Monday 5 December 2011

keceriaan kawasan perkampungan Felda.

Assalamualaikum dan salam 1 Felda...

Wah, dah agak lama aku tak menulis pasal isu Felda ni....Bukan apa, cuma dalam tempoh hybernate(betul ke ejaan) untuk cari isu dan ambil semula mood menulis....

Kita sering dengar tentang AKKF (anugerah keceriaan kawasan kampung Felda)....hadiahnya yang besar dan lumayan...1 juta ringgit tu.....penyampaian hadiah ini akan diberikan semasa sambutan hari peneroka peringkat kebangsaan.Rancangan pertama yang telah menang adalah Felda Semenchu...Kedua dimenangi oleh Felda Ulu Belitong, ketiga dimenangi Felda Kledang dan ke empat dimenangi oleh Felda Tunggal....

Apakah persamaan diantara kesemua Felda ini...Cuba anda fikirkan.....persamaan diantara kesemua Felda ini adalah semua Felda ini terletak dinegeri Johor....Pelik bukan,dari beratus Felda di Malaysia ini, hanya Felda negeri Johor yang memenanginya....Inilah keistimewaan dan kelebihan masyarakat Johor berbanding masyarakat negeri lain....

Apakah rahsia mereka hingga dapat memenangi anugerah ini?.....hahaha....ini adalah penelitian yang aku buat...entah betul ataupun tak.

Masyarakat Johor didominasi oleh kaum Melayu Jawa...tidak dinafikan ada etnik yang lain,tetapi majoriti penduduk kawasan Felda yang memenangi anugerah tadi adalah berketurunan Jawa.Apa yang uniknya etnik Jawa ini adalah sikap cemburu mereka....Jangan salah anggap, sifat cemburu mereka dalam perkara yang baik.Mereka berasa cemburu apabila melihat jiran sebelah rumah mempunya kawasan yang cantik...Mereka juga akan berlumba untuk sama-sama berlawan kawasan siapa yang paling cantik...Di dalam bab keceriaan kampung, kakitangan menekankan keceriaan bermula dari rumah..apabila rumah ceria dan cantik,ia akan berpindah ke kawasan tepi jalan rumah, kemudian berpindah ke lot kosong dalam blok, kemudian kawasan awam dan akhirnya seluruh kawasan akan kampung akan cantik...aku memang puji masyarakat Jawa dalam bab kebersihan dan keceriaan..Ia telah terbukti dengan anugerah AKKF. Tidak hairanlah, apabila berbual dengan kakitangan Felda, cuba tanyakan Felda negeri mana yang paling mudah dibentuk dan paling mudah bekerja, dan tanpa raguragu mereka akan mengatakan Felda di Negeri Johor....tak percaya kan, tapi cuba pergi tanya.....

Bagi Felda, setiap peneroka akan adalah aset utama dalam program ini...Setiap peneroka akan bekerjasama untuk memotong pendapatan mereka RM 5 setiap bulan untuk tujuan keceriaan.Manakala Felda akan menyumbang RM 10 sebulan bagi satu peneroka...Senang kira, setiap peneroka mempunya RM 15 setiap bulan untuk keceriaan..Wang ini akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak pengurusan rancangan untuk ditadbir...Setiap rancangan juga mempunya Jawatankuasa keceriaan yang bertanggungjawab menjaga dan mencantikkan lagi kawasan kampung.Ia akan dipengerusikan oleh pengurus rancangan,dibantu dengan staff sosial dan ahlinya adalah pengerusi biro sosial rancangan dan beberapa orang lagi.Wang yang dikumpul tadi akan digunakan oleh jawatankuasa ini untuk membeli atau mengupah kerja mencantikkan kawasan perkampungan.

Masalah memang ada, takkan semuanya senang kan....untuk mendapatkan persetujuan semua peneroka bukan kerja senang. ada yang malas, ada yang buat tak tahu dan macam2 lagi....disinilah cabarannya...mereka ni tak ramai, tapi memang geram dibuatnya....lagi masalah apabila rumah golongan ni terletak di jalan utama masuk rancangan...berpeluh dibuatnya nak memujuk satu2 rumah....pelbagai alasan diberi, tapi kerja tetap kerja.....alahai.....

Untuk sesebuah rancangan tercalon dan seterusnya memenangi anugerah ini, terdapat beberapa kriteria pemilihan yang akan dinilai...Antara markah yang paling banyak adalah rumah peneroka itu sendiri..adakah ia berada dalam keadaan ceria, selamat dan cantik mata memandang...tak perlu lah meletak keceriaan halaman rumah dengan pelbagai warna,ada yang pakai tayar dan dicat warna warni, tembok batu, malahan kadangkala pasu juga dicat dengan pelbagai warna...memang ia kelihatan ceria, tapi dah macam tadika kanak2 pula...cukupla dengan susunan dan warna yang timbul dari bunga, bukan dari struktur yang diwarnakan...

Apakah kebaikan yang diperolehi apabila rumah ceria dan cantik......pada permulaan memang kita rasa membazir dan membuang masa, tapi percayalah, apabila halaman sudah cantik dengan pelbagai bunga, herba dan sayuran, ia akan menimbulkan rasa rindu dan tanggungjawab pada diri kita....kan enak apabila pada pagi hari kita mengambil udara segar di laman rumah..dengan suasana yang dingin, dan lembap...ohhhh...memang syok....
Bagi keluarga pula, impak kepada suami amat besar....silap-silap dia sekali sama2 membantu dan kotorkan tangan membantu kaum isteri menghias halaman rumah....mata pun sejuk je memandang halaman yang dah cantik....

Oleh itu, saya menggesa terutama kaum isteri supaya cepat2 menghias halaman rumah....memang tak dinafikan, kejayaan Felda yang telah memenangi anugerah banyak terletak pada bahu GPW rancangan...tanpa mereka,jawabnya tak berserila rancangan tu.....tapi jangan sampai dilupakan halaman rumah,banyak markah disitu.....wallahualam.......

No comments:

Post a Comment

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.