Monday, 5 December 2011

keceriaan kawasan perkampungan Felda.

Assalamualaikum dan salam 1 Felda...

Wah, dah agak lama aku tak menulis pasal isu Felda ni....Bukan apa, cuma dalam tempoh hybernate(betul ke ejaan) untuk cari isu dan ambil semula mood menulis....

Kita sering dengar tentang AKKF (anugerah keceriaan kawasan kampung Felda)....hadiahnya yang besar dan lumayan...1 juta ringgit tu.....penyampaian hadiah ini akan diberikan semasa sambutan hari peneroka peringkat kebangsaan.Rancangan pertama yang telah menang adalah Felda Semenchu...Kedua dimenangi oleh Felda Ulu Belitong, ketiga dimenangi Felda Kledang dan ke empat dimenangi oleh Felda Tunggal....

Apakah persamaan diantara kesemua Felda ini...Cuba anda fikirkan.....persamaan diantara kesemua Felda ini adalah semua Felda ini terletak dinegeri Johor....Pelik bukan,dari beratus Felda di Malaysia ini, hanya Felda negeri Johor yang memenanginya....Inilah keistimewaan dan kelebihan masyarakat Johor berbanding masyarakat negeri lain....

Apakah rahsia mereka hingga dapat memenangi anugerah ini?.....hahaha....ini adalah penelitian yang aku buat...entah betul ataupun tak.

Masyarakat Johor didominasi oleh kaum Melayu Jawa...tidak dinafikan ada etnik yang lain,tetapi majoriti penduduk kawasan Felda yang memenangi anugerah tadi adalah berketurunan Jawa.Apa yang uniknya etnik Jawa ini adalah sikap cemburu mereka....Jangan salah anggap, sifat cemburu mereka dalam perkara yang baik.Mereka berasa cemburu apabila melihat jiran sebelah rumah mempunya kawasan yang cantik...Mereka juga akan berlumba untuk sama-sama berlawan kawasan siapa yang paling cantik...Di dalam bab keceriaan kampung, kakitangan menekankan keceriaan bermula dari rumah..apabila rumah ceria dan cantik,ia akan berpindah ke kawasan tepi jalan rumah, kemudian berpindah ke lot kosong dalam blok, kemudian kawasan awam dan akhirnya seluruh kawasan akan kampung akan cantik...aku memang puji masyarakat Jawa dalam bab kebersihan dan keceriaan..Ia telah terbukti dengan anugerah AKKF. Tidak hairanlah, apabila berbual dengan kakitangan Felda, cuba tanyakan Felda negeri mana yang paling mudah dibentuk dan paling mudah bekerja, dan tanpa raguragu mereka akan mengatakan Felda di Negeri Johor....tak percaya kan, tapi cuba pergi tanya.....

Bagi Felda, setiap peneroka akan adalah aset utama dalam program ini...Setiap peneroka akan bekerjasama untuk memotong pendapatan mereka RM 5 setiap bulan untuk tujuan keceriaan.Manakala Felda akan menyumbang RM 10 sebulan bagi satu peneroka...Senang kira, setiap peneroka mempunya RM 15 setiap bulan untuk keceriaan..Wang ini akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak pengurusan rancangan untuk ditadbir...Setiap rancangan juga mempunya Jawatankuasa keceriaan yang bertanggungjawab menjaga dan mencantikkan lagi kawasan kampung.Ia akan dipengerusikan oleh pengurus rancangan,dibantu dengan staff sosial dan ahlinya adalah pengerusi biro sosial rancangan dan beberapa orang lagi.Wang yang dikumpul tadi akan digunakan oleh jawatankuasa ini untuk membeli atau mengupah kerja mencantikkan kawasan perkampungan.

