Friday 9 September 2011

Hijrahnya Peneroka Feda

Assalamualaikum......

Salam hormat, salam ukhwah dan salam 1Felda buat para pembaca....Bagaimana dengan rutin harian, semoga sentiasa berada dalam keberkatan.....

Perkongsian yang ingin saya kemukakan adalah anjakan paradigma kepada seluruh warga Felda terutama kepada warga peneroka....Golongan yang mewakili penduduk luar bandar contoh yang namanya sentiasa berada dibibir pemerintah.......

Teringat saya kisah perjuangan Nabi Muhammad semasa beliau hijrah dari Mekah ke Madinah.Pelbagai kesukaran pada permulaannya dan akhirnya dakwah Islamiah tersebar ke seluruh jazirah Arab dengan kota Madinah sebagai pusat. Kenapa perjuangan nabi dan para sahabat berjaya,walaupun rintangan yang dihadapi amatlah hebat..Memang akan ada orang katakan bahawa itu sudah ditakdirkan oleh Allah,dan Muhammad itu nabi,akan sentiasa mendapat pertolongan darinya....Memang benar apa yang dikatakan, tetapi bagi saya, sebagai manusia biasa,kisah kejayaan nabi kita amat berkait rapat dengan keberanian beliau untuk berhijrah..

Berhijrah dari kawasan yang lama ke kawasan persekitaran yang baru...Begitulah apa yang terjadi kepada warga peneroka Felda.Mereka berani untuk berhijrah dari kampung halaman pergi ke tempat yang tidak pernah diketahui..Bukan senang untuk mereka ketika itu untuk berbuat demikian,terpaksa meninggalkan keluarga,rumah dan segalanya...dan apa yang diperolehi oleh mereka sekarang adalah hasil dari pengorbanan mereka dahulu. Contohnya seperti seorang yang bekerja.Adalah menjadi satu masalah besar untuk bertukar kerjaya.Ini bukan perkara enteng,ia melibatkan perjudian masa depan diri dan keluarga.Tetapi mereka telah berjaya,dan taraf kehidupan mereka sekarang adalah buktinya.Apabila diamati, ramai orang luar mengatakan peneroka Felda terlalu dimanjakan,terlalu diberi perhatian hingga menimbulkan perasaan iri hati,tetapi itulah hasilnya jika kita berani untuk berubah.Kita akan mendapat sesuatu yang tidak pernah kita ada sebelumnya.
'Jika tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya'....
Lupakan tentang perumpamaan 'kalau kail sejengkal,lautan dalam jangan diduga'...telah terbukti warga peneroka berani menyahut cabaran walaupun serba kekurangan ketika itu....

Adakah warga peneroka di Felda masih dibuai dengan kejayaan mereka dahulu sehingga mereka tidak bersedia untuk menerima perubahan yang berlaku seiring dengan pusingan dunia. Adakah mereka sedia untuk menganjak paradigma mereka dari kaedah Felda dahulu dan kaedah Felda kini. Adakah kemewahan dan kesenangan yang mereka perolehi kini membuatkan mereka rasa selamat dan tidak mahu lagi berhijrah seperti yang telah mereka lakukan dahulu..

Ini cuma post yang pendek...Saya akan cuba untuk mengembangkan lagi tajuk ini,memandangkan ini tajuk yang bagi saya agak berat....Maaf jika ada tersalah silap dimana - mana.....wassalam....

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.