Tuesday, 6 September 2011

Proses pembahagian pusaka tanah Felda

Assalamualaikum.....buat semua pembaca blog ni...

Diharap, janganlah membaca sahaja,jadilah follower,baru saya ada can untuk menang peraduan Battle of the Blogs...heheheh...insyaallah...

Antara isu yang ada di tanah rancangan Felda adalah berkaitan pembahagian pusaka. Masalah yang kadangkala mengambil masa hingga bertahun-tahun tetapi masih tidak selesai...Apakah masalah yang melanda hingga proses yang dituntut agama ini tidak dilaksanakan..Adakah masalah ini terletak pada bahu Felda,Pejabat Tanah atau keluarga si arwah...

Saya sendiri terlibat secara langsung dalam menguruskan proses bicara kuasa ini...kalau kena pada keluarga yang masalah,memang masalah besar,tapi kalau kena pada keluarga yang ok,senang je jalannya...

Apabila terjadinya kematian peneroka, pihak pejabat rancangan akan meminta pihak keluarga si mati untuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan bicara kuasa..antara dokumen yang diperlukan adalah sijil kematian,permit kubur,sijil nikah(jika penama adalah isteri), kad pengenalan arwah,kad pengenalan semua waris kadim iaitu balu dan anak.
Apabila pejabat rancangan sudah dapat semua benda ni,satu borang petisyen akan dibuat.... Borang petisyen ini akan di isi dengan semua maklumat tentang waris dan harta yang ditinggalkan.Harta terbahagi kepada dua iaitu harta alih dan harta tetap.Harta alih ialah harta seperti saham,duit dalam akaun,kereta,motor dan lain-lain.Harta tetap adalah segala hartanah yang si mati miliki.

Selepas semua ini disenaraikan, waris yang dinamakan(selalunya isteri yang bersama masuk rancangan),perlu membawa petisyen tersebut untuk ditandatanagn oleh pesuruhjaya sumpah.Penama perlu menandatangani petisyen tersebut dihadapan pesuruhjaya sumpah tersebut,jangan tandatangan di rumah.Jika ada harta yang tertinggal dan tidak dimasukan ke dalam petisyen tersebut, waris perlu mengisi lagi satu borang iaitu Borang 'P'.

Selepas ia selesai ditandatangan, hantar semula ke pejabat rancangan dan selesai sudah peringkat pertama permohonan.Apabila pihak rancangan sudah terima petisyen tersebut,ia akan dihantar ke pejabat tanah daerah masing-masing.Dahulu setiap permohonan perlu dibayar RM 10, tetapi kini ia telah dikecualikan..

Pihak pejabat tanah akan menghantar borang tersebut ke bahagian pusaka kecil untuk diproses.Selalunya ia akan mengambil masa 2 hingga 3 bulan bergantung kepada keadaan.

Selesai diproses borang tersebut, pihak Pusaka Kecil akan memanggil kesemua waris si mati untuk dibuat bicara kuasa.Pihak waris perlulah menjemput kesemua waris yang ada termasuk ibubapa simati sekiranya masih ada.

Disebabkan tanah Felda tertakhluk kepada akta GSA, hanya satu penama sahaja yang akan disenaraikan sebagai peneroka ganti.Biasanya adalah isteri. Bagi meletak penama kedua, penama pertama harus mengisi borang 'AA' selepas selesainya proses pertukaran nama didalam paysheet peneroka.

Selesai proses bicara kuasa, pejabat Pusaka Kecil akan mengeluarkan borang 'F',iaitu surat penyerahan kuasa.Surat ini berwarna kuning cair (bagi Johor).Didalam surat tersebut,akan tertera penama kepada simati. Surat ini boleh digunakan untuk mengeluarkan baki duit didalam bank atau bagi penjualan saham2 peneroka..

Penama perlu membuat salinan borang 'F' ini beserta dengan kad pengenalan ,sijil mati dan sijil nikah.Jika penama adalah anak,perlu disertakan surat beranak anak tersebut yang ada tertera nama si mati sebagai bapa.

Pihak rancangan akan memajukan borang tersebut ke ibupejabat Felda bagi tujuan pertukaran nama peneroka didalam sistem dan didalam paysheet peneroka...Proses ini biasanya mengambil masa 2 hingga 3 minggu. Selepas itu, pihak ibupejabat akan meluluskan permohonan tersebut dan tugas pihak rancangan adalah untuk menukar penama akaun peneroka di kilang Felda.

Selesai sudah segala proses bagi pengambilan kuasa tanah peneroka.....Wallahualam....

33 comments:

  1. dtg dari felda forever....meh dtg http://fendy1302.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya kena pergi sendiri ke pejabat tanah untuk penama..arwah ayah saya meninggal dunia tahun lepas 29hb 6 2015...geran tanah masih nama arwah ayah saya dan resit penghantaran sawit ke kilang sawit felda pun atas nama arwah ayah saya...

