah kami dipangil berkumpul di pjabat pusaka. Setelah dibacakan wasiat dan pmbahgian.ibu tiri telah menukarkan semua peninggalan arwah ayah keatas namanya...mnjadi pemilik. Melalui borang E. Saya ketika itu masih berusia 21 tahun dan adik kandung baru berusia 18 tahun.saya ketika itu masih mntah dan tiada kuasa untuk mnghalang ibu tiri mnukarkan namanya mnjdi pmilik dan terpaksa brsetuju. krana saya dan adik sudah yatim piatu dan masih mnumpang di rumah ibu tiri..setelah hampir 14 tahun saya dan adik tak pernah diberi wang hasil jual sawit. Dan saya tau tiada hak untuk menuntut apa2 kerana telah bersetuju melantik ibu tiri mnjdi pmilik.persoalanya seandainya pemilik kedua(ibu tiri) mningal dunia. Adakah pembahagian akan dibuat semula secara faraid. Dan masihkah ada hak saya dan adik untuk mndapatkan bhgian saya semula yg telah diketepikan berbelas tahun.

    ReplyDelete

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.