Thursday 29 December 2011

1,000000 moneydrops…
Mari kita lihat where the money drops?
Sekarang ni sume org demam tgok rancangan ni,aku pun sama..bila tgok soalan senang mcm biasa kita yg lebih excited siap kata mcm2..cuba try kita yg jd peserta msti lain mcm gak rasanya
Hari ni aku nak berkongsi tentang pengalaman melabur emas..dek kerana kekurangan ilmu pengetahuan ditambah dengan keterujaan keuntungan pelaburan emas, maka aku telah melabur di sebuah bank dalam akaun simpanan emas…bila mendalami dan menambah pengetahuan dalam bab2 ni, baru tau yg akaun simpanan emas adalah HARAM…
Kenapa ia jadi haram:
1.Tidak mengikut syarat jual beli yang sah..Mengikut Islam syarat sah jual beli ada 4 ;pembeli,penjual,akad dan barang..oleh itu, sekiranya membeli emas, mesti la dapat emas dan bukan nombor atas kertas ( buku akaun sahaja)
2. Mempunyai unsur riba.. Definisi riba adalah lebihan yang didapati melalui kaedah yang tidak adil seperti urusniaga spekulatif. Memang betul sekiranya kta menyimpan emas dalam bank turun naik bergantung kepada kenaikan emas. Tapi, seharusnya apabila kita membeli emas, kita harus mendapat emas dan bukan nya 1 buku account. Dan setiap urusan jual beli seharusnya belaku pada 1 masa yg sama.Tambahan pula apabila hendak mengeluarkan kembali simpanan emas itu, ramai yang mengeluarkan wang kertas dan bukan nya emas.

Jadi, secara tidak langsung bukannya membeli emas tapi, melabur yg boleh juga dipandang macam melabur dalam saham. Semua orang percaya pada bank disebabkan kuasa yg dimiliki bank.Tapi, kita pasti ke yang bank mempunyai simpanan physical gold yang mencukupi?Jadi, aku cadangkan kalau nak ada emas, beli physical gold dan bukan nya menyimpan wang dlm mana2 akaun.

Oleh itu, sesiapa yang berminat dengan pelaburan emas yang halal dan betul mengikut syariat,pesan aku bertanyalah dan carilah maklumat yang betul dan pergi ke institusi yang betul..aku bukan nak  promote mana2  produk tapi sekadar kongsi pengalaman
                                   

SIERRA LEONE, WEST AFRICA PART II

org kata sekeping gambar menceritakan 1001 cerita...so kita berceita melalui gambar je la

ini ladang lama,sawit terbiar tanpa penjagaan kerana masalah pengurusan
yang ni anak sawit yg bakal ditanam bagi projek kami...projek FELDA dan OIC bagi membantu umat Islam memajukan diri mereka
apa2 pun mesyuarat tu penting utk memastikan kelancaran projek
pak cik kayo!duit gaji utk pekerja
kene panjat je sbb takde galah...ketinggalan teknologi
bangga jd rakyat malaysia

akhrnya projek disabotaj pihak yang tak bertanggungjawab n tak berpuas hati..ladang kene bakar...inilah hasilnya kalau hanya ikut rasa hati..mana yang boleh bincang,kita bincang, pasti ada penyelesaiannya..

Usaha..Doa...Tawakkal dan Syukur

Salam tahun baru semua warga bloggerz..
Entri terakhir tahun 2011 sengaja aku letakkan tajuk di atas..sesuai dengan tahun 2011 yg akan melabuhkan tirainya bagi menguak jendela 2012 yg pasti melakar lagi banyak pengalaman hidup..
walau siapa pun kita, di mana pun kita sentiasalah hidup dalam keadaan yang berusaha,berdoa dan bersyukur lihat sekelililng kita, nah kau pasti akan melihat ada yang lebih sengsara dan derita darimu..pandang ke atas sudah pasti ada yang lebih bahagia dan senang dari kita..syukur
Mengapa sukar untuk berusaha,berdoa dan bersyukur? mungkin kerana kita amat senang berada di zon selesa,tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik,takut dengan bayang2 sendiri...sekadar memberi pandangan tentang mentaliti orang kita yang tidak mahu membangunkan mentaliti sendiri..dunia kita bukan di sini sahaja,dunia ini bukan hanya untuk kita sahaja..pernahkah terfikir oleh akal kita yang terbatas andai kita di campak ke satu bumi yang yang lain apa yang akan berlaku pada kita yang tidak mahu mengubah mentaliti kita
Ayuhlah kita bersedia mengubah mentaliti kita yang takut kepada perubahan, yang sentiasa ingin berada di zon selesa kepada perubahan yang mengubah masa depan kita..amat benarlah firman Allah yang mengatakan bahawa Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang mengubahnya...
Apa kata jadikan tahun 2012 sebagai titik perubahan ke arah mentaliti yang lebih membawa kemajuan, bukan menghancurkan yang sedia ada