    ReplyDelete
  3. As salam..sekadar ingin bertanya..jika penama asal telah meninggal dunia dan ank2 penama asal setuju menyerahkan kepada ibu mereka sebagai ganti penama asal kemudian salah seorg ank penama asal meninggal dunia..adakah cucu kepada kepada penama ganti ( anak kepada salah seorang penama asal yg meninggal dunia ) mempunyai hak utk mendapat mendapat hasil daripada kebun penama asal jika penama ganti meninggal dunia pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf...lama xbuka blog...perlu dilihat semasa pembahagian kuasa keatas ibu,samada pentadbir atau pemilik...borang F sebagai pentadbir dan borang E sebagai pemilik..lepastu baru boleh cerita

      Delete
  4. As salam..sekadar ingin bertanya..jika penama asal telah meninggal dunia dan ank2 penama asal setuju menyerahkan kepada ibu mereka sebagai ganti penama asal kemudian salah seorg ank penama asal meninggal dunia..adakah cucu kepada kepada penama ganti ( anak kepada salah seorang penama asal yg meninggal dunia ) mempunyai hak utk mendapat mendapat hasil daripada kebun penama asal jika penama ganti meninggal dunia pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cucu kpd anak yg meninggal tidak layak menuntut harta kerana harta masih dimiliki oleh pemunya(ibu) yg meninggal kemudian...yg layak adalah anak yg masih hidup atau meninggal setelah kematian pemilik(ibu)..wallauallam

      Delete
    2. Cucu kpd anak yg meninggal tidak layak menuntut harta kerana harta masih dimiliki oleh pemunya(ibu) yg meninggal kemudian...yg layak adalah anak yg masih hidup atau meninggal setelah kematian pemilik(ibu)..wallauallam

      Delete
  5. Selepas bicara kuasa, selaunya berapa lama masa yang diambil untuk surat penyerahan kuasa itu dileluarkan? Lagi satu adakah kita sendiri yang kena tanya tentang surat itu ataupun pihak pejabat tanah akan menghubungi kita sekiranya sudah siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lama ambil masa...sibuk kebelakangn ini...
      Kebiasannya tempoh yang diambil selepas proses bicara kuasa adalah sebulan ke dua bulan...Pihak pusaka kecil akan menghubungi tuan dan tiada salahnya juga jika tuan turut follow up...tq

      Delete
  6. jika slh seorg waris y berkeras xnk ambik thu dlm hal ni cmne plak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk permohonan tiada masalah kerana hanya memerlukan seorang dari waris utk buat petisyen ke pej pusaka kecil..yang jadi masalah adalah semasa perbicaraan berlaku...tetapi jika hendak lantik pentadbir, tiada masalah jika ada yang tidak hadir kerana untuk perlantikan pentadbir tidak memerlukan kehadiran semua orang...kalau ramai2 dapat hadir lagi bagus

      Delete
    2. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan dengan PENTADBIR ?
      apa fungsi/tugas pentadbir yang dinyatakan dalam komen cik/pn nurkaba diatas?

      pro n kontra dia apa yer?

      Delete
    3. Tugas pentadbir adalah sebagai wakil kepada semua waris yg ada...tanah dan wang bukan milik dia 100%...dia sebagai pemegang amanah kpada waris

      Delete
  7. Ibu saya sudah tiada meninggal tahun 2006, kami lima beradik 4 perempuan 1 lelaki dalam keluarga peneroka felda, jika bapa saya sudah tiada nanti, siapa paling layak pernama dalam geran tanah felda ni antara anak perempuan dengan anak lelaki dalam akta tanah 1960 ( GSA )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa juga layak antara adik beradik...kita bukan berbicara soal faraid ye...faraid hanya akan digunakan sekiranya tiada kata putus selepas perbincangan diantara waris...Geran tanah Felda boleh diletakkan sehingga dua nama jika perlu..

      Delete
  8. Salam..
    Kalau both parents da meninggal and skg dlm process utk decide penama..sy ade 6 siblings (1 laki 5 pmpuan)..tp yg lelaki tu berkeras nk letak nama dia sbg penama tp kami adik brdik x setuju sbb x percaya kat abang..siapa yg ade hak utk decide penama kalau xde persetujuan/ kata sepakat dr semua waris? Pejabat tanah atau pengurus rancangan felda yg akn decide?
    Tq

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Kalau both parents da meninggal and skg dlm process utk decide penama..sy ade 6 siblings (1 laki 5 pmpuan)..tp yg lelaki tu berkeras nk letak nama dia sbg penama tp kami adik brdik x setuju sbb x percaya kat abang..siapa yg ade hak utk decide penama kalau xde persetujuan/ kata sepakat dr semua waris? Pejabat tanah atau pengurus rancangan felda yg akn decide?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geran boleh diletak dua nama..1 nama abang dan satu lagi nama adik..lantik abg sbg pentadbir dan jika dia xamanah,nama pentadbir boleh ditukar