Masalah memang ada, takkan semuanya senang kan....untuk mendapatkan persetujuan semua peneroka bukan kerja senang. ada yang malas, ada yang buat tak tahu dan macam2 lagi....disinilah cabarannya...mereka ni tak ramai, tapi memang geram dibuatnya....lagi masalah apabila rumah golongan ni terletak di jalan utama masuk rancangan...berpeluh dibuatnya nak memujuk satu2 rumah....pelbagai alasan diberi, tapi kerja tetap kerja.....alahai.....

Untuk sesebuah rancangan tercalon dan seterusnya memenangi anugerah ini, terdapat beberapa kriteria pemilihan yang akan dinilai...Antara markah yang paling banyak adalah rumah peneroka itu sendiri..adakah ia berada dalam keadaan ceria, selamat dan cantik mata memandang...tak perlu lah meletak keceriaan halaman rumah dengan pelbagai warna,ada yang pakai tayar dan dicat warna warni, tembok batu, malahan kadangkala pasu juga dicat dengan pelbagai warna...memang ia kelihatan ceria, tapi dah macam tadika kanak2 pula...cukupla dengan susunan dan warna yang timbul dari bunga, bukan dari struktur yang diwarnakan...

Apakah kebaikan yang diperolehi apabila rumah ceria dan cantik......pada permulaan memang kita rasa membazir dan membuang masa, tapi percayalah, apabila halaman sudah cantik dengan pelbagai bunga, herba dan sayuran, ia akan menimbulkan rasa rindu dan tanggungjawab pada diri kita....kan enak apabila pada pagi hari kita mengambil udara segar di laman rumah..dengan suasana yang dingin, dan lembap...ohhhh...memang syok....
Bagi keluarga pula, impak kepada suami amat besar....silap-silap dia sekali sama2 membantu dan kotorkan tangan membantu kaum isteri menghias halaman rumah....mata pun sejuk je memandang halaman yang dah cantik....

Oleh itu, saya menggesa terutama kaum isteri supaya cepat2 menghias halaman rumah....memang tak dinafikan, kejayaan Felda yang telah memenangi anugerah banyak terletak pada bahu GPW rancangan...tanpa mereka,jawabnya tak berserila rancangan tu.....tapi jangan sampai dilupakan halaman rumah,banyak markah disitu.....wallahualam.......

Tuesday, 29 November 2011

KEMBALI

aku masih di sini

melihat dengan mata hati

apa yang berlaku pada anak bangsa
pada mereka yang bersatu di bawah kalimah tauhid
mengapa sering berlaku sengketa
kenapa bicara berbaur fitnah keji
sedang lidah yang sama mengucap
kalimah suci zikir pada Ilahi
mengapa mata memandang rendah
sentiasa mengundang susah dan balah
apakah tidak ada lagi kewarasan akal
ke mana arahnya sungai logikmu
andai tidak mampu menongkah arus
kembalilah kepada sinar kalam suci
jua panduan Rasul terpuji
pasti ada nur yang menanti

Image result for taubat

MUSIM BERKHATAN DATANG LAGI...

Image result for gambar majlis khatanSemua orang sudah maklum..kita di Malaysia ni ada macam2 musim, nak2 bila dah ujung tahun ni, musim org kenduri, musim periksa,musim banjir dan tak lupa juga musim berkhatan...yang paling best skang ni semua nak dibuat secara perdana beramai-ramai..baguslah begitu,di samping menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim, melalui program mega sebegini akan dapat merapatkan silaturrahim, meningkatkan kerjasama dan memberi peluang kepada mereka yang ingin menambah amal dengan menghulurkan sumbangan.

Makanya di tempat aku juga tidak terlepas daripada program ini..seramai 35 peserta terlibat dalam program tahun ini...kalau zaman dulu kita disuruh terjun sungai tapi sekarang panggil bomba je tolong siramkan..zaman akan datang tak tahulah pulak macamana..apa2pun kepada anak2 yang bakal menginjak ke usia remaja dan akil balighnya, hendaklah diingatkan tentang tanggungjawab mereka sebagai khalifah di mukabumi Allah ini.