Wednesday 14 December 2011

Kelas Blogger Efektif FELDA ~Apa Kepentingannya~

Tiada siapa dapat menafikan letusan fenomena ICT yang semakin berkembang sekarang..aku pasti sesiapa yang membaca artikel ini tahu apa itu blog...BLOG...mungkin  satu perkataan yang tidak mampu difahami oleh golongan veteran yang tidak terdedah dengan ICT,tapi bagi generasi  X dan Y pasti tahu apa itu blog...

Sana sini orang memperkatakan tentang blog dan semua orang berhak mempunyai blog..kenapa kita begitu teruja untuk mempunyai blog...ya kerana kita manusia biasa yang ingin berkongsi rasa kerana blog adalah luahan rasa dalam bentuk penulisan yang interaktif...tulislah apa sahaja dan tiada siapa yang menghalang anda kecuali tulisan anda berbaur fitnah dan menjatuhkan maruah orang lain..
Di sini aku ingin memfokuskan mengapa FELDA,sebuah institusi besar ini juga menggalakkan rakyat jelatanya mempunyai blog...Kelas Blogger Efektif ini hanya dinikmati oleh warga FELDA yang diberi secara percuma, makan pun ditanggung...jadi apa kepentingannya blog kepada kita...

Andai dirujuk kepada sejarah revolusi dan kebangkitan bangsa yang terdahulu, pasti salah satu faktor yang membangkitkan semangat kesedaran di kalangan rakyat untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik adalah faktor penulisan daripada tokoh tempatan..tidak perlu pergi jauh..lihat sahaja Idea Gerakan Islah yg dipelopori  anak muda hasil cetusan idea Sayid Jamaluddin Al Afghani dan Sheikh Muhammmad Abduh.Melalui tiupan semangat mereka menulis di dalam Majalah Imam sehingga membawa perubahan besar kepada umat Islam pada ketika itu..begitu juga tiupan semangat nasionalisme oleh beberapa penulis seperti Allahyarham Abdul Rahim Kajai,Pak Sako dan Harun  Aminurrashid...(sekadar menyebut beberapa nama) hingga akhirnya hak Melayu dapat ditegakkan..


Zaman telah berubah..disebabkan itu juga cabaran semakin bertambah..dakyah dan fitnah semakin ditabur mudah oleh pihakpihak yang tidak bertanggungjawab..jadi sebelum FELDA ini rebah dek serangan penulisan blog yang berbaur fitnah, FELDA telah mengambil langkah memberi ilmu berkaitan penulisan blog dan yang sewaktu dengannya bagi memberi pendedahan kepada generasi FELDA agar menggunakan ICT pada saluran yang betul, agar mereka terus menyokong FELDA , supaya mereka mempertahankan institusi yang banyak memberi jasa kepada keluarga mereka dan bangsa mereka...selamat maju jaya semua blogger...

Monday 5 December 2011

keceriaan kawasan perkampungan Felda.

Assalamualaikum dan salam 1 Felda...

Wah, dah agak lama aku tak menulis pasal isu Felda ni....Bukan apa, cuma dalam tempoh hybernate(betul ke ejaan) untuk cari isu dan ambil semula mood menulis....

Kita sering dengar tentang AKKF (anugerah keceriaan kawasan kampung Felda)....hadiahnya yang besar dan lumayan...1 juta ringgit tu.....penyampaian hadiah ini akan diberikan semasa sambutan hari peneroka peringkat kebangsaan.Rancangan pertama yang telah menang adalah Felda Semenchu...Kedua dimenangi oleh Felda Ulu Belitong, ketiga dimenangi Felda Kledang dan ke empat dimenangi oleh Felda Tunggal....

Apakah persamaan diantara kesemua Felda ini...Cuba anda fikirkan.....persamaan diantara kesemua Felda ini adalah semua Felda ini terletak dinegeri Johor....Pelik bukan,dari beratus Felda di Malaysia ini, hanya Felda negeri Johor yang memenanginya....Inilah keistimewaan dan kelebihan masyarakat Johor berbanding masyarakat negeri lain....

Apakah rahsia mereka hingga dapat memenangi anugerah ini?.....hahaha....ini adalah penelitian yang aku buat...entah betul ataupun tak.

