Sunday, 30 August 2015

Sehati, sejiwa

Image result for merdekaTEPAT jam 12 tengah malam ini, genap 58 tahun negara kita merdeka daripada penjajahan orang asing. Ia adalah satu nikmat yang besar khususnya bagi mereka yang pernah hidup di zaman sebelum kemerdekaan.
Generasi baru hari ini  tidak tahu dan tidak pernah membayangkan bagaimana keadaan sebelum merdeka. Saya juga tidak pernah mengalami zaman pra kemerdekaan apatah lagi zaman sebelum kemerdekaan. Cuma zaman post kemerdekaan yang saban hari makin kelam ditelan arus semasa dan arus kemodenan. Tetapi apakah dengan arus kemodenan membuatkan kita semakin layu dan hambar menyambut hari bersejarah ini.
Kita mengambil masa berfikir sejenak, sejak dahulu hingga kini, adakah kita telah merdeka dalam erti kata yang sebenar?
Meskipun orang asing tidak lagi menjajah negara ini dalam bentuk fizikal, namun dalam aspek-aspek lain terutama identiti, moral, cara fikir dan budaya, banyak unsur luar telah ‘menjajah’ orang kita.
Dari sudut politik, mereka yang berjawatan dilihat amat lemah untuk bersuara dalam perkara-perkara kebenaran. Inilah politik cari makan. Berkisar kepada perhubungan antara kaum di Malaysia ini...Bagi kaum Melayu dengan semangat mempertahan kan tanah airnya dan bangsa cina dan india yang dikatakan hidup menumpang di bumi kita ini..Tetapi sedarkah kita,mahu atau tidak mereka tetap dan akan terus menjadi rakyat Malaysia. Sehingga bila fenomena ini akan berterusan dalam membentuk jiwa Malaysia.Sampai masanya kita bersatu dan terus bersatu..Hilangkan prasangkan sesama kita dan pupuklah semangat cintakan Malaysia bermula dari kecil. Runtuhkan tembok sempadan antara kita dan bangunkan Malaysia ini bersama-sama. 
Kepada pihak kerajaan, kaji semula pecahan pendidikan mengikut ras kaum. Saya sebagai rakyat Malaysia memerlukan suasana yang bahagia dan tidak terus dibelenggu oleh sifat prasangka. Saya masih ingat apabila bersekolah bersama-sama kaum cina dan india.Kami boleh bergelak ketawa dan bermain bersama-sama. Ini kerana kami kenal siapa mereka dan bagaimana budi bicara mereka. Perkara ini tidak dialami oleh pelajar disekolah vernikular. Mereka diasingkan sejak kecil dan hampir mustahil untuk menyatukan mereka apabila dewasa. Di sekolah cina, mereka tidak kenal siapa itu Melayu dan India, manakala di sekolah kebangsaan, mereka tidak kenal siapa dia cina dan siapa dia India. Cukuplah selama ini kami diseksa dengan perasaan syak wasangka sesama kami.
Tunjukkan kuasa yang diberi oleh kami untuk menyatukan bangsa Malaysia ini. Jika berharap pada undi cina, sudah jelas mereka menolak kerajaan sedia ada dan sementara ada kuasa ini, hentikanlah sekolah berdasarkan kaum seperti hari ini. Jadikan ia hanya sekadar sejarah pahit dalam pendidikan negara.
Image result for merdeka
Agenda perjuangan yang diangkat berbuih-buih ketika berkempen diketepikan jika berlaku pertembungan dengan maslahat peribadi. Bacul mempertahankan kebenaran kerana tak mahu hilang jawatan.
Dari segi hiburan pula, memang tidak salah untuk berhibur tapi biarlah kena dengan cara kita, orang Melayu. Budaya kita penuh adab dan tatasusila.Hiburan membunuh jiwa anak muda, mematikan ruh perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Ini hakikat hiburan yang berlaku ketika ini, sedihnya ia dipandang remeh oleh pihak kerajaan.


-sehati ,sejiwa-
Majulah Malaysiaku

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.