Image result for gambar majlis khatan

Monday, 28 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1433H...Alhamdulilah  setelah lama tidak menekan keyboard untuk berkongsi idea,hari ini diberi kesempatan ruang dan masa mengetuk papan keyboard iniuntuk ke sekian kalinya...sempena tahun baru hijrah ni,yg biasa kita dengar adalah seruan ke arah perubahan yg lebih baik...oleh itu,aku ingin kongsikan berkenaan adab berdebat dalam Islam. moga beroleh manfaat

ADAB BERDEBAT DALAM ISLAM

1.BETULKAN NIAT; MENCARI REDHA ALLAH DAN MEMBELA KEBENARAN.

Bukan untuk menang atau ingin dipuji manusia. Hendaklah berniat dalam hati adalah menyampaikan kebenaran pada lawan bicara. Mencari dan membela kebenaran serta membasmi segala kebatilan.

2. JUJUR DAN JAUHI PENIPUAN


Menipu adalah akhlak yang tercela. Sedangkan jujur adalah akhlak yang mulia. Dalam debat dan dialog hendaklah ucapan yang kita lontarkan benar-benar nyata dan terjadi, bukan hanya berita bohong yang tidak ada kebenarannya.Jangan sekali-kali berbicara yang menyelisihi kebenaran.

3.BERBEKAL ILMU

Apabila kedua belah pihak yang berdebat berpegang dengan landasan yang kuat, maka hasilnya adalah memberi manfaat. Sebaliknya apabila kita berdialog tanpa ilmu, tidak menguasai permasalahan pokok yang diperselisihkan, bukan mustahil sebuah kebenaran akan dikalahkan oleh kebatilan, kerana lemahnya orang yang menyampaikan kebenaran tersebut

4.BERDEBAT PADA PERMASALAN YANG BERMANFAAT

Hendaklah debat yang kita lakukan pada permasalahan yang urgen, bukan pada suatu masalah yang tidak bermanfaat. Sebagai contoh berdebat tentang siapakah yang lebih dahulu diciptakan, telur ataukah ayam ?!!. Semua ini harus ditinggalkan kerana tidak membawa manfaat, akan menyebabkan kerasnya hati jauh dan dari kebenaran.



5. MENAHAN DIRI TANPA EMOSI

Perkara ini sering diabaikan oleh orang yang berdebat. Bahkan pada umumnya kedua belah pihak saling emosi, baik dari yang membawa panji kebenaran mahupun yang berpihak pada kebatilan. Yang benar, hendaklah menampakkan sinar kelembutan dalam berdebat. Menggunakan kata-kata yang baik sepanjang debat.

6.TAMPAKKAN RASA CINTA DAN PERSAUDARAAN SEBELUM, KETIKA DAN SETELAH BERDEBAT

7.LEMBUT DAN SABAR DALAM HUJAH

Hal ini perlu diperhatikan pula. Hendaklah kedua pihak yang berdebat saling berlaku lembut dan sabar dalam berdialog. Tidak tergesa-gesa dalam menyanggah, hingga menjawab dengan akal dan emosi belaka.

8.KEMBALI KEPADA KEBENARAN

9. AKHIRI DEBAT APABILA LAWAN BICARA KERAS KEPALA
Mengalah dalam berdebat apabila lawan bicara keras kepala bukan bererti kalah. Beralah bagi mengelakkan permusuhan yg memang disukai syaitan, rasa benci, marah, emosi yang lain2.. Disinilah perlunya pandangan yang tajam dalam menilai lawan bicara. Apabila kita teruskan debat tidak ada manfaatnya, segera tutup pembicaraan dan beri nasihat tentang tujuan asal dialog. Berikan pula sumber rujukan yang valid dalam permasalahan yang diperselisihkan.

Inilah adab berdebat yang harus diketahui sebelum seseorang menyampaikan kebenaran
Semoga bermanfaat bagi para pembaca....

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.