Masyarakat Johor didominasi oleh kaum Melayu Jawa...tidak dinafikan ada etnik yang lain,tetapi majoriti penduduk kawasan Felda yang memenangi anugerah tadi adalah berketurunan Jawa.Apa yang uniknya etnik Jawa ini adalah sikap cemburu mereka....Jangan salah anggap, sifat cemburu mereka dalam perkara yang baik.Mereka berasa cemburu apabila melihat jiran sebelah rumah mempunya kawasan yang cantik...Mereka juga akan berlumba untuk sama-sama berlawan kawasan siapa yang paling cantik...Di dalam bab keceriaan kampung, kakitangan menekankan keceriaan bermula dari rumah..apabila rumah ceria dan cantik,ia akan berpindah ke kawasan tepi jalan rumah, kemudian berpindah ke lot kosong dalam blok, kemudian kawasan awam dan akhirnya seluruh kawasan akan kampung akan cantik...aku memang puji masyarakat Jawa dalam bab kebersihan dan keceriaan..Ia telah terbukti dengan anugerah AKKF. Tidak hairanlah, apabila berbual dengan kakitangan Felda, cuba tanyakan Felda negeri mana yang paling mudah dibentuk dan paling mudah bekerja, dan tanpa raguragu mereka akan mengatakan Felda di Negeri Johor....tak percaya kan, tapi cuba pergi tanya.....

Bagi Felda, setiap peneroka akan adalah aset utama dalam program ini...Setiap peneroka akan bekerjasama untuk memotong pendapatan mereka RM 5 setiap bulan untuk tujuan keceriaan.Manakala Felda akan menyumbang RM 10 sebulan bagi satu peneroka...Senang kira, setiap peneroka mempunya RM 15 setiap bulan untuk keceriaan..Wang ini akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak pengurusan rancangan untuk ditadbir...Setiap rancangan juga mempunya Jawatankuasa keceriaan yang bertanggungjawab menjaga dan mencantikkan lagi kawasan kampung.Ia akan dipengerusikan oleh pengurus rancangan,dibantu dengan staff sosial dan ahlinya adalah pengerusi biro sosial rancangan dan beberapa orang lagi.Wang yang dikumpul tadi akan digunakan oleh jawatankuasa ini untuk membeli atau mengupah kerja mencantikkan kawasan perkampungan.

Masalah memang ada, takkan semuanya senang kan....untuk mendapatkan persetujuan semua peneroka bukan kerja senang. ada yang malas, ada yang buat tak tahu dan macam2 lagi....disinilah cabarannya...mereka ni tak ramai, tapi memang geram dibuatnya....lagi masalah apabila rumah golongan ni terletak di jalan utama masuk rancangan...berpeluh dibuatnya nak memujuk satu2 rumah....pelbagai alasan diberi, tapi kerja tetap kerja.....alahai.....

Untuk sesebuah rancangan tercalon dan seterusnya memenangi anugerah ini, terdapat beberapa kriteria pemilihan yang akan dinilai...Antara markah yang paling banyak adalah rumah peneroka itu sendiri..adakah ia berada dalam keadaan ceria, selamat dan cantik mata memandang...tak perlu lah meletak keceriaan halaman rumah dengan pelbagai warna,ada yang pakai tayar dan dicat warna warni, tembok batu, malahan kadangkala pasu juga dicat dengan pelbagai warna...memang ia kelihatan ceria, tapi dah macam tadika kanak2 pula...cukupla dengan susunan dan warna yang timbul dari bunga, bukan dari struktur yang diwarnakan...

Apakah kebaikan yang diperolehi apabila rumah ceria dan cantik......pada permulaan memang kita rasa membazir dan membuang masa, tapi percayalah, apabila halaman sudah cantik dengan pelbagai bunga, herba dan sayuran, ia akan menimbulkan rasa rindu dan tanggungjawab pada diri kita....kan enak apabila pada pagi hari kita mengambil udara segar di laman rumah..dengan suasana yang dingin, dan lembap...ohhhh...memang syok....
Bagi keluarga pula, impak kepada suami amat besar....silap-silap dia sekali sama2 membantu dan kotorkan tangan membantu kaum isteri menghias halaman rumah....mata pun sejuk je memandang halaman yang dah cantik....

Oleh itu, saya menggesa terutama kaum isteri supaya cepat2 menghias halaman rumah....memang tak dinafikan, kejayaan Felda yang telah memenangi anugerah banyak terletak pada bahu GPW rancangan...tanpa mereka,jawabnya tak berserila rancangan tu.....tapi jangan sampai dilupakan halaman rumah,banyak markah disitu.....wallahualam.......

Secebis Kenangan

Make your own slideshow with music at Animoto.