      Delete
  10. assalamualaikum, sekadar ingin penjelasan. bagaimana pula ye kalau ibu (isteri yg bersama masuk rancangan) dan bapa yg sudah bercerai? kedua2 nya masih hidup namun sudah bercerai. bapa pula berkahwin lain, tiada anak bersama isteri baru dan tidak menetap di felda. jika nti bapa meninggal dunia, siapakah yg paling layak utk menjadi penama pertama dan pewaris, ibu/anak pertama/mak tiri? seperti yg dimaklumkan, penama2 yg sedia ada tidak diubah nama kerana ibu bapa masih mahu mengekalkan penama2 sama seperti mula2 mereka masuk ke tanah rancangan. soalan lain, bolehkah bapa menukar nama ibu (isteri yg bersama masuk rancangan) kepada nama isteri baru sbg penama utama selepas bapa tanpa persetujuan ibu? tanpa tandatangan ibu? mohon penjelasan ye, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..itu tanah dia,dan dia berhak letak siapa juga dlm waris sbg penama

      Delete
  11. Salam
    Nak Tanya jika sibapa meninggal Dan pentadbir jatuh pada IBU atas persetujuan anak2.kemudian si IBU kahwin lain Dan tiada anak dgn suami baru.Kemudain si IBU pula meninggal
    Dunia.adakah bapa tiri ada Nak keatas tanah felda nanti

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. maaf .. nk bertanya ... pentadbir 1 diberi sara hidup RM1,500.00 (yg akan dibayar semula melalui penolakan hasil).... hasil kebun telah ada (dlm lingkungan RM300.00 - RM 400.00) dan kesemua hasil tersebut dibuat penolakan hutang . Pertanyaan saya .... wajar atau bolehkah adik beradik yg lain menuntut hak sara hidup yang diterima oleh pentadbir 1 sedangkan apa yang saya faham dari pengurus felda , sara hidup adalah hak mutlak pentadbir 1 . Adik beradik yg bukan dilantik sebagai Pentadbir 1 ... hanya boleh menuntut lebihan hasil kebun setelah ditolak hutang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pentadbir adalah pemegamg amanah kepada waris yg ada,bukan milik dia 100%...tgk kembali borang F dan disitu tertera jumlah pembahagian mengikut faraid

      Delete
  13. Mohon pencerahan dari tuan atau sesiapa yang arif tentang perkara ini agar tidak berlaku perbalahan dan perpecahan adik beradik ...

    ReplyDelete
  14. Ayah meninggal mak meninggal. Anak simati ada 7 lelaki 2 ppuan.hasil sawit felda nak bagi cam mana? (Selepas selesai bahagi Pusaka lah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk borang F,dan ikut keputusan faraid

      Delete
  15. Assalam tuan, Boleh berikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Penama Asal FELDA yang masih hidup bagi memudahkan urusan pembahagian harta kelak? sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bincang anak beranak dan tuliskan apa yg dikehendaki selepas kematian...

      Delete
  16. Assalamualaikum tuan ,ada tak contoh surat akuan penama dan pentadbir,saya kena buat surat ini atas permintaan yg masi hidup untuk tujuan kemudahan dikemudian hari,bolehkah tuan beri beberapa petisyen atau contoh.Harap dapatlah membantu.Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dapat di pej felda...bincang dgn pengurusan

      Delete
  17. Assalamualaikum cik, saya nak tanya.. kami ada 7 adik bradik laki, 4 perempuan.. ayah saya sudah lama meninggal pada tahun 1996.. pada tahun 2014 pula abang no 2 saya meninggal, abang saya ada isteri dan 2 anak perempuan. Pada tahun 2017 mak saya plak meninggal dan lepas 2 minggu pada tu abang saya no 1 plak meninggal, abang saya yg ini ada isteri tiada anak.. so kami tinggal 9 adik bradik dari 11 orang.. bile saya tengok pada geran untuk letak name pentakbir baru, name mak saya adalah sebagai pentakbir bukan sebagai hak milik, dan ada nama anak yg lain jugak pada geran itu mengikut pecahan faraid, tetapi ada 2 org kakak saya tiada dalam geran tu. persoalan skang, adakah isteri dan anak abang saya yg meninggal tahun 2014 dapat jugak bahagian dia sedangkan mase tu mak saya ada lagi?.. persoalan kedua mcm mana status kakak saya 2 org yang tiada name dalam geran, adakah ade bahagian dia jugak?.. persoalan ketiga adakah mak saya hanya sebagai pentakbir selepas ayah saya meninggal atau harta tu menjadi milik penuh mak saya??.. sebab felda penah bagitau saya jika ayah meninggal, mak sebagai ganti hak milik.. jika ada anak meninggal sebelum mak meninggal anak itu tak dapat bahagian dia.. tolong jelaskan, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara ini boleh dirujuk bersama pengurus felda....ada beberapa perkara yg saya xjelas disini...nak taip pakai hp payah...maaf

      Delete

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.