Wednesday 14 December 2011

Kelas Blogger Efektif FELDA ~Apa Kepentingannya~

Tiada siapa dapat menafikan letusan fenomena ICT yang semakin berkembang sekarang..aku pasti sesiapa yang membaca artikel ini tahu apa itu blog...BLOG...mungkin  satu perkataan yang tidak mampu difahami oleh golongan veteran yang tidak terdedah dengan ICT,tapi bagi generasi  X dan Y pasti tahu apa itu blog...

Sana sini orang memperkatakan tentang blog dan semua orang berhak mempunyai blog..kenapa kita begitu teruja untuk mempunyai blog...ya kerana kita manusia biasa yang ingin berkongsi rasa kerana blog adalah luahan rasa dalam bentuk penulisan yang interaktif...tulislah apa sahaja dan tiada siapa yang menghalang anda kecuali tulisan anda berbaur fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain..
Di sini aku ingin memfokuskan mengapa FELDA,sebuah institusi besar ini juga menggalakkan rakyat jelatanya mempunyai blog...Kelas Blogger Efektif ini hanya dinikmati oleh warga FELDA yang diberi secara percuma, makan pun ditanggung...jadi apa kepentingannya blog kepada kita...

Andai dirujuk kepada sejarah revolusi dan kebangkitan bangsa yang terdahulu, pasti salah satu faktor yang membangkitkan semangat kesedaran di kalangan rakyat untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik adalah faktor penulisan daripada tokoh tempatan..tidak perlu pergi jauh..lihat sahaja Idea Gerakan Islah yg dipelopori  anak muda hasil cetusan idea Sayid Jamaluddin Al Afghani dan Sheikh Muhammmad Abduh.Melalui tiupan semangat mereka menulis di dalam Majalah Imam sehingga membawa perubahan besar kepada umat Islam pada ketika itu..begitu juga tiupan semangat nasionalisme oleh beberapa penulis seperti Allahyarham Abdul Rahim Kajai,Pak Sako dan Harun  Aminurrashid...(sekadar menyebut beberapa nama) hingga akhirnya hak Melayu dapat ditegakkan..


Zaman telah berubah..disebabkan itu juga cabaran semakin bertambah..dakyah dan fitnah semakin ditabur mudah oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab..jadi sebelum FELDA ini rebah dek serangan penulisan blog yang berbaur fitnah, FELDA telah mengambil langkah memberi ilmu berkaitan penulisan blog dan yang sewaktu dengannya bagi memberi pendedahan kepada generasi FELDA agar menggunakan ICT pada saluran yang betul, agar mereka terus menyokong FELDA , supaya mereka mempertahankan institusi yang banyak memberi jasa kepada keluarga mereka dan bangsa mereka...selamat maju jaya semua blogger...

2 comments:

  1. ala cept betul en azwan wat.. gambr 2 kecikkn cikit la

    ReplyDelete
  2. wah nice lah.gmb spew tu erk yg pgang beg jenama hotlink uwh.hehehe terbaiklah.terima kasih en azwan kerana memberi ilmu bloger kepada kami.terima kasih,terima kasih,terima kasih,jasa en.azwan tidak akan kami lupakan. dari saya -riedz a.k.a xredicalx-

    ReplyDelete

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.